Showing posts with label Islamic Notes. Show all posts
Showing posts with label Islamic Notes. Show all posts

Tuesday, July 14

Siti Khadijah (ra) - Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

1 – Siapakah Siti Khadijah (ra)?

Nasab dan Kelahiran Beliau

Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.

Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.

Di lahirkan di kota Mekkah 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.

Latarbelakang Keluarga dan Pernikahan Beliau

Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.

Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al Hajar Al Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba’ dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba’ tersebut.

Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.

Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra). Siti

Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-
Atiq bin Abid bin Abdullah Al Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.
 Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.

Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau
Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-

Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40′an.

Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.

Dengan demikian Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).

Gelaran-Gelaran Siti Khadijah (ra)
 Adapun gelaran yang di sandang oleh Siti Khadijah (ra) adalah:

 Gelaran sebelum menikah dengan Nabi (SAW):

 Pertama: Al – Thahirah (yang suci)
Beliau meraih gelaran itu di sebabkan: Beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga-peniaga kaum lelaki, di dalam keadaan beliau sebagai seorang saudagar yang sukses yang umumnya akan banyak berinteraksi dengan para saudagar-saudagar dari kalangan kaum lelaki. Akan tetapi beliau menghantarkan orang kepercayaannya, seperti Hakim bin Hizam ataupun Maisarah.

Beliau tidak suka bergaul dengan wanita-wanita yang suka menghabiskan masanya dalam kelalaian, seperti dalam majlis tari-tarian, atau nyanyian, dan lain-lain. Walaupun Mekkah pada saat itu di penuhi dengan tempat-tempat seperti itu.

Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraish (puteri Quraish)
Gelaran ini di raih disebabkan oleh kerana keluhuran akhlaknya, dan ketinggian martabatnya, serta kemuliaan marwahnya. Kerana beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimilikinya, beliau banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin, disamping banyak memanfaatkan peluang untuk berguru kepada Waraqah bin Naufal.

 Gelaran setelah menikah dengan Nabi (SAW)
Siti Khadijah (ra) dikenal sebagai seorang wanita yang memiliki pandangan tajam dan firasat yang benar. Beliau mendengar kejujuran dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah (SAW), beliau memintanya untuk membawa perniagaanya ke negeri Syam bersama Maisarah pembantu setia Siti Khadijah (ra).

Setelah melihat akan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad (SAW) yang tidak pernah beliau melihatnya pada lelaki-lelaki lain, maka beliau memberanikan diri untuk meminangnya melalui sahabat karibnya bernama Nafisah, maka berlangsunglah pernikahan itu.
Siti Khadijah (ra) mendapat 6 cahaya mata dalam perkahwinan ini:-
Qasim
Abdullah (yang digelari Al Tayyib – yang baik)
Zainab
Ruqayyah
Ummu Kaltsum dan
Fathimah Al-Zahra.

Gelaran yang di raih oleh Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW) adalah:-

Pertama: Ummul Mukminin
Nabi adalah lebih di utamakan dari kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (Surah Al Ahzab, Ayat 6)

Kedua: Sayyidah Nisa’ Al ‘Alamin
Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW), Asiah isteri fir’aun.

Ketiga: Sayyidah Nisa’ Ahli Al Jannah
Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Rasulullah (SAW) membuat 4 garisan, seraya berkata: Tahukah apakah apa ini?
Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Nabi (SAW) bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad (SAW), Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meridoi mereka semua. (Bukhari)



Kewafatan Siti Khadijah (ra)
530009_10151052955672839_1031301638_nAl Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid
dihadapan maqam Saiyidatina Khadijah al Kubro ketika ziarah beliau pada tahun 2012

Terdapat banyak pandangan tentang tahun ataupun bulan kewafatan Siti Khadijah (ra), tetapi yang di sepakati oleh ahli sirah adalah beliau meninggal dunia sebelum hijrah.

Imam Ibnu Katsir menukil sebuah riwayat bahawa, ketika Siti Khadijah (ra) sakit, beliau di dampingi oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda: Sungguh aku sedih melihat rintihanmu wahai Khadijah! Tetapi Allah SWT akan menjadikan kebaikan yang besar di dalam kesakitan yang engkau alami ini. Tahukah kamu, kalau Allah SWT akan mengahwinkan kamu denganku di syurga nanti.
Maka Siti Khadijah (ra) senang, lalu meninggal dunia. Jenazah Siti Khadijah (ra) dikebumikan di Mekkah, di kawasan Al Hijjun atau perkuburan Al Ma’la.


2 – Mengapa Siti Khadijah (ra) Harus Dicintai dan Diteladani?


Setiap orang yang beriman laki-laki dan perempuan adalah bersaudara, sebagai saudara dalam iman, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mencintai untuk memenuhi tuntutan iman.
Rasulullah (SAW) bersabda, ‘Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri’. (teks arab yang berkaitan tidak dapat diterbitkan disini atas sebab-sebab teknikal – Admin)

Erti kecintaan disini adalah kecintaan dalam kebaikan, yakni: sebagaimana kita suka untuk mendapat kebaikan untuk diri kita, demikian juga untuk saudara kita dan sebagaimana kita tidak suka akan keburukan menimpa kita, demikian juga ke atas saudara kita.

Mencintai orang-orang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaatnya berbandingkan kecintaan kepada orang-orang yang beriman biasa.
‘Aku cinta para solihin walaupun aku bukan dari golongan mereka, dengan harapan agar mendapat syafa’at dengan mencintai mereka. Aku tidak suka sesiapa yang perbuatannya itu bermaksiat, walaupun kita ini juga berbuat maksiat’
Maka dengan mukaddimah sedikit tentang kecintaan dan pembahagiannya, kita dapat memahami semakin tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, semakin bermakna erti kecintaan kepada mereka. Dengan demikian, mencintai Siti Khadijah (ra) lebih dituntut disebabkan:
Pertama:

Beliau wanita solehah yang dicintai Allah serta mendapat salam khusus dariNya, maka mencintai orang yang dicintai Allah adalah satu ibadah dalam mentaati perintah Allah Ta’ala.
Rasulullah (SAW) bersabda, ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala bilamana suka kepada seseorang hamba, maka Dia akan menyeru kepada Jibril: ‘Wahai Jibril! Sesungguhnya Allah suka kepada fulan bin fulan maka cintailah dia’, maka dicintai oleh Jibril. Lalu kemudian Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit: ‘Bahawa Allah cinta kepada fulan bin fulan’, maka ia akan dicintai oleh penghuni langit, lalu kemudian akan diletakkan tanda qabulnya kepada penghuni bumi’ – Riwayat Imam Bukhari.

Kedua:
Beliau wanita yang sangat dicintai Rasulullah (SAW). Mencintai beliau untuk mendapat kecintaan Rasulullah (SAW).
Dari Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.
Dari Aisyah (ra) juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: ‘Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)’. Maka pada suatu hari aku membuat Baginda (SAW) marah, aku berkata: ‘Khadijah!’ (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya’.
Imam Nawawi (ra) berkata: Hadis ini menunjukkan isyarat bahawa mencintai Siti Khadijah (ra) akan mendapat fadhilat dikeranakan mencintai orang yang dicintai Rasulullah (SAW) – Kitab syarah Muslim.

Ketiga:
Beliau (ra) adalah keluarga Rasulullah SAW yang wajib dicintai

‘Katakanlah (wahai Muhammad)! ‘Aku tidak meminta kepadamu (wahai umatku) apa-apa balasan kecuali kecintaan kepada ahli keluargaku’ – Ayat 23, Surah Asy-Syura

Keempat:
Beliau wanita yang pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya. Kerana Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW), beliau memberikan seluruh hartanya demi perjuangan dakwah Baginda.
Dan engkau didapatiNya sebagai seorang miskin, lalu diberinya kekayaan – Ad Dhuha, Ayat 8
Imam Al Alusi berkata: Maksud ayat ‘diberi kekayaan’ iaitu dengan harta Siti Khadijah (ra).

Kelima:
Sebab beliau (ra) wanita pilihan yang diberi hidayah oleh Allah, dan kita diperintah untuk meneladani orang-orang yang mendapat hidayah.
Mereka adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka hendaklah kamu mengikutinya – Surah Al Anam, Ayat 90.

Keenam:
Beliau (ra) wanita yang cintakan akan nilai-nilai murni yang terpahat dalam hatinya sebelum dan apatah lagi setelah memeluk Islam.

Ketujuh:
Nabi (SAW) memilih beliau (ra) sebagai contoh teladan kepada ummatnya, terutama kaum wanita.
Sabda Baginda (SAW): Cukup bagimu dari pada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW) dan Asiah isteri Fir’aun.


3 – Siapakah Siti Khadijah (ra) Di Hati Rasulullah (SAW)?


Tidak sesiapapun yang mampu menjawab soalan ini kecuali tuan empunya hati, yaitu Rasulullah (SAW), tetapi apa yang akan saya ketengahkan di bawah ini adalah sedikit dari suara hati Baginda Rasulullah (SAW) ketika mengungkapkan akan kedudukannya, yakni Siti Khadijah (ra), di hati baginda Rasulullah (SAW):-

Pertama:
 Siti Aisyah (ra) berkata: Rasulullah (SAW) hampir setiap kali keluar rumah menyebut nama Khadijah (ra) dan memujinya. Pada suatu hari aku dengan perasaan cemburu aku berkata: “Dia itu (Khadijah) tidak lebih hanya seorang wanita tua, dan Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik darinya”, maka Baginda (SAW) marah seraya bersabda: “Demi Allah! Allah tidak menggantikan untukku yang lebih baik darinya, Khadijah (ra) beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa, dan Allah memberikan untukku dzuriyat darinya yang tidak ada pada yang lain” – Riwayat Ahmad dan Thabrani.

Kedua:
Dari Aisyah (ra) ia berkata: “Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya”. Lalu ia berkata lagi: “Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda:”Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)”. Pada suatu hari aku membuat Baginda marah, aku berkata: “Khadijah!” (dengan ungkapan tidak suka), maka Nabi (SAW) bersabda: “Aku telah di anugerahkan kecintaan kepadanya”.

