Saturday, February 8

Perjalanan Sebagai Seorang Aku .

Assalammualaikum dan selamat membaca :)

Pada hari sabtu yang lepas , aku dan mia balik ke rawang untuk mengambil kelas tambahan physics , chemist , addmath and bio . Kami bertolak dari KL dalam pukul 1.30 dan tiba pada 2.30 petang .
Apabila melihat rumah ayah yang sudah lama aku tak jenguk , tiba-tiba aku rindu pada zaman aku ulang alik dari Rawang ke Sekolah aku . Jauh perjalanan wehh .. sempat tengok tasik biru , sempat tengok lembu .
Pada aku , namanya patut diletakkan sebagai Kampung Tasik Puteri .

Buah-buah yang ayah tanam segar bugar nampaknya . Walaupun cat-cat rumah aku dah untur tapi pokok-pokok di sekelilingnya mencantikkan kawasan rumah aku tu .

Kemudian , kami bertolak ke rumah Cikgu Khalilah .
Belajar subjek tough . Haha . Kami mulakan dengan ummul kitab dan diajar tentang Fizik .
Konsep inertia , momentum dan masalah lif . Aku juga diajar dengan ticker tape , cara mengira ticker tape .

Kami juga belajar Biologi . Belajar tentang Plant Cell and Animal Cell . :) haha

Malam yang best , ulangkaji Addmath . and belajar selesaikan equation Chemist .

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan mia .

Sepanjang kelas tuition kami , cikgu khalilah ni asyik sediakan susu coklat . Maklumlah , walaupun kami berumur 20 tahun tapi masih perlukan nutrisi yang baik semasa belajar .

Cikgu Khalilah juga dengan sabar mengajar walaupun sedang hamil . Yeppi . :)

Semoga Allah membalas budi cikgu ni dengan banyak-banyaknya :)

Tiba0-tiba , dompet tertinggal kat Gombak . Mama sanggup datang ke Rawang untuk bagi aku dompet tu .
;) Terima kasih mama .. Mikhael pula tidur sepanjang perjalanan ke Rawang .

Mama bawak karipap sedap mama buat untuk aku dan mia .

Pada keesokan harinya , aku dan mia belajar physics tentang masalah lif . hehehe dan belajar biologi chapter 3 .

Setelah tiba di Gombak , aku tergolek-golek di rumah dan mia meneruskan misinya dengan mengajak sahabatnya pergi berjumpa dengan para pemimpin pemuda yang suka adakan program motivasi hadir ke perbincangan bagi agenda seterusnya .

Aku pula rehat-rehat dan akan memulakan sesi ulangkaji YOW .. hahaha Chaiyok !

Salam