Lawatan ke SSM.
Dah lama tak lalu jalan ke Kl Sentral :)
Hari ni Sir Fauzi bawa pelajar-pelajar yang ambil subjek Personal Finance Management 2 ke sini.
Alhamdulillah, sedikit sebanyak kami diberi pendedahan ttg fungsi SSM, perbezaan 'business' dengan syarikat dan diperkenalkan dengan sistem pendaftaran perniagaan online SSM. ;) Semoga bermanfaat utk kami di masa hadapan....
Baru tahu juga yang sebagai dropship, kita perlu mendaftar dengan SSM. Aktiviti yang kita jalankan pula boleh ditulis macam ni
- Memasarkan produk Tone Excel, Produk Nurraysa, Produk Adeliciousz dan sebagainya :)
So, habis je lawatan tu. Murni pun rushing nak ke kampus kat Kg. Baru. Petang ni akan bentang and lakonkan 'board meeting' depan dia. Hehe. Preparation takdelah bijak mana tapi Alhamdulillah berjaya juga kitorang meeting haha.
Product kitorang yang terbaru adalah Marine Collagen Powder.
Lan ni CEO yang kaya raya, Imah pulak cousin Yuna, so.. memang kitorang merancanglah nak jadikan Yuna sebagai ambassador product kami.
De'Lan Beauty and Health. Husni pulak giat memarketkan produk ni. Fatin tak ada masalah dalam hal kewangan sbb bos kitrorang si Lan tu memang kaya raya haha.
Lastly, me.. sebagai Chief of Operation dan juga doktor. Maklumlah, produk kecantikan dan kesihatan ni memerlukan kepercayaan yang tinggi dari pihak pengguna. Heheh.
Semoga Miss Zahrawani bagi markah tinggi utk group kitorang InsyaAllah !! Huhu.