Ketiga:
Diriwayatkan oleh Siti Aisyah (ra), katanya: “Ketika para tawanan perang Badar di bebaskan dengan tebusan, Siti Zainab (ra), puteri Rasulullah (SAW) menghantarkan kalung (pemberian Siti Khadijah (ra) pada hari perkahwinannya) sebagai terbusan suaminya (Abu Al-‘aash ibn Al-Rabi’), maka Rasulullah (SAW) ketika melihat kalung itu tersentuh hatinya, lalu meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskannya tanpa tebusan, lalu mengembalikan kalung tersebut, maka mereka bersetuju, lalu ia di bebaskan”.


4 – Keutamaan Siti Khadijah (ra)


Pertama:
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ketika Jibril (as) datang kepada Nabi (SAW), dia berkata: “Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan”.

Kedua:
Jibril (as) menyampaikan salam itu kepada Rasulullah (SAW) seraya berkata kepada Baginda: ‘Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya’. Kemudian Rasulullah (SAW) bersabda : ‘Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu’. Maka Khadijah (ra)  menjawab : ‘Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)’.


Nukilan: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

- See more at: http://darulmurtadza.com/siti-khadijah-ra-oleh-habib-ali-zaenal-abidin-bin-abu-bakar-al-hamid/#sthash.8ui2Ni6c.dpuf

Walau tidak keluar rumah.. tp!

Ibnu Batoota
31 August 2012 via Mobile
Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah radhiyallahu ‘anha:

ﻳﺎ ﻓﺎﻃﻤﺔ ﻣﺎ ﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻟﻠﻤﺮﺃﺓ؟

“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:

ﺃﻥ ﻻ ﺗﺮﻯ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﻻ ﻳﺮﻭﻫﺎ

“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:

ﺃﻻ ﺗﺴﺘﺤﻴﻮﻥ؟ ﺃﻻ ﺗﻐﺎﺭﻭﻥ؟ ﻳﺘﺮﻙ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺗﻪ ﺗﺨﺮﺝ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﺗﻨﻈﺮ ﺇﻟﻴﻬﻢ ﻭﻳﻨﻈﺮﻭﻥ ﺇﻟﻴﻬﺎ

“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,)

Maka para wanita berkata: "ala..tu kalau keluar rumah..kami tak keluar rumah pun...."

Ibnu batoota berkata: "memang la korang tak keluar rumah,tapi korang telah 'keluar rumah' secara khianat melalui fb,twitter dan laman soooo-sial yang lain dengan mempamerkan gambar-gambar korang walaupun berpurdah kepada umum,kalian dilihat ramai lelaki dan yang lebih jauh,gambar kalian di save para lelaki dalam laptop dan handphone mereka..maka apakah kalian tidak malu?dan apakah suami kalian tidak cemburu?"

Bidadari Syurga 2

Ibnu Batoota Owsem
May 11 via mobile
~bidadari syurga 2~

Lelaki diciptakan fitrahnya sukakan wanita..walaupun mereka tahu wanita dipenuhi 4 jenis kekotoran yang saya(Ibnu Batoota) sebutkan di status sebelum ni,mereka akan tetap gilakan kaum wanita,jadi allah benarkan lelaki nikah 4 di dunia,dan mendapat habuan jutaan bidadari di syurga...

Rugi kepada para lelaki yang allah haramkan bidadari untuknya kerana pengkhianatan mereka ke atas para BIDADARI DUNIA (wanita dunia) samada mereka bercouple,bercinta luar nikah dan segala bentuk pengkhianatan yang lain...

Tapi allah maha pengampun,kalau kita taubat sekarang dan bersihkan diri,allah akan ampunkan kita dan akan masukkan kita ke syurga yang mana sekecil2 syurga ialah sebesar 10x ganda besar dunia (10 x 7 langit dan 7 bumi=70 langit dan 70 bumi),dan bumi umpama cincin di atas padang pasir yang luas bila dibandingkan keluasannya dengan langit pertama,begitu juga langit pertama besarnya umpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas jika dibandingkan dengan keluasan langit kedua,begitulah seterusnya,sampai langit ke tujuh,seluruh 7 bumi 7 langit hanya umpama cincin di atas padang pasir yang luas jika dibandingkan dengan al-kursi,dan al-kursi cuma umpama sebentuk cincin di atas padang pasir apabila dibandingkan dengan kebesaran arasy allah...dan arasy allah di atas air dan menjadi atap kepada syurga(tetapi allah tidak bertempat di atas arasy kerana maha suci allah daripada tempat,allah wujud tanpa tempat,haram dan berdosa besar jika seseorang yang berkata allah duduk bersila di atas arasy)...

jadi sekecil2 syurga pun besarnya 10x ganda dunia dan paling kurang ada 2.5 juta bidadari menunggu para lelaki yang dijadikan allah tidak akan letih atau lemah,yang mempunyai kekuatan 40 orang lelaki dunia untuk melayan semua bidadarinya.. dan para lelaki syurga digambarkan dalam quran dan hadis sebagai sentiasa sibuk setiap hari dengan aktiviti memecahkan dara bidadari...

Dan itu sekecil2 syurga untuk orang yang mempunyai sekecil2 iman yang sebesar zarah...

Kaum wanita pula diciptakan allah fitrahnya sukakan perhiasan dan shopping seperti emas,bunga,baju cantik,wangian,pinggan mangkuk maka di syurga kelak,para ketua bidadari(wanita dunia) akan diberikan banyak supermarket2 besar dan semua barangnya percuma,baju2 mereka sangat cantik dan lembut,70 warna yang berbeza dengan 70 wangian yang berbeza pada setiap helai benang kain sutera..dan kulit mereka sangat halus hingga bila mereka minum air,boleh nampak air tu lalu di tekak mereka kerana terlampau lembut kulit mereka...

Dan allah hapuskan sifat cemburu daripada mereka,jadi mereka tak dulik pun suami mereka tidur dengan sejuta bidadari satu malam...

Adapun betapa istimewanya kaum wanita dunia,di dunia allah ciptakan mereka sangat kotor dengan haid,istihadah,nifas,darah,najis dan lain2,tetapi tetap allah mewajibkan maruah mereka dijaga,mewajibkan mereka dihijab,berpurdah,berpakaian hitam,mengharamkan mereka bermusafir tanpa mahram,menutup semuanya kerana sejak di dunia lagi allah mahu mereka dilayan seperti BIDADARI kerana sifat bidadari ialah "tidak pernah dilihat dan tidak pula melihat lelaki haram selain suaminya" dan juga "tidak pernah disentuh manusia atau jin"..

Jadi ruginya,ruginya,ruginya wanita yang tidak menutup aurat,ruginya wanita yang pamer gambar di fb WALAUPUN BERPURDAH,ruginya wanita yang bercouple,ruginya wanita yang bercinta dengan lelaki bukan mahram,ruginya wanita yang serahkan diri kepada lelaki..

Kerana di dunia lagi mereka dilayan seperti ahli neraka.. Kerana di dunia lagi mereka diharamkan allah dilayan seperti bidadari.. kerana di dunia lagi mereka tidak dijaga maruahnya... Kerana di dunia lagi mereka menjadi bahan nafsu sahaja..

Berbeza dengan para wanita yang sejak di dunia lagi allah isytiharkan mereka itu BIDADARI iaitu mereka yang menjaga diri,mata,telinga,tangan,kaki,kemaluan daripada yang haram,iaitu wanita yang tidak pernah dilihat lelaki,wanita yang malu dan tidak pamerkan diri mereka untuk jadi tatapan jutaan lelaki(terutamanya di fb),wanita yang menjaga diri dari cinta murahan sebelum nikah,wanita yang menutup semua jalan fitnah,wanita yang zuhud dari semua perhiasan dunia..

Mereka inilah para bidadari di dunia,dan bakal menjadi ketua ketua bidadari di syurga..kalau bidadari di syurga yang sekiranya mereka zahirkan wajah mereka dilangit dunia akan membuatkan semua lelaki dunia mati kerana berkecai hati mereka pun dah lebih dari cukup,maka kata-kata apa lagi yang boleh diungkapkan untuk menggambarkan bagaimana indahnya KETUA BIDADARI?yang mana walaupun si suami di syurga akan dilayan berjuta-juta bidadari,tetapi tetap dia akan letakkan isterinya di singgahsana tertinggi disebelahnya kerana antara semua bidadari yang wujud,isterinya tetap wanita syurga yang paling cantik dimatanya...bukannya kalau kat dunia para wanita kotor,di syurga pun mereka kotor..salah tu..kalau wanita dunia masuk syurga,mereka akan jadi berganda2 lebih cantik dan lebih suci dari bidadari sampai bidadari pun jeles!

sebabnya wanita dunia banyak pengorbanan,jaga maruah,jaga aurat,jaga diri,jaga syariat,jaga ibadat,so mereka akan dijadikan sebagai bidadari yang paling indah..sama macam kes kat syurga tak de orang tua..bukan bermakna orang tua tak masuk syurga,tapi semua yang tua bila masuk syurga akan kembali muda..sweet 17..

Note:kepada makcik2 yang tak suka dengan kisah bidadari,yang jeles dengan kemontokan badan bidadari,jeles dengan dara bidadari yang tak pernah hilang,Apa guna korang jeles dengan diorang sedangkan hakikatnya koranglah bidadari tu...JIKA KORANG BERUSAHA HANCURKAN DAN REMUKKAN HATI KORANG UNTUK JAGA SYARIAT ALLAH..maka koranglah yang akan jadi permaisuri di syurga..

Jangan ragu lagi,kalau ini yang korang nak,keluar segera dari tipu daya dunia,remukkan hati korang,clash dengan semua wanita2 haram,clash dengan semua lelaki2 haram,yang dah terlanjur,bertaubat segera,allah tak pernah tutup pintu taubatnya..memang hati korang akan remuk hancur kerana dihina sebab nak berubah,nak berubah nak tutup aurat,berpurdah,pakai pakaian hitam,tak mau baju yang berhias,tinggalkan makwe pakwe kesayangan,tapi korang jangan fikir allah buta..jangan korang fikir allah pekak,jangan korang fikir allah akan SIA SIAKAN air mata korang kerana menahan pedih remuknya hati kerana taatkan perintahnya..kerana nabi telah bersanda:

"Sesungguhnya Allah ada bersama hati hati yang remuk kerana taatkan perintahNya...."

