Thursday, February 25

February :)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera :)

Still in mood of The New Year,
First week after cuti di Jaiputra agak fine,
Aku, Jabbar,Scha lawat Muiz dekat Hospital. Jumpa mak dia and ayah dia. I couldn't imagine if anak aku yang patah kaki and luka sendi.
But, it is written. Ini kehendak Allah.
Semoga cepat sembuh sahabat pengajian kitab

 Aku still dalam proses meningkatkan kematangan dalam diri.
To look me in a different way, To believe what before this I could not believe.
Berita kesedihan about my 'blood' imperfections everywhere. I suddenly realize that everyone in this world has different background. Allah The Most Understand.
I look at my mom. Always. Silently adore her strength to keep moving eventhough I could not imagine how hurt she is. How exhausted she is. May Allah grant her Jannah.
I look at my father's face. I wonder what had happen to his life before this. He is doing better. He is contagious. He is a hero.
I love my parent. Please forgive them and grant them Jannah.

Kelas. As usual, I skipped beberapa kelas to heal my feelings and my mind. Not everyone will undertand my way I live my life. But, me. It is me that has to walk properly. It is me to  grab opportunity to do something extraordinary.
My aunt offer me to do kindergarten. But my mind said 'Am I interested?'
'Am I ready for this new risk?' 'Am I gonna do it?' So, I let the all the questions berenang dalam kotak pemikiran aku.

Sisters. People to take care of. Doing everything that I think is right. Never wrong to do what is right.
They are my family that Allah has written for me. I should be more care. More loving.
More for my family.

Tone Excel. TE. Slowly changed me. Changing me to better. To believe everyday is a new day. To DO what I already plan. To depend all the results to Allah. To overcome my fear to serve others. To answer every question even I don't have a courage to do that. I finally survived!
I survive. I can face my new day and be at the front. Confident. What anyone else say about me are their thoughts. I only put what benefits me into my mind. I learn to believe in myself.
I believe I could change my life.

Ilmu agama. Mahal. Expensive. To me everytime I go to pengajian kitab. I am cleansing my heart. I coould handle my emotions and my feelings better than yesterday.
My favorite kitab is Matla Al-Badrain and Muqashafah Al-Qulub -Penawar Bagi Hati. Every Tuesday with Ustaz Aziz. I tend to forgive myself. I tend to forgive everyone in my life vigorously.
New friends and all the motivations keeps me alive. Alhamdulillah last week. Me and my sister could go to the Ustaz Azhar Idrus. We gain a lot from his speech.

Bestfriends. Everyone change. Let go who always bring you down. Accept apologies.

Magic. Allah loves us more than we can Imagine. HE is the ONLY ONE knows and knows best.
Sadly, my Pocoyo cancelled to meet me. Coz he is not ready. I know my parent would feel a little bit sad. I pray that my parent will forget all the sad moment and be happily positive.
Pocoyo said that I am not more than his sister. 19th February 2016. My life is shaken up. I thought I would lost into another depression. But NO.
I still can smile because Pocoyo is one of the greatest things that happen in my life.
What is important is we can meet again at hereafter. To survive from this temporary world.
To look dunya in a way that Allah could bless. To love because of Allah. When we do everything just to please Allah. We will found happiness everywhere. Happiness in way that a normal people could not see it. Thank you Allah for my great life stories. For keeping my Pocoyo as my brother. For putting calm and content feelings in my heart. Thank you Allah.

Hanira- Almost 4 years we didn't met. My bestfriend at Uitm Chendering. Part 1. She is genius.
My fitness partner.  22nd February 2016.
I will tell about her in my next post :)

Till then.



Wednesday, February 10

Saya Ikut Al-Quran dan Hadis - Ibnu Batoota

Ibnu Batoota
February 3
~Saya ikut Al-Quran dan Hadis~

(Peringatan)

*Tulisan asal oleh Ibnu Batoota, saya bertanggungjawab penuh atas tulisan ini dan diharamkan untuk disebarkan kecuali jika dikredit kepada fb saya untuk mengelakkan fitnah daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Tak perlu minta izin share.*

Hari ini, telah wujud pelbagai pecahan kumpulan agama seperti yang diramalkan Rasulullah.

Dan semua pecahan agama itu mengakui bahawa mereka mengikut Al-Quran dan Hadis.

