Tuesday, July 14

Imam

~oh imam ku! ~

Aku WaNiTa Solehah

Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang,
seandainya kau ingin jodohkan daku dengan seorang lelaki,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang baik agamanya,baik akhlaknya,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu mengajarkan daku ilmu agama,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjagaku sepenuh jiwanya,
jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai kami..

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

aduhai harapan umat.....

aduhai penyeri dunia.....

aduhai penggoncang dunia.....

aku yakin ramai manusia facebook selalu bertemu dengan ayat-ayat so called "islamik" oleh wanita-wanita so called "solehah" ni kan?

aku tidak punya masalah sama sekali dengan ayat-ayat leleh di atas yang penulisnya tak jemu-jemu berangan nak jodoh yang soleh (tetapi kebanyakan mereka tidak pula mahu berusaha menjadi solehah dulu dan kebanyakan mereka cuma pakai islamik2 sikit dan anggap diri solehah)...

tapi aku ada masalah besar sampai nak terputus urat kentut aku bila baca kenyataan:

"mahu lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai bagai"

terngiang-ngiang dalam otakku hadis-hadis nabi iaitu:

1) hadis tentang nabi ingin bakar rumah yang didalamnya terdapat lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid(riwayat muslim,abu daud,ibn majah,tirmizi)

2) begitu juga hadis yang mafhumnya tidak diterima solat lelaki(yang tiada uzur syar'ie) yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid(riwayat abu daud dan ibn hibban)

3) nabi juga memanggil mereka yang dengar azan tetapi tidak solat berjemaah tanpa sebab sebagai zalim,kufur dan nifak(riwayat ahmad dan tabarani)

4) juga hadis tentang sahabat nabi yang buta yang meminta izin daripada nabi untuk tidak ke masjid menunaikan solat jemaah kerana tidak ada yang memimpinnya ke masjid,lalu nabi izinkan,tetapi setelah nabi dapat tahu bahawa beliau tinggal tidak jauh dari masjid dan mendengar azan,maka nabi menarik semula keizinan tersebut.(riwayat imam muslim)

5)para ulama juga menyatakan bahawa kaum munafik di zaman rasulullah juga tidak pernah miss solat di masjid kecuali pada waktu isya dan subuh sahaja kerana pada waktu itu gelap dan mereka malas serta beranggapan tidak ada yang sedar mereka tidak hadir ke masjid kerana gelap sehingga nabi khabarkan jika manusia nampak betapa besarnya pahala solat jemaah subuh dan isya,tentu orang munafik juga akan datang ke masjid walaupun merangkak.

6)nabi tidak pernah tinggalkan solat jemaah(kecuali ketika nazak nak wafat) walaupun dalam keadaan sakit yang amat sehingga terpaksa dipimpin para sahabat ke masjid.

JADI OTAK AKU TIDAK DAPAT FAHAM!

AMAT TIDAK DAPAT FAHAM!

BETAPA AKU MEMIKIRKAN SAMPAI PUTUS URAT OTAK AKU PUN TETAP AKU TIDAK DAPAT FAHAM!

AKU TIDAK FAHAM KENAPA WANITA-WANITA MUSLIMAH YANG SO CALLED "SOLEHAH" AKHIR ZAMAN NI TERGILA-GILAKAN LELAKI YANG LEBIH TERUK DARI MUNAFIK UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SUAMI MEREKA?

halau suami-suami korang pergi masjid lah!bukannya suruh jadi imam kat rumah!bapuk ke apa solat kat rumah...kalau darurat takpe la jugak,ni takde sebab apa pun solat di rumah jugak...memang dayus,bacul,pondan dan bapuk dan semua yang berkaitan betul lah...

p/s: aku tidak bicara soal fatwa tapi aku bicara soal cinta pada nabi dan amalan nabi.Kalau nak berangan meroyan dalam fb mahukan lelaki soleh sebagai suami la apa la,tukar sikit je ayat tu kepada:

"jodohkanlah aku dengan lelaki yang mampu menjadi imam untuk SOLAT JENAZAHKU."..

BARU OWSEM~

*gedebik!

sekian sila terasa~