Bidadari Syurga

Ibnu Batoota Owsem
May 10 via mobile
~bidadari syurga~

Baru-baru ni semasa saya (ibnu batoota) dalam kelas tafsir Al-Quran,kami masuk tafsir surah an-naba..bila sampai je ayat 33 yang bermaksud:

" dan gadis-gadis(bidadari) yang montok (dadanya) dan sebaya umurnya "

ohhohh..memang syeikh cerita pasal bidadari je sampai habis kelas....syeikh kami pulak memang well known speaker..(namanya maulana sulaiman moola,search kat youtube untuk dengar ceramahnya)...so memang tak jemu dengar...

panjang sangat kalau nak cerita semua yang beliau sampaikan..cuma ada satu perkataannya yang betul-betul merenggut jantungku yang comel~

katanya....

Bidadari syurga dicipta dari 4 jenis bunga terwangi pernah dicipta allah iaitu :

1) misk 2) anbar 3) za'faran 4) kafur

kita dengar perkara ni macam biasa je katanya...sebab kita tak faham hakikat 4 bunga tu.....kita cuma dapat fahami ia bila kita lihat ada apa dengan wanita-wanita dunia yang juga ada 4 kotoran busuk iaitu:

1) haid 2) istihadah 3) nifas 4) darah

bayangkan mereka(kaum wanita) yang ada 4 kotoran yang busuk sampai allah haramkan mereka solat,baca quran,masuk masjid kerananya pun,mereka tetap SANGAAAATT CANTIK,MENGGODA DAN MENYEJUKKAN MATA BAGI SUAMI....

berapa ramai yang ke neraka kerana terperangkap dengan fitnah wanita...

jadi yang busuk dan kotor pun orang sanggup berperang,bergaduh,berputus silaturahim untuk dapatkannya..

maka agak-agak betapa mabuknya kita apabila ternampak walau bayang-bayang kepada para bidadari syurga yang sememangnya suci bersih,sentiasa dara,sentiasa muda(umur 17),setia,tak pandang yang lain kecuali kita,penuh cinta,penuh rindu???

note: ya allah.....ruginya orang yang berzina...ruginya orang yang bercouple(termasuk couple islamik)...ruginya orang yang bercinta luar nikah(termasuk yang bercinta ketika bertunang)...ruginya orang yang menyentuh wanita yang haram baginya....ruginya orang yang bermesej2 dengan perempuan tanpa sebab...ruginya orang yang tertipu dengan kecantikan palsu wanita dunia...rugi..rugi..rugi...walaupun korang berjubah berserban..walaupun yang korang layan wanita berjubah dan berpurdah...

korang tetap rugi....

sebab korang diharamkan bertemu bidadari sejati... kerana korang dah merasai nikmat palsu wanita murahan di atas muka bumi.....

wahai kaum lelaki,kalian diberi akal yang kuat untuk memahami kalamku... talak 3 lah semua perempuan2 murahan yang menjadi pasangan cinta luar nikah mu... jangan anggap ia sia-sia,kerana pengorbanan itu hadiahnya untuk kalian allah janjikan syurga yang di dalamnya ada ribu ribu ribu ribu bidadari yang teramat indah!

kalau ahli maksiat pun diberi syurga,maka di mana keadilan kepada para muslimin yang menjaga hati,lidah,kemaluan dan tangannya dari wanita yang haram ke atasnya?

mana mungkin itu adil bagi mereka..

sekarang anda pilih...korang ada otak...korang ada akal...aku tak payah nak ajar...

PILIH!

samada teruskan bersama wanita kotor kalian tanpa nikah,atau allah gantikan dengan bidadari syurga yang setitis ludahnya sahaja boleh membuatkan 7 lautan menjadi manis....

kalau nak jugak wanita dunia...muliakan lah mereka dengan jalan nikah..agar mereka menjadi KETUA BIDADARI BUAT KALIAN DI DALAM SYURGA........

cukup2lah tu berfoya-foya hancurkan maruah muslimah...cukup lah.....

belum lambat lagi nak taubat wei..talak cepat!!!

Tahajud

Ibnu Batoota
May 9
~Tahajjud~

Semasa hari-hari akhir saya di Afrika, Syaikh Haji Ahmed Nakhuda Chisty Al-Afriqi Muhajir Madani daamat barakatuhum (khalifah Qutbul Aqtab Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi yang ke 34) telah bertandang ke Johannesburg untuk safar dakwah dan zikirnya di Afrika Selatan selama 4 bulan.

Setiap hari, beliau akan adakan majlis zikir ijtima'ie (beramai-ramai) dan pembacaan kitab-kitab tasawwuf (khususnya kitab Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi rahimahullah).

Alhamdulillah, saya diberi taufik, hidayah dan peluang oleh Allah untuk hadiri majlisnya setiap malam dan melakukan khidmat semampu saya kepadanya...

Saya perasan satu perkara, bila Syaikh selesai majlis, beliau akan tunjuk dan arahkan salah seorang muridnya untuk membacakan doa. Muridnya itu diarahkan untuk membaca doa pada setiap majlisnya. Tiada murid lain yang diarahkan Syaikh untuk membacakan doa. Hanya murid itu sahaja.

Pada suatu hari, selesai majlis, Syaikh tidak menyuruh murid itu membaca doa sebaliknya beliau sendiri yang bacakan doa.

Murid itu tertunduk resah, berpeluh-peluh dan mukanya penuh kekusutan.

Kemudian seseorang bertanya kepadanya kenapa dia resah, gelisah dan yang paling utama, kenapa Syaikh tak suruh dia baca doa untuk hari ini?

Jawabnya: "I overslept today, I didnt wake up for Tahajjud and I knew Syaikh is aware of it. That is why he refused to ask me to make du'a for his majlis today." (Saya terbangun lewat hari ini, saya tertinggal solat Tahajjud dan saya tahu Syaikh sedar tentang perkara ni. Sebab itu Syaikh tak mahu minta doa daripada saya hari ini.)

Note: Di dunia ini wujud manusia soleh yang tidak pernah tinggal solat malam. Dan sekiranya tertinggal, mereka akan anggap ia satu DOSA yang sangat besar. Tapi di dunia yang sama, wujud terlampau ramai manusia fasiq yang tidak pernah solat malam, tapi siang malamnya sibuk mencaci maki para ulama dan ahlullah yang mana setiap malam mereka dihiasi munajat dan muraqabah untuk umat, jin, haiwan, alam, dunia dan akhirat.

Abu Jahal yang menentang Islam pun dilarang keras oleh Rasulullah untuk sesiapa mencelanya selepas kematiannya khususnya dihadapan anaknya.

Tetapi kini wujud orang yang mengaku sebagai MUSLIM tetapi bersorak gembira dan bersyukur di atas kematian ulama-ulama soleh.

Bagaimana mungkin Rasulullah akan benarkan wajah mulia baginda dilihat oleh orang-orang fasiq ini?

Sebab itu di dalam sejarah, tiada seorang pun daripada mereka yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah walaupun oleh mereka yang disisi mereka bergelar "ulama" kerana di dunia lagi Allah dah haramkan mereka bertemu Nabi, apatah lagi di mahsyar kelak.

Berjaga-jagalah, kita di akhir zaman, golongan pencela, pemaki, pencerca, penghina ulama Islam telah mula menzahirkan diri seperti yang dijanjikan Rasulullah.

penyokong kerajaan menghina ulama pembangkang,penyokong pembangkang menghina ulama kerajaan,penyokong Wahabi/Salafi menghina ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan ulama sufi,penyokong Ahbash menghina ulama Wahabi dan ulama sufi,penyokong Syiah menghina ulama Wahabi, sufi, dan Ahlu Sunnah,penyokong Razib menghina dan mengkafirkan ulama Deobandi dan ulama Tabligh,penyokong Brelwey menghina ulama Deobandi dan Ahlu Sunnah,penyokong Ahmadi Qadiani menghina ulama selain golongan mereka,

Tidak kira siapa mereka, jika mereka menghina ulama, maka kehinaan itu jatuh semula ke atas mereka dan ke atas seluruh keturunan mereka...

Dan kita yang tidak terlibat patut bersyukur kerana watak tanda kiamat sebagai pencela ulama itu bukannya kita tetapi orang lain. Janji dan takdir Allah itu pasti berlaku. Golongan celaka ini pasti muncul, cuma kita risau kalau-kalau watak itu adalah kita. Maka kepada yang lidah dan jarinya masih bersih daripada melontarkan kata-kata hina pada ulama, bersyukurlah.

Jika saya pernah melakukan hal ini (mencaci ulama), maka saya bertaubat kepada Allah dan moga Allah ampunkan saya.

*Kepada yang mengaku bermanhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah, ketahuilah bahawa manhaj sebenar ASWJ ialah mereka sangat sukar untuk mengkafirkan orang lain. Kita tidak sama seperti Syiah, Wahhabi, Ahmadi, Quranist dan lain-lain sect sesat yang dengan mudah menuduh orang Islam yang tidak mahu mengikut mereka sebagai kafir, musyrik, ahli bidaah dan sebagainya. Jika kalian yang mengaku sebagai ASWJ ni suka berperangai macam itu, maka saya mohon tolong jangan guna nama ASWJ kerana ia satu penghinaan kepada manhaj suci ASWJ.

Kehidupan : Usamah Mables

Kehidupan dunia adalah satu ujian dari Allah untuk ummat manusia. Oleh kerana itu tak akan mungkin seseorang manusia itu yang ingin melalui hidup di dunia ini tanpa apa2 kesusahan dan rintangan. Dan sebenarnya dalam ujian itulah adanya kemanisan hidup.    Tapi wahai saudara ku sekalian..kemanisan tersebut takkan dapat dikecapi melainkan mereka yang mempunyai sifat "REDHA BIL QADHA" (redha dengan ketentuan Allah). Dan yaqinlah bagi orang beriman tu takkan lari dari dua keadaan. Samaada akan dapat yang baik atau terbaik..    Seorang yang beriman apabila menerima apa-apa kenikmatan dari Allah dia akan bersyukur. Janji Allah " لئن شكرتم لأزيدنّكم " (jika kamu bersyukur maka pasti dan pasti akan ditambahkan nikmat untukmu). Inilah yang dikatakan mendapat yang baik. Sebaliknya jika seorang beriman mendapat sesuatu kesusahan maka dia akan bersabar. Janji Allah "إن الله مع الصابرين " (sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar). Kebersamaan Allah inilah dikatakan yang terbaik.    Adapun bagi orang yang tak beriman dalam kdua-dua keadaan mereka dalam kecelakaan. Apabila mereka mendapat nikmat maka mereka akan lalai dalam nikmat tersebut sehingga mereka lupa akan Allah dan apabila mereka mendapat kesusahan mereka akan menyalahkan taqdir.    Oleh itu wahai saudaraku sekalian…Marilah kita sama-sama membentuk keimanan dan keyaqinan kepada Allah supaya dalam apa jua keadaan kita akan dapat yang terbaik

Catatan Penting Terutama untuk Pelajar : Usamah Mables

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal..... ..
sengaja lewatkan solat .
Allah tidak suka .
Kalau tertidur lain cerita.

