Sunday, January 2

37 Minggu & PAC (Emergency O&G) HKL / Hospital Tunku Azizah Part 2

Selepas tu, doktor pun panggil untuk scan.
Masa ni dia ada tanya benda y sama mcm doktor sebelum ni. 

Lepastu dia buat pemeriksaan kali kedua. Selukan kali ni, tekanan dia agak kuat berbanding sebelum. Doktor nak check bukaan.

Masa scan, doktor cakap semua okay dan bagitahu ini adalah false labour je.

Nurse pula panggil I untuk check CTG baby. CTG ni untuk check heartbeat baby. Sepatutnya 20 minit tapi jadi 45 minit sbb baby tidur.

Sementara tunggu Doktor close consultation, tanyalah Nurse.. surau kat mana.. tapi tulah tak bawa telekung masa tu. Nurse pun suruh ambil wudhuk dulu dan bagi telekung baru untuk solat Zohor.
Alhamdulillah siap bentangkan selimut untuk sejadah dan sediakan kerusi untuk ibu hamil solat.

Dah habis semua check, kenalah pergi bayar bil RM5 je.

That's all.