Di Malaysia sekarang, terdapat 3 kumpulan yang popular. 2 kumpulan sesat (dan difatwakan sesat oleh fatwa-fatwa negeri dan fatwa kebangsaan), dan 1 kumpulan sahih.

1) Wahabbi/Salafi. (Difatwakan sesat)2) Syiah. (Difatwakan sesat)3) Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. (Ikutan umat Islam sepanjang zaman)

a) Apakah itu Wahabbi/Salafi?

-Wahabbi ialah sejenis gerakan yang baru muncul sebelum perang dunia pertama.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, Mr. Albani, Bin Baz, Soleh bin Fauzan dan makhluk-makhluk Allah yang hidup di era akhir zaman ini.

-Markaz utama mereka ialah Arab Saudi. Mereka (bani Sa'ud yang berfahaman Wahabbi) diberi hadiah seluruh negara Arab Saudi oleh Eropah sebagai tanda penghargaan kerana membantu dalam menghapuskan Empayar Islam Turki Utmaniyyah yang telah bertahan lebih 600 tahun. Jadi mereka pun namakan negara Arab Saudi tu berdasarkan nama kabilah mereka iaitu Sa'ud.

-Mereka sesat kerana beberapa aspek di dalam akidah dan fiqh serta mengkafirkan ahli tasawwuf. Mereka berkeyakinan akidah campur-campur antara mujassimah dan hulul misalnya menganggap Allah mempunyai anggota badan (mujassimah) dan beranggapan Allah bersatu/bersentuh/bertempat di dalam langit (hulul).

-Mereka sangat takut apabila digelar Wahabbi kerana sejarah hitam Wahabbi yang mengkhianati Khalifah Uthmaniyyah dan kerosakan lain. Oleh sebab itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Salafi".

b) Apakah itu Syiah?

- Syiah ialah sejenis gerakan yang diwujudkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' bersama orang-orang Majusi Parsi (kini Iran) pada zaman khalifah Saidina Ali r.a.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DICIPTA BARU oleh paderi-paderi mereka. Mereka menolak untuk mengikut Quran dan Hadis yang sedia ada kerana menganggap kedua-duanya tidak sahih. Kedua-duanya (Al-Quran dan Hadis) dianggap tidak sahih kerana ianya diriwayatkan oleh para Sahabat Rasulullah yang mereka hukum sebagai murtad dan kafir. Oleh sebab itu mereka mencipta Al-Quran dan Hadis yang baru.

-Markaz utama mereka ialah di Iran kerana di sana merupakan tempat utama penganut agama Majusi (penyembah api) sejak zaman Nabi. Setelah agama Syiah diperkenalkan, orang-orang Majusi telah memeluk agama ini dan menjadikan Iran sebagai markaz utama sehingga ke hari ini.

-Mereka bukan lagi sesat tetapi kafir kerana mereka mengkafirkan para Sahabat Nabi kecuali beberapa orang, menolak Al-Quran dan Hadis yang sedia ada dan sebagainya.

-Mereka juga seperti Wahabbi, sangat takut jika digelar Syiah sehingga paderi-paderi mereka memfatwakan agar boleh menipu untuk menyembunyikan identiti Syiah mereka (yang digelar Taqiyyah). Gelaran yang mereka beri untuk diri sendiri ialah "mazhab Ahlul Bait".

c) Apakah itu Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)?

-ASWJ ialah satu-satunya kumpulan yang dijamin Rasulullah selamat, ia diasaskan oleh Rasulullah sendiri dan diteruskan perjuangannya oleh para Sahabat Nabi, seterusnya diwariskan kepada para Tabi'in (murid para Sahabat), seterusnya diwariskan kepada Tabi' Tabi'in (murid para Tabi'in). Penyusunan mazhab ASWJ secara rapi dan tersusun dimulakan oleh para Tabi'in kemudian diteruskan oleh para Tabi' Tabi'in. Sehingga mazhab-mazhab ini diberi nama berdasarkan para Tabi'in atau Tabi' Tabi'in yang menyusunnya untuk mudahkan umat Islam mengenalinya, misalnya mazhab Hanafi (seorang Tabi'in), mazhab Syafi'e (seorang Tabi' Tabi'in) dan lain-lain ulama ASWJ.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Nabi Muhammad, para Sahabat, para Tabi'in, dan para Tabi' Tabi'in. Ajaran Rasulullah dan Sahabat diajar kepada umat Islam secara bersanad sehingga ke hari ini.