Antara Berhijab dan Bertabaruj : Nota Usamah Mables


Sesungguhnya Allah SWT menurunkan perintah hijab hanya kepada wanita yang beriman, sepertimana firman Allah SWT (( Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas tubuh-tubuh mereka.)) Allah SWT telah mensyariatkan hijab untuk menutup tubuh wanita juga menyembunyikan kecantikannya dan perhiasannya daripada lelaki ajnabi serta melindunginya daripada daripada pandangan yang rakus dan mata-mata yang liar. Sambungan firman Allah SWT ; (( Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali dan tidak diganggu)). Tetapi bukankah mereka sudah diganggu sekarang?? Soalnya, mengapa?? Bukankah ianya berpunca dari diri mereka yang tidak berhijab dengan hijab wanita di zaman Nabi SAW sedangkan ia adalah sebaik-baik zaman?? Marilah kita berfikir sejenak wahai muslimah sekalian..

Allah SWT berfirman (( Dan para wanita tua yang telah berhenti dari haid dan mengandung, yang tidak ingin menikah lagi maka tidak ada dosa mereka menanggalkan pakaian luar dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan )). Ini adalah perintah Allah SWT kepada perempuan yang sudah tua yang tidak memikat para lelaki, maka tidak berdosa jikalau mereka meninggalkan sebahagian daripada pakaian-pakaian luar mereka yang wajib seperti rida’ dan jilbab(sejenis kain yang menutupi seluruh tubuhnya di atas pakaiannya). Walaupun begitu, Allah SWT tetap mengaitkan hukum mereka dengan firmannya (( Dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan )). Hukum ini adalah untuk perempuan-perempuan tua yang tidak menarikperhatian dan tidak menaikkan syahwat!! Bagaimana pula dengan wanita-wanita muda yang memikat hati??

Kemudian Allah SWT berfirman (( Dan jikalau mereka memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka )). Iaitu, walaupun mereka tidak mempunyai kecantikan, Allah SWT tetap suka mereka memakai hijab! Inilah perintah Allah SWT, bahawasanya hijab adalah mustahak bagi perempuan tua dan wajib atas selain mereka.

Lawan erti hijab adalah tabarruj(berhias) dan inilah punca kerosakkan para wanita dan dari situ pula bermula kerosakkan para pemuda dan setrusnya kerosakkan ummat manusia. Orang pertama menyeru kepada tabarruj adalah Iblis, sepertimana firman Allah SWT (( Wahai anak adam, janganlah sekali-kali kamu diperdaya oleh syaitan sepertimana dia telah mengusir kedua ibubapa kamu dari syurga, menanggalkan pakaian-pakaian mereka untuk mendedahkan aurat mereka )). Tugas Iblis adalah mancabut penutup dan membuka keaiban, serta menyebarkan keburukan di kalangan lelaki dan wanita beriman. Kerana di kalangan masyarkat kita , terdapat ramai orang yang jiwanya lemah dan hatinya berpenyakit yang memperlakukan wanita seperti kain buruk dan melucutkan pakaiannya yang mulia. Sesungguhnya perempuan yang bertabarruj itu derhaka pada Tuhannya dan Rasulnya, kerana perintah berhijab sudah datang kepadanya lalu dia enggan. Tahukah dia bahawa tabarruj adalah satu petanda nifaq, sepertmana sabdaan Nabi SAW (( Seburuk-buruk wanita adalah yang berhias-hias dan berlagak sombong dan inilah wanita-wanita munafiq )); hadis riwayat Imam Baihaqi.

Syarat-syarat hijab syar’ie yang dipetik dari Al-Quran dan Hadis adalah seperti berikut : 1) Ia mestilah meliputi keseluruhan badan di mana tidak terdedah suatu bahagian pun, lebih-lebih lagi bahagian tubuh wanita yang menimbulkan fitnah. 2) Ia tidaklah sempit/ketat sehingga memuatkan angota-anggotanya dan menyifatkan warna kulitnya serta bentuk tubuhnya di samping itu ia mendandan rambutnya di atas kepala sehingga kelihatan seolah-olah bonggol unta. 3) Ia tidak menyerupai pakaian lelaki. 4) Ia tidak menyerupai pakaian-pakaian wanita kafir. 5) Ia bukanlah daripada sebarang jenis perhiasan. 6) Tidak nipis sehingga boleh menyifatkan apa yang ada di dalamnya. 7) Ia bukanlah pakaian berfesyen di mana terdapat perhiasan dan daya tarikan mengikut aliran masakini sepertimana yang tersebar di kalangan wanita kita hari ini. Ini kerana walaupun mereka menutup muka, kaki dan tapak tangan mereka namun pakaian mereka berwarna warni, menarik lagi cantik dipandang sehingga menarik perhatian orang kepada mereka walaupun menurut sangkaan mereka sendiri, ” Kami telah berhijab”.

Sebenarnya hijab adalah penghalang dari terzahirnya kecantikan kepada lelaki-lelaki ajnabi. Imam Az-Zahabi berkata: Di antara perbuatan-perbuatan wanita yang dilaknat adalah mendedahkan perhiasan dan barang kemas di bawah purdah mereka dan memakai minyak wangi yang semerbak serta pelbagai jenis tabarruj yang lain, yang mana Allah SWT memurkainya dan memurkai orang yang melakukannya di dunia dan di akhirat.

Sedangkan hijab melindungi mereka seumpama mutiara manikam yang tersimpan rapi, tidak boleh dimiliki oleh sebarangan orang melainkan orang yang layak memilikinya....

Risalah Wanita


Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." (Muttafaq Alaihi dan Imam Lima).

Dan dalam sabdanya yang lain;

“Dunia adalah kesenangan sementara, dan sebaik-baiknya kesenangan dunia adalah wanita (istri) yang sholehah.”. (Muslim, an nasa’i)

Banyak sekali ayat-ayat Allah dan hadits Rasulullah yang mengajarkan kaum wanita,  agar mereka dapat menjadi wanita pilihan Allah, dan sebaik-baiknya perhiasan dunia.

Tentunya, dengan waktu yang singkat tidaklah mungkin kita hadirkan kajian ayat dan hadits yang sangat banyak sekali jumlahnya …, tetapi dengan sangat mudah kaum wanita dapat bercermin melalui ciri-ciri akhlaq mereka..

Beberapa ciri yang umum dari akhlaq wanita pilihan Allah adalah ;

Sebelum menikah, wanita sholehah akan selalu menjaga dirinya, ia tidak akan membuka satu hubungan khusus, kecuali jika ia mengetahui bahwa lelaki tersebut hendak meminang dirinya.  Aqidah islam, kepahaman dan akhlaq calon suami, merupakan modal dasar dari kriterianya. Wanita sholehah tidak akan memperlihatkan auratnya pada kaum lelaki yang dilarang oleh syariat , dirinya tidak akan pula membiarkan bagian tubuhnya disentuh, walau hanya berjabat tangan oleh lelaki yang bukan mahramnya dan yang tidak memiliki kepentingan.

 Dalam proses perkenalan atau ta’aruf ia tidak akan membiarkan dirinya berdua-duaan dengan kaum lelaki. Menjawab salam, tidak berbicara kecuali hal yang mengarah pada kebaikan. Tidak menjatuhkan kehormatan dan martabatnya dengan memberikan peluang kepada kaum lelaki untuk mempermainkan dirinya. Tidak meminta harta maupun barang apapun selain kesungguhan calon suami untuk mempercepat proses akad nikah.

Dan..pada saat menikah dan setelahnya, ciri wanita sholehah tercermin dari akhlaq mereka ;

Menerima mahar sesuai dengan kesanggupan calon suaminya, sebagaimana sabda Rasulullah saw, “Wanita yang paling banyak berkahnya adalah mereka yang paling mudah maharnya”. (Ahmad dan Baihaqi).

Senantiasa taat dan melayani suami mereka selama perintah mereka tidak bertentangan dengan perintah agama. Mendahulukan kepentingan suami dari pada kepentingan dirinya. Dapat menjadi pendengar yang baik, lemah lembut dalam berbicara, menghibur, mendorong hati suami ketika dalam kesulitan dan kesedihan, memberikan ketenangan dalam rumah tangga, dan senantiasa memperhatikan penampilan, kebersihan, kecantikan dan menjaga kesehatan dirinya, dan istiqomah dalam beribadah...

Ketika suami tidak dirumah, dirinya tidak akan pernah memperbolehkan lelaki yang tidak dikenal atau lelaki yang tidak disukai oleh sang suami masuk ke dalam rumahnya. Menjaga harta suami adalah bagian dari tugas istri yang sholeh, mengatur harta rumah tangga dengan tidak berlebihan dan tidak juga kikir adalah hal yang dianjurkan dalam agama. Menyelesaikan pekerjaan rumah tangga, menyediakan makanan yang sesuai dengan selera suami, memperhatikan seluruh keperluan suami, adalah bentuk pengabdian yang selalu bernilai pahala.

Sebesar apapun, ia senantiasa bersyukur atas apa yang diberikan oleh suaminya, tidak banyak mengeluh, sabar dalam menerima keterbatasan suami, tidak meminta sesuatu yang lebih dari kemampuan suaminya, menghormati orang tua suami, memperlakukan mereka dengan sikap terbaik, pemaaf dan  mengerti, adalah sifat yang senantiasa ditunjukkannya.

