Nak banteras zina, rogol, buang anak atau mcm2 yang seumpama dengannya banteras la dulu perkara2 yang menghampiri zina!!
Maaf kalau saya cakap, pergi belajar di university moden sekarang ni pun terutamanya bagi wanita adalah suatu perkara yang membawa kepada menghampiri zina. Kenapa saya berkata demikian???
Kerana beberapa sebab:
1) Akan menyebabkan safar tanpa mahram (bagi perempuan). Ittifaq ulamak mengatakan safar bersendirian bagi seorg perempuan adalah HARAM. Apabila buat perkara HARAM maka dia akan terdedah seluas2nya kepada godaan dan hasutan syaitan.
2) Akan berlakunya percampuran (ikhtilat) lelaki perempuan. Dalam university akan adanya study group sperti buat assignment sama2 dan sebagainya. Dan bermacam macam program university lagi yang melibatkan percampuran lelaki perempuan.
3) Pendedahan kepada percintaan terbuka luas. Kalau xde couple xmoden dan xlaku. Macam2 jenis couple. Ada yang mendakwa couple islamik la dan sbagainya. Aduh, kalau nak couple pun janganla nak sebut couple islamik pulak. Mana ada Islam mengharuskan couple la melainkan couple suami isteri.
Maaf sekiranya tulisan saya ini melukakan hati sesiapa. Cubala renungkan dan fikirkan dengan akal fikiran yang waras berlandaskan quran sunnah dan ijmak ulamak. Bertindaklah dan jagalah diri sendiri dan ahli keluarga dari perkara ini. Biarla tak dapat sijil, biarla xdapat kemasyhuran, biarla tak dapat pangkat, biarla xdapat makan gaji, biarla papa, biarla miskin, biarla merempat, janji Allah redha dengan cara berpegang teguh pada agama.
Yaqinlah!!! Apabila kita korbankan dunia demi akhirat, korbankan kemasyhuran demi agama, korbankan maal(harta) demi amal. Maka Allah pemilik dunia akhirat sama sekali takkan sia2kan pengorbanan kita. Allah SWT telah pun berjanji melalui sabdaan kekasihnya muhammad SAW,من ضحى شيئا لله عوضه الله خيرا منهYang bermaksud, 'barangsiapa mengorbankan sesuatu untuk Allah maka Allah SWT akan gantikan yang lebih baik dari apa yang dikorbankan'.
So bangkitlah wahai saudara se islamku demi agamamu sendiri...
#Maulana Usamah