-Markaz ASWJ ialah di seluruh dunia, asalnya pusat Khalifah seperti di Turki merupakan markaz utama ASWJ, tetapi selepas Eropah dan Wahabbi meruntuhkan khalifah, maka kini ASWJ berdikari di tempat masing-masing. Misalnya di Malaysia, kita mengikut fahaman ASWJ mazhab Syafi'e dari segi Fiqh dan mazhab Asy'ari dari segi akidah. Ini merupakan keputusan ulama Malaysia sejak dahulu dan dipersetujui pula oleh para Sultan. Mentaati Sultan yang sah dalam hal kebaikan adalah wajib dan mengingkari Sultan dalam hal kebaikan adalah Khawarij.

-Mereka dijamin selamat oleh Rasulullah sendiri di dalam hadis-hadis sahih.

-Mereka tidak pernah takut atau elergi bila digelar sebagai pengikut mazhab Syafie, atau pengikut mazhab Hanafi, atau pengikut Asy'ari, atau pengikut Maturidi, atau pengikut Hanbali dan nama-nama imam ASWJ lainnya kerana semua imam-imam itu di jalan yang benar. Tiada siapa akan kisah kalau kita dinisbatkan sebagai pengikut kepada imam-imam yang benar. (Beza dengan Wahabbi dan Syiah yang sangat takut dengan bayang-bayang sendiri).

Note: Kita di Malaysia mengikut mazhab Syafie dan akidah Asy'ari, dan mereka ini bersanad yang kuat sehingga Rasulullah. Oleh sebab itu kita mengikuti mereka.

Berbeza dengan Wahabbi, jika kita mengikuti mereka, sanad kita akan terputus sehingga ke buku-buku bacaan Albani, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh-tokoh Wahabi lainnya.

Begitu juga Syiah, jika kita mengikut mereka, sanad kita akan terputus sehingga seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba'.

Kepada yang Allah kurniakan akal, silakan berfikir dan pilih jalan yang benar.

Kepada yang Allah kurniakan otak tapi tidak akal, sila jangan meroyan di post ini.

Note 2: Semua gerakan-gerakan aneh ini mendakwa mereka ikut Al-Quran dan Hadis (tapi mengikut tafsiran mereka sendiri, bukan tafsiran Nabi dan Sahabat), jadi janganlah terpedaya dengan slogan indah mereka.

Jangan Dibatasi

“Jangan dibatasi ilmu yang anda dengar itu apa yang anda faham saja, banyak lagi ilmu yang belum anda tahu. Seseorang yang berilmu, dan memang benar orang berilmu akan beradab kepada ilmu itu sendiri.. Akan beradab kepada orang yang berilmu yang lain juga.. Walaupun orang yang berilmu itu berselisih faham dengan dia. Walaupun orang lain yang berilmu itu mempunyai pandangan yang berbeza.. Walaupun orang yang berilmu itu mempunyai pengikut yang lain. Tetap dengan konsep ilmu yang luas hendaklah tidak mudah untuk menyalahkan kepada orang lain apatah lagi sampai menyesatkan (orang lain)..”

Ilmu agama itu mahal

“Adalah penting mencari Ilmu dengan orang yang layak, Orang yang layak mestilah orang yang ber”SANAD”…bersifat Wara’, berTaqwa pada ALLAH dan yang luas Ilmunya, ketahuilah, Ilmu itu mahal…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

Monday, February 8

Allah The Most Listen.