Jika ia bekerja(yg dibenarkan syariat), maka ia akan menjaga dirinya dalam pergaulan, menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, yang dapat mengantarkan dirinya dalam kemaksiatan. Memberikan sedekah kepada keluarga dari hasil pekerjaannya. Wanita sholehah adalah panutan dari anak-anaknya, mereka akan memberikan teladan yang terbaik bagi anak-anaknya, sabar dalam mendidik anak, tidak mengeluarkan perkataan yang tidak patut di contoh oleh anak-anak…

Setidaknya, inilah ciri-ciri akhlaq wanita sholehah..tentunya, kesholehan itu tidak datang sendirinya, ia memerlukan proses…

Dan wanita sholehah tentunya akan memilih lelaki pilihan Allah, yang bersama-sama mengantarkan dirinya melalui proses tersebut.. agar mencapai keberkahan dalam kehidupan dunia dan akhirat..

Wallahu’alam.

Nota Usamah Mables 2

Ummat IT sekarang amat tinggi ilmunya sehingga mereka berani mengkaji semula hukum yang telah dipersiapkan oleh ulamak2 silam seperti Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Ramli, Imam Ibn Hajar dan banyak lagi ulamak2 yang menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya utk ilmu dan agama.
Ummat IT yang belajar beberapa tahun di university dan membuat kajian melalui internet ciptaan Yahudi hari ini berani mendakwa ulamak2 tersebut mengeluarkan hukum berlawanan dengan hadis dengan alasan mereka(UMMAT IT) menjumpai hadis yang lebih sahih dari hadis yang telah digunakan oleh ULAMAK tersebut. Innalillahi wa inna ilaihiraaji'uun.. Bagaimana dakwaan ini boleh keluar dari benak fikiran mereka yang hanya belajar beberapa tahun di University dan sekadar membuat kajian melalui IT terhadap Ulamak yang hidup di zaman tabi'iin dan taabi'uttaabi'iin yang menghabiskn hampir seluruh hidupnya utk ilmu dan agama. Masuk akalkah dakwaan tersebut.
Sesungguhnya aku adalah insan yang bodoh. Aku bukan seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang hadis dan juga tafsir sehingga aku boleh mengeluarkan hukum dari quran dan hadis mengalahkan ulamak2 terdahulu. Aku hanya pengikut kepada ulamak2 silam yang aku benar2 meyakini apa yang mereka fatwakan sama sekali tidak akan lari dari kehendak alquran dan hadis. Aku teramat yaqin dengan ilmu yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Kalaulah ada yg mengatakan ada hadis lebih soheh yang menolak hukum yang telah difatwakan oleh ulamak2 silam itu aku yang bodoh ini akan tetap menerima apa yang difatwakan oleh ulamak2 tersebut. Kerana aku tidak mampu menilai dan juga xmmpu memahami kehendak hadis melebihi mereka. Aku hanya pengikut bukan seorang penilai. Ya Allah..bimbinglah hambamu ini.

Nota Usamah Mables

Malam tadi sebelum lelapkan mata akau teringat pesan guruku Maulana Abdurrahman semasa aku sedang belajar di Raiwind Pakistan. Pesanan tersebut membuatkan hati ini sebak hingga mengalirkan airmata.
Semasa kami belajar di sana beliau mengatakan antara syarat utk mendapat 'ILMU' ialah MENGELUARKAN CINTA DUNIA DARI HATI.
Kata beliau, cinta dunia ni umpama bangkai seekor anjing. Sekiranya seekor anjing jatuh dan mati di dalam satu perigi maka apa pun tindakan dibuat tidak akan dapat membersihkan air yg ada di dalam perigi tersebut. Air di dalam perigi tersebut tidak akan berubah menjadi air 'mutlak' selagimana bangkai anjing tersebut tidak dikeluarkan dri perigi itu. Walau dicampur dengan air yang banyak, walau digunakan sabun yang berkualiti,walau apa pun tindakan di ambil,air itu tetap dikira air yg bernajis dan akn mbuatkan segala benda yg tersentuh dengannya akan bernajis dengan najis mughallazoh.
Kata guruku, maka langkah utk membersihkan air perigi tersebut ialah pertama sekali hendaklah mengeluarkan bangkai anjing itu dri dalam perigi. Selepas itu barulah langkah menambahkan air mutlak dn sebagainya akan mberi kesan kepada usaha pembersihan air tersebut.
Begitulah juga dengan cinta dunia yg telah masuk dalam hati manusia. Hati akan bernajis dan akan membuatkan insan lain yang menghampirinya akan terkena najis 'cinta dunia' yg amat berat ini. Selagi cinta dunia ini masih bertapak di dalam hati maka hati tidak akan mgkin dapat dibersihkan dan tidak akan menerima nur ilmu dan juga nur makrifat.
Oleh itu,lgkah pertama sekali ialah mengeluarkan najis cinta dunia dri dalam hati dengan mewujudkan perasaan bencikan dunia dan cintakan akhirat. Setelah keluarnya najis cinta dunia dari dal hati ini barulah nur ilmu, nur iman, nur makrifah akan mula bertapak di dalam hati.
Dari saat itu hati akan bertambah bersih dan bercahaya sehingga akan mula memancarkan cahaya makrifah. Dari cahaya hati inilah manusia akan dapat mengenali Allah dan mengenali perintah2 Allah dan sunnah rasulullah dalam ertikata yg sebenar. Inilah yang dikatakan dengan 'ilmu'.
Kata guruku, hari ini(waktu belajar di raiwind) kamu belum lagi teruji dengan dunia sebab kamu berada dalam suasana pengajian. Kamu belum betul2 terdedah dengan kemewahan dunia dan keistimewaan dunia. Akan datang satu masa kamu akan dikelilingi oleh kemewahan dunia yg menuntut kamu utk memilikinya. Pada masa itu akan terbuktilah siapa dirimu yang sebenar. Apakah kamu 'pencinta dunia' atau 'pencinta akhirat'.
Oh ya Allah..perkara ini benar2 terjadi pada hambamu ini. Aku takut dengan kelemahan diriku ini. Ya Allah pimpinlah kami untuk mencintai akhirat dan untk mengikuti nasihat2 guru kami yang amat inginkan kebaikan utk diri ini...

Kehebatan dan Peringatan Tentang Berdoa di dalam Majlis Khatam Quran

Kehebatan dan Peringatan Tentang Berdoa di dalam Majlis Khatam Quran

Tanda-tanda Seseorang itu Mencintai Dunia

Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Bila dikatakan ibu itu maksudnya daripada cinta dunia lahirlah berbagai kejahatan lain. Boleh juga dikatakan ianya sebagai pokok kepada segala kejahatan. Daripada pokok cinta dunia itu, lahirlah buah-buah kejahatan lain. Maksudnya di sini, kalaulah hendak bebaskan diri daripada berbagai kejahatan, pokoknya kenalah ditebang. Iaitu, cinta dunia itu hendaklah dibersihkan daripada diri dan diganti dengan cinta Tuhan. Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu hati. Kalau hati cinta dunia, mana mungkin cinta Tuhan akan duduk di dalam hati. Kalau hati cinta Tuhan, insyaAllah cinta dunia tak dapat duduk di dalam hati.

Buang cinta dunia bukan bererti membuang atau menolak dunia. Dunia itu perlu dalam kehidupan. Dunia itu adalah wadah untuk menuju akhirat. Yang dikehendaki adalah menggunakan dunia itu dengan sebaik mungkin, tetapi hati tidak jatuh cinta dengannya. Hati tidak terpaut dengan dunia. Mudah sahaja dunia itu boleh dilepaskan. Dunia itu tidak mempengaruhi hati sehingga lalai daripada Tuhan. Dunia itu tidak memesong hati daripada cinta Tuhan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu sudah cinta dunia, mari kita lihat contoh-contohnya:

1. Bila tiba waktu sembahyang, seseorang itu dengan sengaja melewat-lewatkan sembahyang kerana lebih mengutamakan kerjanya.

2. Orang yang suka pada jawatan malah berebut-rebut untuk menjadi pemimpin
3. Orang yang kaya tetapi bakhil untuk mendermakan hartanya untuk tujuan kebaikan
4. Orang yang suka membazir pada barang-barang yang tidak perlu
5. Membuat kerja dengan mengharapkan pujian dan sanjungan orang
6. Membiarkan jiran-jiran dalam serba kekurangan padahal diri dan keluarga hidup dalam bermewah-mewahan
7. Sangat cinta pada diri sehingga mudah merajuk dan sakit hati bila dirinya ditegur dan dimarahi atas kesilapan yang dilakukannya

Moga-moga kita terhindar daripada cinta dunia dan menjadi orang yang hatinya mencintai Tuhan. Sekian.

Munajat Ramadhan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah. Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik baik untuk diri kami, janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu pintu rahmatMu untuk kami ya Allah.
Ya Allah Rabbul Jalil
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepaadMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, kami lupa kedapaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua. Justeru ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah. Ya Rahman, pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat sahabat kami dan guru guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang orang kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka kau ambillah kami dalam keadaan yang baik baik dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Azizz
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi.
Ya Allah Ya Malikal Mulk Ya Razak Ya Fattahu Ya Alim
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. Dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah, janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu Ya Allah. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal dimalam al-Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubah kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti.

Nikah Cara Nabi

~Kisah Nikah Ibn Batoota~

Walaupun dah setahun lebih dah saya menikah, anak pun dah umur 6 bulan lebih. Tapi masih ramai yang request untuk saya ceritakan pengalaman nikah dan walimah saya. Saya tak tau lah ia diminta untuk dibaca supaya dapat dicontohi atau sekadar pemanis mata.

Harapnya status kali ni tak ada yang ciplak atau edit untuk di kredit ke atas diri sendiri supaya tidak merosakkan maruah sendiri...

Cerita bab nikah ni saya tak tau nak mula dari mana... Tapi elok saya mulakan dari awal tahun 2012, masa tu saya minta cuti dari madrasah saya untuk balik Malaysia sebab nak kawen.

Awal 2012 saya sampai Malaysia, belum sempat balik rumah, dah ramai datang jumpa kat airport untuk minta ceramah. Saya bagi no telefon je dan suruh keep in touch.

