Sunday, December 20

Senyum

Salam.

Hari ini Opie dan Mikhael menceriakan keadaan rumah yang agak suram dari suara-suara riang kanak-kanak Ribena.

Sejak pagi tadi saya telah melakukan beberapa perkara iaitu mula menyertai perniagaan kawan saya.
Kalau yang rapat dengan saya, bolehlah tahu nama dia tu siapa atau yang dah lama ikut blog saya,
kau tahu sendirilah.

Hari ini sangat bersemangat rasanya dan harap dapat kekalkan momentum ini sampai bila-bila.
Jadi, mulai 29 Disember 2015 barulah aku akan masuk kelas memandu Officially.

So, hari ni kene beli Coffee Abg Amir coz dia pernah jadi customer Byzezuna aku suatu ketika dulu.
Azureen and Nad ajak lepaks so, InsyaAllah aku join petang ni alang-alang nak ke Lrt Taman Melati,

Jadi sebenarnya, sebelum balik ke Kolej, aku nak terminate Insurans TM dan Insurans sunlife.
Bukan apa, aku tak nak berhutang dah.
Cukup rasanya dengan insurans e-taqaful aku tu.

Next year, aku dah commit dengan TE dan InsyaAllah PowerGold.
Selain pagi-pagi jual roti Muni kat Kolej.

Well, senyum.
Senyum itu adalah amalan Nabi Muhammad S.A.W.
Nak tahu tak, masa dulu, masa zaman baginda saw hidup, ramai yang jatuh hati dengan senyuman baginda saw.

Kalau aku pejam mata teringat kat baginda saw, aku akan nangis tak banyak sikit tu ade,
sebab, aku tak mampu nak senyum macam baginda saw,
Kadang-kadang kalau ada ujian sikit je pon,
I tend to give up sedangkan kalau teringat baginda saw punya perjalanan lebih payah lagi sebenarnya.

Ujian aku tak sehebat saudara Islam kat sana yang sedang pertahankan agama.
Sebab itu sepatutnya aku ni ada rasa syukur yang banyak dan mudah tersenyum.

Ada kawan aku cakap, amalkanlah Solat Sunat Taubat, sekali sehari and see the difference.
Rasakan yang Allah tu dekat dan berhentilah melakukan maksiat.
Berhentilah menjadi tamak dan untuk segala perbuatan niatkan kerana Allah swt.

Amalkan cara kehidupan yang sihat dan diredhaiNya.
InsyaAllah akan mudah tersenyum.