aku : pada suatu petang yang sunyi , hatiku berasa sendirian berjalan di atas tanah berduri ini sementara menanti masanya kembali pada ilahi . (cheh)
ada kedai buku petang-petang mempamerkan buku-buku cerita berharga rm1 . meh sini aku kongsi .
ada duit dikeluarkan , ' nah akak '
aku beli .
buku yang bertajuk ' tahun kesedihan ' oleh zuraini bt. zakaria
Berita anai-anai memusnahkan watikah di dalam Kaabah mula tersebar . Kaum Muslimin bertakbir kegembiraan . "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!!" Kalimah suci itu dilaungkan . Pemulauan kaum Musyrikin ke atas mereka selama ini telah berakhir.
Di kejauhan , kaum Muslimin pulang ke rumah masing-masing. Di wajah mereka terbayang kegembiraan dan kesyukuran. Kaum Musyrikin pula kecewa dan hanya memerhati kepulangan kaum Muslimin tanpa dapat berbuat apa-apa.
Walaupun begitu, kegembiraan kaum Muslimin tidak berpanjangan. Mereka dikejutkan dengan berita sedih . Siti Khadijah r.a., isteri kesayangan Rasulullah s.a.w dan Ummahatul Mukminin sedang sakit.
Selang beberapa hari, Khadijah r.a pun meninggal dunia. Pemergian Khadijah r.a amat menyedihkan Rasulullah s.a.w . Baginda kehilangan seorang isteri,teman , penasihat dan benteng daripada kejahatan Kaum Musyrikin.
Setiap hari, kenangan manis sewaktu hidup bersama-sama Khadijah r.a tidak dapat dilupakan oleh Rasulullah s.a.w . Khadijah r.a sentiasa di sisi baginda ketika susah dan senang. Darinya jugalah lahir zuriat Rasulullah s.a.w . ( Part ni aku baca aku dah sebak . . . )
Selama ini perjuangan baginda didukung kuat oleh Khadijah r.a dan Abu Talib . Selepas kematian Khadijah r.a , kaum Musyrikin meningkatkan penentangan terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. Kini, hanya Abu Taliblah sebagai pelindung baginda daripada kejahatan kaum Musyrikin .
Namun , Rasulullah s.a.w diuji lagi. Selang sebulan selepas kematian Khadijah r.a, Abu Talib pula jatuh sakit . Di saat kematian Abu Talib, Rasulullah s.a.w mengajar kalimah syahadah . Baginda memujuk beliau agar beriman kepada Allah s.w.t. Akhirnya , Abu Talib meninggal dunia tanpa beriman kepada Allah s.w.t . ( ya . aku sedih juga .. )
Rasulullah s.a.w sangat sedih kerana mengharapkan keimanan bapa saudaranya. Tidak lama kemudian , turunlah wahyu Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 56 . IA SEBAGAI PERINGATAN KEPADA Rasulullah s.a.w dan UMAT BAGINDA .
kawan-kawan !
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud,
" Sesunggguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberikan hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jugalah yang berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk "
(Surah al-Qasas 28:56)
Dengan kematian Abu Talib dan Khadijah r.a pada tahun yang sama Rasulullah s.a.w kehilangan dua tonggak utama perjuangan baginda. Kini, kaum Musyrikin semakin berani melakukan keganasan terhadap kaum Muslimin dan Rasulullah s.a.w. sendiri .
Walaupun dalam kesedihan , Rasululah s.a.w terus memperjuangkan Islam .
Rasulullah s.a.w terus memperjuangkan Islam . Rasulullah s.a.w pergi ke Taif menerima Islam dan menerima Islam dan membantu perjuangan baginda. Rasulullah s.a.w ke sana dengan ditemani Zaid bin Harithah r.a
Malangnya , Rasulullah s.a.w bukan sahaja dihina bahkan dihalau dan dilontar dengan batu Zaid r.a sedaya upaya melindungi Rasulullah s.a.w. Namun, baginda tetap mengalami kecederaan . Walaupun sedih dengan layanan penduduk Taif, Rasulullah s.a.w tetap mendoakan suatu hari kelak mereka beriman kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa.
Sesungguhnya, kematian isteri dan bapa saudara, penentangan kaum Musyrikin dan penghinaan penduduk Taif menyedihkan Rasulullah s.a.w . Oleh itu, tahun itu dikenali sebagaai 'Tahun Kesedihan.' Peristiwa itu berlaku pada tahun ke-10 selepas kerasulan baginda.
-Tamat-
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ... walaupun dalam kesedihan , Rasulullah s.a.w terus memperjuangkan Islam . Allahuakbar .