Learn to vent to God. Any worries any stresses just talk to God. In prayer. When you’re not praying, speak to him in your heart. Apologize for complaining, apologize for your mistakes but talk to Him like you would to a friend. Form an unbreakable connection, bond with him, so much so that if anything goes wrong your first reaction should be to ask Him for help. Your instinct will be to turn to Him. And when He becomes the source you run to for comfort, you will gain strength and patience. I’m not telling you all your problems will go away, because they wont. This world is a test and you will face problems everyday. But being with God in your heart will give you the wisdom, patience and strength to deal with them. Your relationship with Him will be your armor against everything bad in this world

Sunday, February 7

Love is in the air 2

Salam and hai :)

Minggu kedua pula ada beberapa tragedi di mana ia menguji kesabaran yang sudahpun  tipis. Hampir sahaja berputus asa dengan Program Muzakarah Kitab kerana Ustaz dimalukan berkali-kali.
Aku tahu bukan mudah untuk mempertahankan.
Tetapi sekali lagi Allah hadirkan sahabat-sahabat baru iaitu geng-geng ngaji J.
Junior akulah si A ni bagi video nasihat dari Habib Umar berkenaan dengan membalaslah kita dengan kebaikan kepada mereka yang sentiasa mencaci pengajian kita dan mencaci guru-guru kita. Hal ini adalah kerana merekalah yang paling layak untuk menerima belas kasihan dari kita.

Allahu. Aku yang jahil ini Alhamdulillah berasa sangat tenang dan bermotivasi. Kelas kedua ustaz Alhamdulillah sambutannya memberansangkan walaupun bukan itu sahaja yang aku mahukan.
Semoga ada hati-hati yang terbuka untuk berpegang teguh dalam jalan mencari ilmu.
Ilmu yang bersanad hingga ke Rasul SAW. Ilmu yang tarbiahnya datang untuk menyelamatkan manusia. Ilmu agama Islam yang memuliakan manusia. Sayang jika ianya tidak tersebar lagi-lagi pada bumi sejahtera Malaysia ini.

Setiap Selasa aku dan Aisyah akan pergi ke Masjid As-Salam. Di sana kami mempelajari Kitab Matla Al-Badrain dan Penawar Bagi Hati. Paling best when Ustaz Aziz (Babo Aziz Syria) mengajar Kitab Penawar Bagi Hati. Kitab ini adalah antara kitab yang menceritakan tentang tasawuf. Ilmu Makam Ihsan. Mengajar cara-cara untuk membersihkan hati. Kini sudah sampai Bab Tawakal.
Apa yang aku faham sikit-sikit mengenai tawakal adalah hati itu diletakkan,digantungkan kepada Allah dan anggota menzahirkan perbuatan seperti kerja, Tawakal mempunyai 3 rukun. Jika ketiga-tiga rukun ini tiada maka tidak sempurnalah tawakal.

Sejak hari itu, hati ini lebih tenang walau berkocak dihentam badai tetapi aku cuba sedaya upaya untuk benar-benar bertawakal.

Seterusnya, kelas Qawaid Fiqhiyyah pada waktu pagi belum ada dan aku mempunyai masa untuk menyiap-nyiapkan diri.
Belajar dengan Ustazah Aisyah dalam subjek Manhaj Mufassirin dan Sirah Nabawiyah pon best dan macam biasalah setiap Khamis aku akan pergi ke Kantin Sekolah depan kolej.

Kak Zen atau aku panggil sebagai mokcik adalah mak angkat aku sejak sem1. Masa dulu dia pegang cafe kolej aku. Sekarang dia pegang kantin sekolah. Aku pon tolong-tolong bagi baki kat budak-budak sekolah tu. Haha. Teringat betul zaman-zaman aku kerja KFC haha.
Of cozlah I kalau bab-bab ni speed dia WOW. Haha.
Alhamdulillah dah pandai buat Nescafe Ais Haha.

Mungkin tu jelah minggu kedua bulan Januari yang aku dapat ingat.

Till then. :).

Hadiah dari Allah :)

“Sesungguhnya bagi ALLAH itu setiap hari ada HADIAH, ada ANUGERAH, ALLAH setiap hari mempunyai pemberian untuk diberikan di tempat-tempat tertentu. Kita sebagai manusia, mesti mencari tempat itu. Carilah HADIAH itu di kawasan yang ALLAH beri HADIAH itu. ALLAH mampu untuk memberikan TANPA SEBAB, tetapi ALLAH mahukan ada USAHA kerana manusia dicipta ALLAH bukan untuk dapat pemberian TANPA USAHA.

