Monday, July 20

Nota

Kecintaan Allah dan dunia.

لا يجتمع حبي و حب الدنيا في قلب واحد
Tidak akan berkumpul Cinta KU, dan cinta dunia dalam satu hati yang sama...

Apabila bibir kita berkata, "Aku cinta pada Allah", maka awass ! Allah akan membentangkan dihadapan kita, cinta-cinta makhlukNya, untuk menguji, adakah benar apa yang diperkatakan bibir itu? apakah ia selari dengan kata-kata hati? Setiap kata yang diperucapkan akan diuji.

Bagi mereka yang tidak di uji, maka tanyalah hati, apa erti cinta yang di ucap itu tanpa di uji, dimana manisnya cinta yang di ucap, cinta Adam dan Hawa juga di uji oleh Tuhan. Cinta Yusof dan Zulaikha juga di uji, maka apatah lagi cinta kita dengan Sang Pencipta.

Syaitan tidak pernah melepaskan kita. Tipu dayanya sungguh halus sehingga kita tidak pernah menyedarinya. Berbahagialah bagi mereka yang dipersedarkan Allah dari lamunan talbis dan tazyin nya syaitan. Namun, harus ingat, baru setapak kita melangkah, dan masih belum tiba di puncak destinasi, Cinta Robb..dan masih banyak aghyar yang harus ditepis di atas sana.

Bukan mudah untuk memperoleh Cinta Nya, bukan mudah untuk menjadi penghuni syurgaNya, bukan mudah untuk bertemu dgn kekasihNya ﷺ tiada bagi kita qudrat melainkan dengan qudratNya.

الدنيا حرام على اهل الأخرة و الأخرة حرام على اهل الدنيا و كلاهما حرامان على اهل الله
Dunia itu haram atas ahli akhirat dan akhirat itu haram atas ahli dunia dan tiap-tiap daripada keduanya itu haram di atas ahli Allah..

Adapun hamba itu terbahagi kepada tiga iaitu :
Pertama : ahli dunia, iaitu segala orang yang jahil dan lalai daripada Allah
Kedua : ahli akhirat iaitu orang yang takut akan api neraka dan yang gemar kepada syurga
Ketiga : ahli Allah iaitu orang yang kasih lagi asyik kepada Allah

Maka adapun diri kita, lihatlah hati masing-masing. Kita tergolong di kalangan ahli yang mana..
Jika hati kita, sering gelisah, sering bersedih kerana kurang yakin pada bantuan Allah, hati kita bersedih kerana kehilangan sesuatu yang fana, hati kita rasa gelisah apabila kehilangan jawatan atau pangkat, hati kita sering mentadbir hidup kita, maka ketahuilah kita tergolong di kalangan ahli dunia.

Jika hati kita, sering beramal, dan sering membilang-bilang amalan kita,, "oh, aku sudah tahajjud semalam", merasa senang dan cukup dengan amalan yang ada, maka ketahuilah, amalan yang kita lakukan itu ibarat debu yang beterbangan dan beramal kerana takut diazab, beramal kerana mengharapkan syurga, maka kita tergolong di kalangan ahli akhirat.

Adapun jika hati kita, terdapat dukacita kasih rindu kepada Allah, maka ketahui lah kita berada di dalam zumrah Ahlillah. Segala waktu kita kaya dengan dukacita rindu pada Allah dan usaha kita dengan melebih kan syukur dan kaya dengan mengurangkan syawaghil (kesibukan yang lain) dan membanyakkan zikir Allah hingga jadi terbalik dukacita itu kesukaan pula, dan hudhur serta Allah, dan kita berpaling daripada perhiasan dunia dan kemegahan dan segala nikmat syurga dan kita terhadap tawajjuh kepada Allah dengan setinggi-tinggi himmah dengan zahir batin dan dengan sekalian anggota kita.. Maka ketahuilah kita telah tergolong di kalangan ahli Allah.

Semoga Allah menggolongkan kita semua di kalangan ahliNya sebelum terkasyaf ainul basiirah, sebelum tamat tempohnya taubat.Ameen.

Petikan kalam al `Arif biLLAH Syeikh Abd Somad melalui risalahnya "Jala`ul Qulub bizikriLLAH"

p/s: bukan tulisanku