Friday, May 1

Assalammualaikum

Alhamdulillah semester tiga berakhir.
Terdapat banyak kronologi yang menggemparkan dalam kehidupanku.

Kini, aku berada di Kuala Lumpur.
Mengasah bakatku dalam bidang pendidikan terhadap adik-adikku.

Alhamdulillah, aku terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar selama setahun mulai Mei ini.

Allah,
Terdapat banyak  onak dan  duri yang aku hadapi dan langkaui.
Ada yang aku susuri penuh strategi.
Ada juga yang aku lalui dengan sepenuh pergantungan terhadap Allah kerana hati yang patah berkaca luka.

Setiap hari aku cuba bangkit melawan ombak derita yang mengganas.
Bisikan yang melemahkan.
Peperangan keinginan yang menghancurkan.

Keajaiban-keajaiban mula menerpa dalam hidupku.
Berkat qiamulail yang aku contohi dari TGNA.
Walau tidak sesempurna beliau.
Namun, setiap perkara yang aku temui membuatkanku terasa kerdil dan hina di dunia ini.
Menyedari kebesaranNya namun masih mencintai dunia.

Melatih diri secara perlahan ke arah kezuhudan.
Namun, jika tiada niat kerana Allah.
Takut jatuh dalam, riak,takabur dan rasa kebanggaan yg menghinakan penampilan di mata Yang Maha Menciptakan.

Allah.
Aku tahu apa yang aku hendak lakukan.
Namun, aku tiada perkataan untuk aku gelarkan.
Cita-cita aku di masa hadapan.

Allah.
Mungkin aku akan menjadi antara yang bersinar dalam pendidikan.
Namun, biarlah sinaran itu menjadi pelitaku yg menghidupkan.
Suasana damai kelak ku sementara menunggu hari pembalasan.

Allah. Andai ini takdir yang kau tentukan,
Berikanlah diri ini kekuatan.
Utk menjadi hambaMu yg hidup penuh ketaatan.
Dan bukan hanya tergambar di permukaan perkataan.
Tetapi, dari jiwa yang rindukan  keikhlasan diri insan.

Allah, Engkau Yang Maha Mengetahui.
Allah.Engkau Maha Penyayang.

Kikirkanlah rasa sombongku ini.
Usirkanlah rasa bakhilku ini.
Jadikan mata hatiku tidak melihat selain melihat dari NurMu yg suci.

Ya Rasul. Law Kana Bainana.
Akankah kau tersenyum melihat umatmu ini.

:')

By the way, too much playing with those syllables .
I am trying to be better than yesterday.

Strive in vain.
Unchain my negative thoughts and live with a strong mind.

Alhamdulillah for everything Ya Allah. Allah The Wise.