Agama Islam tidak suka manusia yang MALAS BEKERJA, yang DUDUK DIAM dapat sesuatu tanpa bergerak. Tiada tempat yang dicurahkan RAHMAT ALLAH atau pemberian yang diberi ALLAH yang lebih banyak melainkan diturunkan di RUMAH ALLAH [MASJID]…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

Saturday, February 6

Post from Karkun Mujahid (FB)

Syekh Maulana Ilyas rah.a berkata :
“Yang saya khawatirkan nanti akan terjadi dimana orang itu seperti buat usaha agama, namun disisi Allah ia tidak buat usaha agama. Mengapa bole terjadi begitu? Ini karena maksud usaha agama ini bagaimana diri kita ini sifatnya tambah baik, yakinnya tambah kuat, ketaatannya pada Allah Swt meningkat, kecintaannya kepada sunnah semakin bertambah, sholatnya makin khusyu, ilmunya semakin bertambah, inilah maksud usaha agama. Tapi hari ini orang usaha agama hanya untuk orang lain saja bukan untuk diri sendiri. Inilah yang dimaksudkan, kita disisi manusia terlihat seperti sdg buat usaha agama tetapi disisi Allah sebaliknya.
Maulana Ilyas rah.a juga berkata :
“Siapa saja yang ikut kerja dakwah tetapi tidak yakin Allah akan menolong dia berarti orang ini adalah orang yang fasik.”
Allah akan tolong kita sepertimana Allah telah tolong sahabat RA dan para Nabi AS. Siapa saja yang mengisi hatinya dengan Amal Agama, maka Allah akan masukkan cahaya ke dalam hatinya sehingga ia dapat melihat dengan cahaya Allah. Umar RA pernah berkata, “Hati-hati dengan firasat orang beriman....Wallahualam...

Love is in the air.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera readers :)

Alhamdulillah Januari lepas mun banyak mengalami perubahan.
Mun dapat rasakan yang diri mun dah tak sangat emosi macam dulu.

Sem ni mun ambil subjek Qawaid Fiqhiyyah,Manhaj Mufassirin,Sintaksis B.Arab 3,Sirah Nabawiyah,Psikologi Perkembangan dan Ayat Hadith Wa Ahkam.

Firstly. yang mun ingat minggu pertama mun ada kat kolej dah dikejutkan dengan pertukaran Penasihat Mpp sebab ada perubahan struktur organisasi dalam pentadbiran. Ada kaitan dengan perkembangan ekonomi Malaysia I guess.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu permohonan untuk pengekalan penasihat berjaya diluluskan.
Minggu tu juga hari Rabu, Program Muzakarah Kitab telah rasmi. Selepas ini, program ini akan dikendalikan oleh HEP bawah Ustazah Amni. :)

Walaupun nampak sukar tapi kini mun sangat gembira sebab Allah banyak bantu. Ya. Allah banyak bantu especially dalam hal-hal berkaitan kerja dakwah.
Adalah penting ilmu Aqidah,Ibadah dan Tasawwuf disusuli dengan tarbiyah Rasul SAW kepada sahabatnya, tabiin, tabi tabiin dan ulama pewaris baginda untuk dipelajari.

Bukan mudah untuk melaksanakan perancangan tetapi dengan azam yang kuat serta usaha yang bersungguh-sungguh diiringi dengan Tawakal Alhamdulillah Kolej JAIPUTRA kini semakin nampak semangat Islamiahnya. Moga Allah pelihara Kolej ini walaupun banyak rintangan khususnya menjelang saat-saat akhirnya zaman.

Mun duduk rumah sewa dengan Maya,Fiqah and Adek. Alhamdulillah again, kitorang  baru tahu yang tuan rumah kitorang was sort of SuperMan. Hehe. Nak tahu kenapa? It is because dia adalahbekas polis, bekas askar, guru tomoi and orang masjid. Alhamdulillah sewa rumah kitorang sangat murah dan dibenarkan pakai mesin basuh dia. Allah Maha Kuasa. Kami ini hambaMu yang biasa-biasa tapi banyak dan tidak terkira nikmat yang Allah bagi. Ada orang kata kami masak telur goreng je kat rumah tetapi HAPPINESS and feeling content dengan rezeki bukan diukur pada saiz or portion makanan dan pakaian. Perasaan tu Allah shj yang tahu.

Bisnes mun pon Alhamdulillah sangat memberikan mun pendapatan yang walaupun sedikit tetapi mun sangat gembira. Siapa nak bagi extra RM40. Extra 117 dan Extra RM50 kalau bukan Syarikat Telco Tune Talk Tone Excel ni. Belum tambah lagi nikmat suatu silaturahim yang terjalin atas nama sahabat perniagaan.

