Imam hanafi wafat 150h(tabiin)
Imam malik wafat 179h(tabiin)
Imam syafie wafat 204h(tabi' tabiin)
Imam ahmad wafat 241h(tabi' tabiin)
Definisi:-Sahabat:pernah melihat nabi dan mati dalam keadaan beriman..Tabi'in: pernah melihat sahabat dan mati dalam keadaan beriman..Tabi' tabiin: pernah melihat tabi'in dan mati dalam keadaan beriman..
Mereka ini disebut sebagai 'salafus soleh': orang salaf(terdahulu) yang solehZaman selepas itu disebut zaman khalaf...
kenapa gelaran hanya diberi sampai tabi' tabiin?
Kerana berdasarkan hadis nabi mhfumnya: 'kurun yang terbaik ialah kurunku(zaman nabi dan sahabat),kemudian selepas itu(zaman tabiin),kemudian selepas itu(zaman tabi' tabiin)'...
Nabi stop sampai situ,maka ulama pun stop bagi gelaran sampai tabi' tabiin sahaja...(untuk menandakan zaman keemasan/terbaik/suci islam berhenti pada zaman itu)
Dan imam 4 mazhab adalah ulama yang hidup dalam zaman jaminan rasulullah dan mereka bertangunggjawab menyusun semula ilmu feqah menjadi mazhab agar mudah umat pelajari dan amalkan ikut bab....jadi kerja imam mazhab bukannya bawa agama baru tapi CUMA MENYUSUN agama agar mudah diamalkan....
Contohnya,sistem sekolah pakai sistem BUKU TEKS,bayangkan sistem tu tak de?maka akan jadi sangat susah untuk pelajar faham ilmu,contohnya bila subjek sejarah,nak belajar tentang sejarah 'malayan union',tak da buku teks yang SIAP DISUSUN untuk rujukan maka guru terpaksa bawa semua pelajar ke perpustakaan untuk cari gali tentang sejarah 'malayan union'..maka berjam-jam masa habis macam tu je,tapi hasil?tak memuaskan...maka professor-professor sejarah ni lah yang amek tanggungjawab menggali sejarah dan susun dan ringkaskan menjadi SEBUAH BUKU TEKS untuk mudah dirujuk dan melancarkan sistem pembelajaran...
Begitulah imam-imam mazhab kita...mereka umpama professor-professor tadi yang memudahkan urusan umat selepasnya dengan menyusun masalah-masalah agama dalam 'mazhab'....
sebab itu harus hukumnya kita bertaqlid(ikut) buta kepada mereka kerana mereka berada di bawah jaminan rasulullah sebab berada dalam 'kurun yang terbaik'.......
Wahabi ni pelik,mereka haramkan kita bertaqlid buta pada imam-imam mazhab tapi mereka sendiri taqlid buta pada ulama wahabi/salafi/ghair muqallid seperti albani,bin baz,muhammad abd wahab,ibn taimiyyah yang SANGAT JAUH DARI ZAMAN NABI BAHKAN MEREKA HIDUP DI KURUN-KURUN AKHIR ZAMAN YANG NABI GAMBARKAN PENUH KEFASADAN(kerosakan),fitnah,tak boleh beza baik dan buruk dan macam-macam lagi keburukan...
Jadi nak tolak ulama mazhab yang datang dari zaman terbaik lalu bertaqlid pada ulama wahabi akhir zaman yang penuh fasad...
Atau nak tolak wahabi lalu bertaqlid pada imam muktabar zaman keemasan islam?
"Ada akai pakai......!" = angry bird version penang
#Ibnu Batoota