Wednesday, December 16

Harga sebuah keikhlasan.

Alhamdulillah telah selamat sampai ke Kuala Lumpur tercinta pada pukul 4.30 pagi tadi.
Bas Darul Naim huhu. Alhamdulillah dapat turun dekat Greenwood dan aku mesej ayah and Pak Musa sampai tidak lama kemudian. Huhu. Nak tunggu Encik Bakal memang tak lerr. Ops.

Refreshing!
Bila sampai kat rumah. Perkara paling membahagiakan apabila tengok wajah mak ayah yang excited sebab anak-anak dia semua dah ada kat rumah.
Dan mama dan ayah memang suka berkomunikasi dengan anak-anak dia. Haha.
Even ayah selalunya cuma dengar but he will look at us like ' cakaplah lagi ' bhahaha.
And Mikhael dah semakin panjang.
Macam biasa adik-adik aku tidur lagi.
Tapi, hari ini adalah sangat refreshing .

Keikhlasan itu adalah mahal harganya. Ianya tidak ternilai.
Apabila kita teringatkan Pencipta kita. Kita akan selalu rasa kerdil.
Kita akan selalu rasa bahawa tak layak, tak layak dan tak layak untuk menerima sebarang bentuk rahmat. But Allah give, give and give supaya kita ingat Dia.

Aku mula sedar bahawa betapa besarnya harga sebuah keikhlasan sebenarnya amat besar.
Lagi-lagi pada aku yang masih pemimpin.
Kakak sulung. Senior. Sekiranya Ikhlas itu dilupakan di dalam hati maka semuanya jadi serba tidak kena.
Maka aku sedar hari ini silap aku pada jumlah keikhlasan.

Setelah mengajak yang dipimpin ke arah kebaikan. Apabila keikhlasan berkurangan maka timbul perasaan marah.
Apabila berseorangan, mula berasa sunyi.
Dan akhirnya merosakkan banyak silaturahim.
Sabar.
Indahnya agama yang kau bawa Ya Rasulullah S.A.W , disuruhnya bersabar, bertaqwa dan bersikap dengan sikap yang murni.

Selalunya, aku gagal. Tapi, mungkin kali ini aku akan cuba lagi.
Azamku untuk tahun hadapan adalah untuk tidak mengumpat dan melupakan kejahatan orang lain kepadaku.
Melupakan kepahitan dengan segera mengingatiMu. Kalau orang tanya mengapa aku menangis.
Katakan sahaja aku rindu pada Mama dan Ayah. Bereh.

Haha.
Betapa usaha dakwah memerlukan pengorbanan jiwa dan raga, mental dan fizikal serta kekuatan diri yang mapan ladies and gentlemen.
Ketika ramai yang masih tidak memahami atau kurang memahami diriku.
Seharusnya aku ini yang lebih memahami mereka.
Cuma, sebenarnya Allah sahaja Yang Maha Memahami.
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan bagi menjadi seorang hamba yang menjadi asbab untuk hidayah sampai ke seluruh alam.
Walau diri ini sehina-hina hamba, jangan jadikan aku hamba yang Kau benci.

Aku akan terus cuba Ya Rabb.