Kebiasaan saya bila balik ke Malaysia, saya akan singgah di 24 hours Open Masjid iaitu Masjid Jamek Sri Petaling untuk saya iktikaf (merupakan satu sunnah Nabi yang mulia, apabila pulang dari perjalanan yang jauh untuk beriktikaf di masjid semalaman sebelum pulang ke rumah). Masjid Jamek Sri Petaling ni saya pilih sebab masjid tu macam Masjid Nabawi zaman Nabi, sentiasa 24 jam, 7 hari seminggu, sepanjang tahun, tanpa cuti orang beribadat kat situ. Ada kemudahan tempat mandi, tandas, kedai mamak, kira memang tip top lah situ. So saya akan ke situ setiap kali balik dari Afrika.

Masa saya kat masjid tu, saya terdengar iklan bahawa ijtima' ummah (perhimpunan umat Islam) akan di adakan di setiap negeri pada tahun tu, ramai ulama besar, syaikhul hadis, dan ulama lain akan hadir bagi talk. Saya pun take note.

Awal-awal pagi lepas Subuh tu saya berangkat balik ke rumah.

Di rumah, saya dilantik jadi imam dan mengajar di surau. Setiap kali saya balik kampung, memang pengerusi surau akan cepat-cepat tangkap saya sebab kalau tak, surau lain akan tangkap.

Kemudian saya dapat tawaran ceramah di kawasan KL, saya pergi bersafar semula ke KL dan sekali lagi ke masjid Sri Petaling.

Dipendekkan cerita, kat masjid masa tu mereka memerlukan ustaz untuk menjadi penterjemah kepada jemaah tabligh dari Yaman, salah seorang daripada ahli jemaah masa tu ialah Mufti Syeikh Salim, pensyarah di Jamiat Ahqaf kat Tarim tak silap saya. Teruja saya dibuatnya. Saya pun ikut jemaah tu selama 40 hari jadi penterjemah mereka dan mereka di hantar ke Pahang. Selama perjalanan bersama mereka tu, saya bertalaqqi dan bersohbat serta berkhidmat kepada Syeikh Salim, saya talaqqi daurah kutub soghir Fiqh Syafi'e dengan beliau. Ilmu beliau memang dahsyat. Semua matan dalil hafal dalam otak, ini baru betul ULAMA (bukan macam "ulama google" yang super duper hyper nonsense).

Dipendekkan cerita lagi, saya dipertemukan Allah dengan abang ipar bidadari saya dan ditawarkan untuk menikah. Sepanjang 40 hari saya bersama jemaah Yaman tu, ada je orang call offer anak diorang lah, anak saudara lah, adik perempuan lah. Tiba-tiba berita saya nak cari isteri tu tersebar.

Dipendekkan cerita lagi saya setuju dan datang untuk nazor bidadari saya di rumahnya, ditemani mahramnya.

Nazor ialah proses melihat wajah dan tapak tangan oleh pelamar. Zaman Nabi dulu majoriti muslimah berpurdah, jadi proses nazor ni merupakan perintah Nabi kepada para Sahabat untuk melihat wajah di sebalik purdah dan kedua tapak tangan.

Zaman sekarang dah tak ada nazor-nazor ni sebab majoriti perempuan sekarang letak muka sejibik terpampang dalam fb, blog, twwitter, whatsapp sampai yang berpurdah pun tunjuk juga gambar berpurdah diorang dalam laman-laman sosial untuk bagitahu kat orang ramai "kami berpurdah", jadi sunnah Nabi tentang nazor ini telah dibuang oleh umat Islam sebab semua perempuan pun dah kena tengok muka diorang oleh berjuta billion lelaki. No point of nazor anymore.....

Bidadari saya pulak saya nazor secara terhormat sebab beliau memang tak pernah dilihat mana-mana lelaki bukan mahram sebab beliau dari kecik buat home-schooling macam zaman Nabi, tak pernah masuk sekolah ke,madrasah ke, kalau keluar rumah pun akan pakai full hijab purdah burqa semua. Jadi sayalah lelaki bukan mahram yang pertama pernah tengok muka beliau. Beliau bagitahu, beliau selalu berdoa supaya siapa orang pertama yang nazor beliau, itulah suaminya sebab dia tak mahu wajahnya dilihat sesiapa kecuali suami. Dan munajatnya diterima Allah.

Ingat! Allah tu wujud. Cuma kita je "tak layan" kewujudan Allah tu.

By the way, lepas nazor, 3 hari istikharah sama-sama dan lepas 3 hari istikharah, keputusan dibuat untuk menikah.. Saya pun batalkan janji nak nazor perempuan lain yang di offer kat saya sepanjang 2-3 bulan kat Malaysia masa tu.

Masa nazor tu awal bulan April, dan cadang nak nikah tu pertengahan bulan Julai. Ada masa lebih kurang 2 bulan lebih untuk persiapan.

Masa tu saya ada RM50 lebih je kot rasanya, dalam bank kosong.

Lepas tu saya fikir, mana nak cari duit dalam masa 2 bulan lebih tu?

Mulanya ingat nak kerja, tapi tak jadi. Saya solat hajat banyak-banyak, kalau jodoh, tentu Allah mudahkan.

Lepas tu saya ikut ijtimak ummah setiap negeri tu, masa tu duit saya ada dalam RM2 je, tapi saya bawak beg, tumpang orang, pergi ke tapak ijtimak. Dari situ, saya terus tumpang orang ke ijtimak seluruh negara kecuali Perlis, Perak, Sabah dan Sarawak.

Lepas ijtimak, ada jemputan ceramah merata tempat di universiti, kolej, masjid, pejabat, kilang dan lain-lain di seluruh Malaysia, dari Kedah sampai Johor.

Pendek kata, saya totally "buat tak tau" tentang kahwin tu dan semata-mata serahkan urusan dunia saya kat Allah sebab saya ada terbaca satu hadis yang mafhumnya, barangsiapa yang jadikan hal dunia sebagai kerisauan utamanya, maka Allah akan sempitkan hidupnya dan cuma diberi rezeki yang dah ditetapkan je.

Dan barangsiapa yang jadikan akhirat sebagai kerisauan utama, maka Allah akan suruh dunia jatuh ke bawah tapak kaki kita dalam keadaan hina dina. Allah akan uruskan semua urusan dunia kita.

So dengan saya pergi dakwah sana sini, ziarah ulama, ikut ijtimak, ikut kuliah dan lain-lain kerja agama untuk akhirat, saya fikir Allah tentu akan selesaikan semua urusan dunia saya.

Ingat! Sifat Nabi yang wajib kita imani ialah As-Siddiq (benar), jadi Nabi tak mungkin menipu. So bila hadis cakap macam tu, konfem jadi.

Dipendekkan lagi cerita, tiba-tiba je dah bulan Jun. Duit masih belum ada, ada dalam RM400 je rasanya hasil sumbangan ceramah-ceramah tu semua.

Lepas tu saya sekali lagi ke Masjid Sri Petaling tu dan solat hajat kat sana...

Lepas tu balik ke rumah di Penang...

Tiba-tiba rezeki Allah melimpah-limpah, ada yang nak sponsor walimah, ada yang nak sponsor cincin emas, ada yang nak sponsor hadiah dan lain-lain.

Setel masalah...

Dengan muka sekupangnya, pakai jubah putih, serban putih, selipar tandas, saya pun akad nikah pada 15 Julai 2012 selepas solat Asar.

Walimatul Uqud diadakan di rumah bidadari saya, sembelih seekor kambing, jemput jiran-jiran.

Walimatul Uqud ialah kenduri walimah kesyukuran selepas akad nikah di adakan...walimah bermaksud pesta, uqud bermaksud akad, jadi walimatul uqud bermaksud "walimah kerana akad".

Walimatul Ursi pula diadakan di rumah saya tak lama lepas tu...

Walimatul Ursi atau di Malaysia dikenali sebagai Walimatul Urus pula ialah kenduri walimah kesyukuran selepas dua pengantin telah bergaul...'ursi (ain, ro, sin) bermaksud "pengantin" jadi walimatul ursi bermaksud "walimah pengantin".

Mulanya walimah ursi ni nak dibuat pada waktu malam sebab telah tsabit ke-sunnah-annya dibuat walimah pada waktu malam.

Tapi disebabkan Malaysia penuh masalah dalam mengamalkan sunnah, maka terpaksa buat siang jugak untuk mudah bagi orang yang dah biasa dengan walimah pada waktu siang.

Masa walimah tu, saya asingkan tempat laki dan perempuan dengan kain rentang dan letak sign board banyak-banyak "khemah lelaki" dan "khemah wanita".

Semua orang agak "pelik" dengan ajaran Nabi tu... Tapi saya buat muka sekupang macam biasa...

Masa tengah siapkan khemah, tetamu dah datang, tapi saya masih pakai kain pelikat dengan pagoda, hehe.

Saya pun lari masuk, mandi, pakai kain pelikat warna hitam putih, jubah putih saya tengah basuh masa tu, saya pun pakai jubah hitam, dah lah jubah hitam tu bertampal, so untuk tutup tampal tu, saya pakai kot hitam panjang kat luar, serban putih pun basuh, saya pakai serban hitam.

Lepas tu keluar sambut tetamu dengan pakai selipar tandas warna oren, bila jalan bunyi "kreet kreet"   (yang ini aku like sampai patah jari).

Inilah pakaian saya ketika walimah. Tak ada make up, tak ada baju pengantin kelip-kelip, tak ada keris, tak ada pistol, tak ada pedang samurai.

Semua orang tanya "mana pengantin"?

Bapak saya cakap sambil tunjuk kat saya: "tu yang salam tadi tu pengantin lah".

Saya pun sengih sempoi punya.

Nak mengata?

Peduli apa aku....

Aku ada agama, aku ada Nabi, aku ada panduan, aku tak perlukan "apa orang kata" untuk mereka masuk campur urusan hidup aku.

Anyway, ini bukan cerita rekaan, ramai budak-budak fb yang datang ke walimah saya jadi saksi perkara ni.

Kalau orang tanya berapa kos perkahwinan saya?

Saya jawab: "Free. Allah yang bayar semua."

Allah baik dengan saya bukan sebab saya ada amal banyak macam korang-korang ni...

