Tuesday, July 14

Nota Usamah Mables 2

Ummat IT sekarang amat tinggi ilmunya sehingga mereka berani mengkaji semula hukum yang telah dipersiapkan oleh ulamak2 silam seperti Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Ramli, Imam Ibn Hajar dan banyak lagi ulamak2 yang menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya utk ilmu dan agama.
Ummat IT yang belajar beberapa tahun di university dan membuat kajian melalui internet ciptaan Yahudi hari ini berani mendakwa ulamak2 tersebut mengeluarkan hukum berlawanan dengan hadis dengan alasan mereka(UMMAT IT) menjumpai hadis yang lebih sahih dari hadis yang telah digunakan oleh ULAMAK tersebut. Innalillahi wa inna ilaihiraaji'uun.. Bagaimana dakwaan ini boleh keluar dari benak fikiran mereka yang hanya belajar beberapa tahun di University dan sekadar membuat kajian melalui IT terhadap Ulamak yang hidup di zaman tabi'iin dan taabi'uttaabi'iin yang menghabiskn hampir seluruh hidupnya utk ilmu dan agama. Masuk akalkah dakwaan tersebut.
Sesungguhnya aku adalah insan yang bodoh. Aku bukan seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang hadis dan juga tafsir sehingga aku boleh mengeluarkan hukum dari quran dan hadis mengalahkan ulamak2 terdahulu. Aku hanya pengikut kepada ulamak2 silam yang aku benar2 meyakini apa yang mereka fatwakan sama sekali tidak akan lari dari kehendak alquran dan hadis. Aku teramat yaqin dengan ilmu yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Kalaulah ada yg mengatakan ada hadis lebih soheh yang menolak hukum yang telah difatwakan oleh ulamak2 silam itu aku yang bodoh ini akan tetap menerima apa yang difatwakan oleh ulamak2 tersebut. Kerana aku tidak mampu menilai dan juga xmmpu memahami kehendak hadis melebihi mereka. Aku hanya pengikut bukan seorang penilai. Ya Allah..bimbinglah hambamu ini.