Terima kasih kepada Allah yang telah meletakkan mun kat jalan ini. Walaupun Mun tak tahu lepas ni Allah nak bawak mun pergi mana lagi tapi inilah takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Ampunkan Mun Ya Allah.

Till then.

Thursday, February 4

Siapakah Isis?

306.~Pengganas~

Ibnu Batoota
July 30 
~Pengganas~

Antara fitnah Dajjal yang terbaru ialah kemunculan puak-puak pengganas ekstrimis dari kaum Wahhabi/Salafi yang menamakan diri mereka sebagai ISIS dan self-declared pembentukan khalifah di Iraq dan Syria.

Seperti biasa, semua agenda Wahhabi/Salafi ini dibiayai oleh tokoh-tokoh jutawan dunia yang bekerja untuk Dajjal (penganut agama Satanic- penyembah Syaitan). Iaitu Rothschild family dan konconya.

Sepertimana mula-mula kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh anak-anak Dajjal yang sama untuk memberontak (bughah) kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung/barbaric) Najd dan bani Sa'ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas oleh kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa'ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Hasilnya, terbentuklah negara Wahhabi bernama "Arab Saudi" sempena nama bani Sa'ud.

Mereka mengharamkan pengajian 4 mazhab di Mekah Madinah. Hanya pengajian Wahhabi dan Talfiq Mazhab (mazhab rojak) sahaja dibenarkan. Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang tegas mengajar akan ditangkap dan dihumban ke penjara atau dibunuh.

Fahaman ekstrim Wahhabi ini dilawan sekeras-kerasnya oleh para ulama ASWJ sedunia kerana membawa fahaman "Takfir" (mudah mengkafirkan orang lain).

Fahaman menuduh orang lain kafir atau musyrik (ahli syirik), atau bidaah dan lain-lain tuduhan bukanlah ajaran Islam atau ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Fahaman ganas dan ekstrim ini telah menyebabkan banyak pertumpahan darah kerana mana-mana muslim yang tidak mahu mengikuti akidah Wahhabi akan dianggap kafir dan halal dibunuh.

Oleh kerana itu, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tenteranya telah membunuh ribuan orang Islam di Hijaz tanpa rasa bersalah.

Kini, fahaman ekstrim ini telah diberi pelbagai jenama baru seperti Salafi, Salafi Yamani, Salafi Jihadi, ISIS, Al-Qaeda, Jamaah Islamiyyah, Ahl-e-Hadith dan macam-macam lagi nama.

Walaupun ada dikalangan mereka yang bergaduh sesama sendiri, tetapi fahaman dan hobi mereka sama. Iaitu menuduh itu ini sebagai BIDAAH BIDAAH BIDAAH, KAFIR, KAFIR, KAFIR dan membunuh orang Islam.

Misalnya Wahhabi Madani atau Wahhabi Madkhali tidak bersetuju dengan pendekatan Salafi Jihadi yang dianuti oleh ISIS,ISIL,ISIJ,FSA,Al-Qaeda dan group so-called "mujahidin" yang lain dan mereka saling menuduh sesat antara satu sama lain.

Mereka cuba mengelak dari nama "Wahhabi" kerana nama itu dinisbatkan pada Muhammad Bin Abdul Wahhab (MBAW), pencetus fahaman ekstrim ganas radikal ini.

Mereka gerun bila dinisbatkan fahaman mereka kepadanya adalah kerana dia (yakni MBAW) adalah kelahiran tanah Najd (sekarang digelar Riyadh,Arab Saudi) yang diramalkan Rasulullah dalam hadis sebagai pusat kelahiran fitnah dan tanduk syaitan.

Jadi mereka khuatir sekiranya gerakan sesat mereka itu diketahui orang ramai telah pun "diramal" oleh Rasulullah sebagai sebuah fahaman sesat dan fitnah buat umat Islam.

Ulama besar ASWJ seperti Mufti Mesir, Syaikh Ali Jumu'ah bersetuju bahawa gerakan Wahhabi ini merupakan gerakan Khawarij 'Asr (Khawarij moden) yang diramalkan baginda Nabi akan muncul dan melakukan kerosakan.