Tapi saya rasa Allah ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap walimah saya mungkin sebab saya TAK PEDULI HAL-HAL KEDUNIAAN DAN KATA-KATA ORANG, YANG PENTING NAK AMALKAN SUNNAH NABI.

So untuk korang alami pengalaman sempoi bersama...

Let say together:

"Go to hell to what people say! Be somebody that our prophet can proud of!"

#Credit : Ibnu Batoota Owsem

Salafus Soleh

Imam hanafi wafat 150h(tabiin)
Imam malik wafat 179h(tabiin)
Imam syafie wafat 204h(tabi' tabiin)
Imam ahmad wafat 241h(tabi' tabiin)

Definisi:-Sahabat:pernah melihat nabi dan mati dalam keadaan beriman..Tabi'in: pernah melihat sahabat dan mati dalam keadaan beriman..Tabi' tabiin: pernah melihat tabi'in dan mati dalam keadaan beriman..

Mereka ini disebut sebagai 'salafus soleh': orang salaf(terdahulu) yang solehZaman selepas itu disebut zaman khalaf...

kenapa gelaran hanya diberi sampai tabi' tabiin?

Kerana berdasarkan hadis nabi mhfumnya: 'kurun yang terbaik ialah kurunku(zaman nabi dan sahabat),kemudian selepas itu(zaman tabiin),kemudian selepas itu(zaman tabi' tabiin)'...

Nabi stop sampai situ,maka ulama pun stop bagi gelaran sampai tabi' tabiin sahaja...(untuk menandakan zaman keemasan/terbaik/suci islam berhenti pada zaman itu)

Dan imam 4 mazhab adalah ulama yang hidup dalam zaman jaminan rasulullah dan mereka bertangunggjawab menyusun semula ilmu feqah menjadi mazhab agar mudah umat pelajari dan amalkan ikut bab....jadi kerja imam mazhab bukannya bawa agama baru tapi CUMA MENYUSUN agama agar mudah diamalkan....

Contohnya,sistem sekolah pakai sistem BUKU TEKS,bayangkan sistem tu tak de?maka akan jadi sangat susah untuk pelajar faham ilmu,contohnya bila subjek sejarah,nak belajar tentang sejarah 'malayan union',tak da buku teks yang SIAP DISUSUN untuk rujukan maka guru terpaksa bawa semua pelajar ke perpustakaan untuk cari gali tentang sejarah 'malayan union'..maka berjam-jam masa habis macam tu je,tapi hasil?tak memuaskan...maka professor-professor sejarah ni lah yang amek tanggungjawab menggali sejarah dan susun dan ringkaskan menjadi SEBUAH BUKU TEKS untuk mudah dirujuk dan melancarkan sistem pembelajaran...

Begitulah imam-imam mazhab kita...mereka umpama professor-professor tadi yang memudahkan urusan umat selepasnya dengan menyusun masalah-masalah agama dalam 'mazhab'....

sebab itu harus hukumnya kita bertaqlid(ikut) buta kepada mereka kerana mereka berada di bawah jaminan rasulullah sebab berada dalam 'kurun yang terbaik'.......

Wahabi ni pelik,mereka haramkan kita bertaqlid buta pada imam-imam mazhab tapi mereka sendiri taqlid buta pada ulama wahabi/salafi/ghair muqallid seperti albani,bin baz,muhammad abd wahab,ibn taimiyyah yang SANGAT JAUH DARI ZAMAN NABI BAHKAN MEREKA HIDUP DI KURUN-KURUN AKHIR ZAMAN YANG NABI GAMBARKAN PENUH KEFASADAN(kerosakan),fitnah,tak boleh beza baik dan buruk dan macam-macam lagi keburukan...

Jadi nak tolak ulama mazhab yang datang dari zaman terbaik lalu bertaqlid pada ulama wahabi akhir zaman yang penuh fasad...

Atau nak tolak wahabi lalu bertaqlid pada imam muktabar zaman keemasan islam?

"Ada akai pakai......!" = angry bird version penang

#Ibnu Batoota

Adakah muhaddith moden lebih tahu hadith berbanding ulama' dulu ?

Yg ptama,zmn salaf,para ulama smuanya hfal hadis pkai otak sperti para shbt nabi,dan hadis nabi terlampau lah banyak,kalau lihat riwayat abu hurairah dlm bukhari beliau ada berkata yg beliau mempunyai 2 kantung hadis,satu kantung dia sebarkn pd umum,satu lg kantung dia smpan sbg rahsia sbb klu kantung kedua tu beliau sebarkan,maka beliau pasti akan dibnuh..(Kemungkinan hadis2 dlm kantung kedua tu ada memetik nama2 kabilah yg menjadi perosak islam,pengikut dajal dan sbgnya spti mana nabi beri amaran ttg fitnah yg bakal dtg dari tanah najd dan ternyata di najd lahir 3 fitnah besar pd umat islam iaitu lahirnya musailamah al-kazzab yg ngaku sbg nabi palsu,lahir juga yahudi pengasas syiah disana,dan juga lahir muhammad abdul wahab yg mengasaskan fahaman wahabi di tanah najd yg kini namanya riyadh)Jadi pasti murid2 abu hurairah teruja ingin tahu hadis2 itu secara rahsia,bermakna masih banyak hadis yg tidak dikumpulkan dlm kitab2 hadis...

Yg kdua,bkn smua hadis berjaya dkumpulkan para muhaddis sbb zmn muhaddis ni zaman yg sdkit jauh dari zaman nabi,jadi banyak hadis2 yg smpai kpd mereka yg asalnya sahih tlah mnjadi daif bila smpai kpd mereka...jadi mreka x msukkan hadis2 yg mreka syak tu dlm kitab2 mereka sbg langkah berhati2,sbb itu imam 4 mzhab punya fiqh,walaupun ada msalah2 fiqh yg mereka fatwakan tu hanya dijumpai dlm hadis daif,kita tetap kena ikut mereka krana hadis itu sbnrnya di zmn mreka sahih,tp bila berubah zmn n smkin byk ftnah,mka ia jadi daif kpd perawi2 strusnya.

Yg ketiga,dokumentasi hadis dlm kitab2 boleh saja dijenayahkan oleh org2 kafir sbb dari zmn nabi lg org2 kafir cuba nk ubah quran smpailah jadi syiah yg buat quran sdri,tp quran asal ttp dipelihara sbb allah dh jnji nk pelihara,tp allah x janji akn pelihara hadis,maka org kafir lbih byk menyerang hadis,boleh je diorg buat kitab sbjik mcm bukhari muslim tp dlm tu hadis2 palsu?ada kemungkinan kan?sbb tu pengajian hadis sjak zmn nabi lagi dilakukan scara bersanad,lutut bertemu lutut,kitab cuma sbg bantuan,tp hakikatnya pendengaran hadis tu bersambung2 riwayatnya smpai nabi......siapa tahu slpas zmn perang dunia kitab2 hadis diubah?kita tahu peristiwa ulama2 hadis dibnuh trutamanya di jajahan russia spt bukhara,tirmiz dan lain2,msa tu ulama2 arab pun rmai yg kantoi dgn ilmu hadis sbb ftnah yg dahsyat,yg slmtkan khazanah ilmu hadis ni ialah ulama2 india,so zmn tu rmai ulama arab dtg mengadap ulama india utk ambil hadis dari mreka spti sayyid alwi maliki yg dtg mengadap maulana zakariyya khandahlawi(penulis kitab fadhilat amal yg digunakan oleh org tabligh)..syeikh yusuf benori,maulana yusuf khandahlawi(pengarang kitab hayatus sahabah dan juga ketua jemaah tbligh sdunia yg ketiga)...smpai skrg sanad2 hadis xleh smpai nabi tnpa melalui india....wallahualam,atas alasan tu juga knapa sy sdri berguru dgn ulama india pakistan bkn ngn ulama arab,sbb sy nak dgr sdri hadis dri lidah2 mreka,kmudian bru sy akn pergi tnah arab insyallah...kita boleh lihat juga perbezaan ketara ustaz2 keluaran ngra arab spti keluaran jordan,mesir yg rata2nya(bkn semua) xde nur sunnah nabi dm diri mreka,diorg blik2 pakai kot,kemeja,tie,jggut xde,x pkai kopiah,xpkai jubah...berbeza dgn ustaz2 keluaran ulama india pakistan,kelihatan mreka sgt kuat berpegang tguh pd sunnah nabi yg zahir dan batin,krana nur2 hadis ada pd guru2 mreka..

Yg keempat,hdis2 ada bjuta2 jumlah nya,tp klu dkumpulkan smua kitab2 hdis sklipun,xdpt jumlah tu sbb hadis2 smua dihfal oleh para shbt scara x formal,xde dokumentasi,jadi ulama2 lepas tu lah tpksa travel beratus2 KM hnya utk dptkan satu hadis...jadi msih rmai yg tahu hadis2 tp xsempat dikutip oleh muhaddis utk didokumentasikan...cthnya imam abu hanifah dituduh wahabi sbg xtahu hadis,imam syafie juga dtduh sbg x tahu hadis,sdgkan mreka hfal hdis berjuta2,cuma mreka x kitabkan je hdis2 dlm otak mreka tu,mreka rumuskan hadis2 tu,bandingkan,tarjihkan dan istimbat hkum lalu trus berfatwa...jadi ilmu2 hdis diorg sume didokumentasikan sbg fatwa2 masa'il dlm mzhab mreka...

Yg kelima: kenapa para ulama salaf spti imam 4 mzhab x tulis hdis n kumpulkan tp mreka rumuskan ia dan trus jdikan sbg fatwa utk diamalkan?sbb hdis2 nabi ni wjud adalah utk diamalkan,dan klu org bca hdis tnpa ilmu,mreka akn sesat sbb lihat pcgghan sna sni yg mreka xtahu sebabnya,jd imam 4 mzhab lihat yg pling pnting skali ialah rmuskan smua hdis2 tu dlm bntuk amal,sbb tu mreka xkmpulkan hdis.

