AMARAN : Kebolehanku menulis semakin menghampakan.
Assalammualaikumm Syawal .
Alhamdulillah jumpa jugak dengan bulan kemenangan umat Islam ini walaupun sedara-sedara seagama kita di luar Malaysia bergadai nyawa siang malam mempertahankan tanah pusaka, akidah dan keluarga mereka.
Kehidupan yang aku lalui kini adalah berbeza sedikit dengan yang lain kerana kali ini aku hanya berjalan dengan harapan bahawa Allah meredai aku.
Perjalanan aku di dunia ini tidaklah seperti teman-teman aku yang lain.
Mereka tegar dengan segala yang mereka hadapi manakala aku lemah kerana mungkin kekurangan pengalaman ataupun sudah tertulis bahawa aku akan berada di jalan ini.
Perbezaan ini menyebabkan situasi mendiskriminasikan aku dengan keadaan .
Sebagai contoh, ' tengok dia tu , dia dah habis diploma, kau baru nak masuk diploma'
'tengok tu, dia dah ada lesen kereta, kau belum'
'tengok tu , dia dah masuk degree , kau kat sini lagi'
Kadang-kadang situasi ini melemahkan aku . Hal ini adalah kerana perbezaan ini menyebabkan manusia akan sentiasa menghakimi, 'kau lambat, dia cepat, kau suka lari daripada masalah, dan sebagainya'
Hendak sahaja aku lafazkan , Ya Allah , Engkaulah sebaik-baik perancang dan aku hanya mendiamkan diri apabila terluka .
Aku bersyukur aku di sini , sekurang-kurangnya walaupun aku tidak bekerjaya tetapi aku dapat berada di keadaan di mana cerita-cerita Islam didendangkan.
Aku tidak pernah menyesal pernah membantu seseorang untuk berubah ke arah kebaikan dan semoga usahanya Istiqamah . Kerana tiada kekuatan melainkan Allah . Alhamdulillah mungkin dia itu sudah berada dalam keadaan yang lebih baik daripada semalam.
Aku tidak menyesal keluar uitm kerana pengalaman yang aku dapati iaitu perasaan dapat membantu keluarga dan berdikari itu sungguh mahal untuk diperolehi.
Aku tidak menyesal tidak meneruskan keinginanku untuk menjadi seorang bidan.
Aku menyesal kerana membazirkan wang-wang yang sudah tersedia untukku .
Alhamdulillah , aku cuba memahami segalanya dengan bantuan masa.
Kalaulah boleh ku gegarkan satu dunia ini lantas melaungkan ' aku penat'
pasti saja aku dipanah petir.
Apakah salahnya meneruskan kehidupan dengan cara yang unik ? Ada manusia di luar sana tiada masa untuk belajar ilmu Allah tetapi kau ada , apakah kau akan sia-siakan hanya kerana berputus asa?
Teruskan usaha walau apapun manusia hendak berkata.
Allah dan Rasul ada.
Perjuangan perlu diteruskan . Berubah untuk menjadi lebih baik dari semalam maka kemenangan pasti kau genggam selamanya.
Doakan ummah dan jangan berhenti melakukan amar makruf nahi munkar.
Hidupkan sunnah nabi Muhammad s.a.w
Jalan . Berjalanlah engkau agar dapat menyiapkan bekalan menuju akhirat.
Akhiratlah tempat kembali yang abadi .
Terima kasih atas Ramadhan yang cukup bermakna.
Assalammualaikum Syawal.
'
Alhamdulillah Ya Allah . terima kasih Allah ;)