Yg keenam: para ulama salaf sgt takut utk kmpulkan hdis sbb hdis2 tu akn dnsbatkan kpd nama mreka n mreka akn dptggjwbkan di akhrat nti,atas sbb tu klu sapa2 yg bljr hdis,korg akn prasan yg shbt2 besar spti abu bkr,umar,usman,ali hdis2 yg dinisbatkan atas nma diorg sgt skit,sbbnya apa?sbbnya mreka xbrani riwayatkan hdis sbb xmau btggjwb,cthnya abu bkr siddiq salin hdis2 yg beliau dgr dri nabi sdri,t pd akhr2 hayatnya,beliau bkar tulisan2nya sbb takut n ats dsr sifat takwa..bgtu juga shbt2 lain dan pkra ini diikuti oleh tabiin spti imam hanafi dan tabi tabiin spti imam syafie dan lain2..

Yg ketujuh:slpas zmn imam 4 mzhab,dtg pula zmn khalaf yg mna tiada jaminan dari nabi sbg 'khairal qurun'(kurun tbaik),maka ktika itu byk hdis2 dipalsukan,dtglah agama syiah jd msuh dlm slimut dan mcm2 krosakan agama blaku,maka ulama2 zmn tu sgt rsau kalau2 hadis2 nabi akn lenyap slamanya dari muka bumi,maka mereka bermati-matan cuba kmpul smua hdis yg msih sahih n tiada pncemaran dari sluruh dunia,dan dkumpulkn dlm kitab2 mreka smua utk pelihara keasliannya dan kewujudannya....sbb tu para muhaddis spti imam bukhari cuma mngumpul hadis,sbb tjuan diorg ialah utk slmtkn hadis,tp mreka x rmuskan ia sbg fatwa spti yg dilakukan imam syafie dan 3 imam lain..sbb tu x wjud mzhab fiqh bukhari...

Yg kelapan: para muhaddis yg mengumpul hdis spti imam bukhari,muslim,tirmizi,ibn majah,nasai,baihaqi,abi syaibah dan lain2 smuanya dtg slpas zmn imam 4 mzhab..dan mreka smua wpun muhaddis n tahu ribu2 hadis tp mreka ttp x brani buat mzhab sndri sbb mreka fhm ilmu hdis mreka msih blum dpt tndingi ilmu hdis imam 4 mzhab wpun imam 4 mzhab x kmpulkan hdis hafalan mreka dlm kitab kcuali imam malik yg tulis kitab hdis ptma dlm dunia iaitu al-muwattho'...sbb tu imam2 hadis ni bertaqlid(ikut) mzhab imam yg 4 spti imam tirmizi bermzhab syafie,imam bukhari n muslim juga didakwa sbg brmzhab syafie dan lain2...tp skrg ni,gerakan dajjal wahabi ni bajet diorg lg pndai dari imam 4 mzhab,lg pndai dari imam2 hadis,diorg bca hdis dri kitab tnpa guru,pstu trus kuar hkum sdri n ftwakan sapa x ikut diorg sbg kafir..crazypig btul lah wahabi salafi ni..

Imam

~oh imam ku! ~

Aku WaNiTa Solehah

Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang,
seandainya kau ingin jodohkan daku dengan seorang lelaki,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang baik agamanya,baik akhlaknya,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu mengajarkan daku ilmu agama,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjagaku sepenuh jiwanya,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai kami..

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

aduhai harapan umat.....

aduhai penyeri dunia.....

aduhai penggoncang dunia.....

aku yakin ramai manusia facebook selalu bertemu dengan ayat-ayat so called "islamik" oleh wanita-wanita so called "solehah" ni kan?

aku tidak punya masalah sama sekali dengan ayat-ayat leleh di atas yang penulisnya tak jemu-jemu berangan nak jodoh yang soleh (tetapi kebanyakan mereka tidak pula mahu berusaha menjadi solehah dulu dan kebanyakan mereka cuma pakai islamik2 sikit dan anggap diri solehah)...

tapi aku ada masalah besar sampai nak terputus urat kentut aku bila baca kenyataan:

"mahu lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai bagai"

terngiang-ngiang dalam otakku hadis-hadis nabi iaitu:

1) hadis tentang nabi ingin bakar rumah yang didalamnya terdapat lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid(riwayat muslim,abu daud,ibn majah,tirmizi)

2) begitu juga hadis yang mafhumnya tidak diterima solat lelaki(yang tiada uzur syar'ie) yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid(riwayat abu daud dan ibn hibban)

3) nabi juga memanggil mereka yang dengar azan tetapi tidak solat berjemaah tanpa sebab sebagai zalim,kufur dan nifak(riwayat ahmad dan tabarani)

4) juga hadis tentang sahabat nabi yang buta yang meminta izin daripada nabi untuk tidak ke masjid menunaikan solat jemaah kerana tidak ada yang memimpinnya ke masjid,lalu nabi izinkan,tetapi setelah nabi dapat tahu bahawa beliau tinggal tidak jauh dari masjid dan mendengar azan,maka nabi menarik semula keizinan tersebut.(riwayat imam muslim)

5)para ulama juga menyatakan bahawa kaum munafik di zaman rasulullah juga tidak pernah miss solat di masjid kecuali pada waktu isya dan subuh sahaja kerana pada waktu itu gelap dan mereka malas serta beranggapan tidak ada yang sedar mereka tidak hadir ke masjid kerana gelap sehingga nabi khabarkan jika manusia nampak betapa besarnya pahala solat jemaah subuh dan isya,tentu orang munafik juga akan datang ke masjid walaupun merangkak.

6)nabi tidak pernah tinggalkan solat jemaah(kecuali ketika nazak nak wafat) walaupun dalam keadaan sakit yang amat sehingga terpaksa dipimpin para sahabat ke masjid.

JADI OTAK AKU TIDAK DAPAT FAHAM!

AMAT TIDAK DAPAT FAHAM!

BETAPA AKU MEMIKIRKAN SAMPAI PUTUS URAT OTAK AKU PUN TETAP AKU TIDAK DAPAT FAHAM!

AKU TIDAK FAHAM KENAPA WANITA-WANITA MUSLIMAH YANG SO CALLED "SOLEHAH" AKHIR ZAMAN NI TERGILA-GILAKAN LELAKI YANG LEBIH TERUK DARI MUNAFIK UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SUAMI MEREKA?

halau suami-suami korang pergi masjid lah!bukannya suruh jadi imam kat rumah!bapuk ke apa solat kat rumah...kalau darurat takpe la jugak,ni takde sebab apa pun solat di rumah jugak...memang dayus,bacul,pondan dan bapuk dan semua yang berkaitan betul lah...

p/s: aku tidak bicara soal fatwa tapi aku bicara soal cinta pada nabi dan amalan nabi.Kalau nak berangan meroyan dalam fb mahukan lelaki soleh sebagai suami la apa la,tukar sikit je ayat tu kepada:

"jodohkanlah aku dengan lelaki yang mampu menjadi imam untuk SOLAT JENAZAHKU."..

BARU OWSEM~

*gedebik!

sekian sila terasa~

Lalai

Masalah yg paling besar adalah ghaflah(lalai). Lalai daripada mengingati Allah menyebabkan seseorang akan berani melakukan maksiat secara sembunyi dan juga terang terangan.apabila maksiat dilakukan maka titik2 hitam akan melekat di hati sanubari sehingga ia makin lama makin menebal dengan noda noda dosa yang dilakukan saban hari dan saban waktu. Sehingga sampai ke satu tahap manusia takkan rasa bersalah dan tanpa segan silu melakukan kemaksiatan.

Hati yang dah menebal dengan kemaksiatan ini bagaimana mgkin akan kenal Allah dengan ertikata yang sebenar. Noda dosa ini takkan mungkin dapat dibersihkan dengan air mutlak atau apa jenis air sekalipun meski pun dengan clorox. Hati ini hanya boleh disucikan dengan airmata taubat. Ya Allah..pimpinlah hambamu ini.janganlah engkau biarkan aku terkapai2 tanpa pimpinanmu walau sesaat..

#Usamah Mables

Universiti Moden

Nak banteras zina, rogol, buang anak atau mcm2 yang seumpama dengannya banteras la dulu perkara2 yang menghampiri zina!! 

Maaf kalau saya cakap, pergi belajar di university moden sekarang ni pun terutamanya bagi wanita adalah suatu perkara yang membawa kepada menghampiri zina. Kenapa saya berkata demikian???

Kerana beberapa sebab:
1) Akan menyebabkan safar tanpa mahram (bagi perempuan). Ittifaq ulamak mengatakan safar bersendirian bagi seorg perempuan adalah HARAM. Apabila buat perkara HARAM maka dia akan terdedah seluas2nya kepada godaan dan hasutan syaitan.

2) Akan berlakunya percampuran (ikhtilat) lelaki perempuan. Dalam university akan adanya study group sperti buat assignment sama2 dan sebagainya. Dan bermacam macam program university lagi yang melibatkan percampuran lelaki perempuan.

3) Pendedahan kepada percintaan terbuka luas. Kalau xde couple xmoden dan xlaku. Macam2 jenis couple. Ada yang mendakwa couple islamik la dan sbagainya. Aduh, kalau nak couple pun janganla nak sebut couple islamik pulak. Mana ada Islam mengharuskan couple la melainkan couple suami isteri.

Maaf sekiranya tulisan saya ini melukakan hati sesiapa. Cubala renungkan dan fikirkan dengan akal fikiran yang waras berlandaskan quran sunnah dan ijmak ulamak. Bertindaklah dan jagalah diri sendiri dan ahli keluarga dari perkara ini. Biarla tak dapat sijil, biarla xdapat kemasyhuran, biarla tak dapat pangkat, biarla xdapat makan gaji, biarla papa, biarla miskin, biarla merempat, janji Allah redha dengan cara berpegang teguh pada agama.

Yaqinlah!!! Apabila kita korbankan dunia demi akhirat, korbankan kemasyhuran demi agama, korbankan maal(harta) demi amal. Maka Allah pemilik dunia akhirat sama sekali takkan sia2kan pengorbanan kita. Allah SWT telah pun berjanji melalui sabdaan kekasihnya muhammad SAW,من ضحى شيئا لله عوضه الله خيرا منهYang bermaksud, 'barangsiapa mengorbankan sesuatu untuk Allah maka Allah SWT akan gantikan yang lebih baik dari apa yang dikorbankan'.

So bangkitlah wahai saudara se islamku demi agamamu sendiri...

#Maulana Usamah