Dulu orang kutuk saya sebab selalu ingatkan umat tentang bahaya Wahhabi.

Orang kata saya ni tak habis-habis dengan isu Wahhabi.

Orang kata saya ni tak boleh berlapang dada dan sibuk dengan Wahhabi je.

Tapi ketahuilah, apa yang ulama terdahulu risaukan, pasti ada sebabnya.

Kini, apa yang saya amarankan telah menjadi satu kenyataan bila munculnya khalifah palsu di Iraq yang hobinya membunuh orang Islam.

Kaum Wahhabi ISIS ini telah menghancurkan banyak masjid termasuk masjid-masjid tua yang bersejarah di Iraq.

Mereka juga hancurkan gereja yang berusia 1800 tahun tanpa sebab. Sedangkan adab jihad yang diajarkan Rasulullah ialah tidak boleh memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Mereka bukan takat hancurkan rumah ibadat agama lain, tapi masjid dan kubur para Nabi pun mereka hancurkan.

Jadi mereka ini belajar adab jihad dari siapa kalau bukan CIA dan Amerika?

Makam Nabi Yunus,Nabi Syith,Nabi Daniel, telah dimusnahkan mereka.

Keadaan mereka sama seperti Wahhabi Saudi yang telah menhancurkan banyak tinggalan sejaran Rasulullah dan Sahabatnya. Misalnya rumah kelahiran Nabi, rumah Nabi dan Khadijah, perkuburan Baqi' dan lain-lain tempat sejarah, telah dihancurkan oleh Wahhabi Saudi tanpa sebab.

Ada yang dijadikan perpustakaan, ada yang dijadikan tandas dan sebagainya.

Begitu juga Al-Qaeda, satu lagi cabang Salafi Jihadi yang telah mengebom ramai orang Islam tanpa sebab. Osama Laden yang diagung-agungkan orang buta hati juga telah membunuh ramai ulama ASWJ dan ulama Sufi. Osama Laden itu sendiri merupakan ejen CIA yang bertanggungjawab membuat fitnah di tengah-tengah kaum Muslimin.

Taktik Amerika ini mudah, mereka create group Mujahidin, bagi dana, bagi senjata, laungkan slogan Islam, pastu rekrut pemuda-pemuda Islam diseluruh dunia sebagai ahli, dan lancarkan keganasan. Bom sana sini, bunuh orang Islam, bunuh orang awam.

Tapi Israel yang hangat membantai Palestin.... dibiarkan mereka.....

Orang Malaysia pun dah ramai yang tertipu dengan propaganda bodoh ni.Kalau ada yang rekrut korang untuk "berjihad" dengan puak-puak ni. Jauhilah mereka. Tidak ada jihad di Syria atau Iraq melainkan ia cuma pemberontakan bersenjata kepada kerajaan (masalah politik negara, bukan masalah jihad) yang menyebabkan ramai orang awam terkorban khasnya wanita dan kanak-kanak.

Gila kuasa punya pasal, orang awam kena bunuh, masjid kena bom, budak kena sembelih, muslimah dirogol.

Kalau nak jihad sangat, pergilah Palestin sana. Lawan orang Yahudi yang pure 100% kafir.

Jihad itu melawan orang kafir harbi bukannya membunuh orang Islam. Rasulullah telah menjamin dan membela darah dan harta kaum Muslimin dan mana-mana muslim lain menumpahkan ia, maka wajib neraka baginya.

Korang fikir korang tengah jihad, tapi bila mati, straight kena humban ke neraka sebab membunuh orang-orang Islam.

Sebab itu saya menentang sekeras-kerasnya fahaman Wahhabi di Malaysia.

U will end up as RADICAL MILITANT.

Begitu juga mufti-mufti dan Majlis Agama di seluruh Malaysia (kecuali negeri Wahhabi Perlis), mereka juga menyekat fahaman ekstrim ini dan telah beri amaran kepada orang ramai tentang mara bahaya fahaman ni.

Mereka (Wahhabi) dengan mudah menganggap kita semua kafir dan halal dibunuh hanya kerana kita tidak mahu yakin bahawa Allah itu berjisim dan Allah itu bertempat di langit.

Pernah sekali saya ditanya mereka "Ainallah?" (dimana Allah?)

Saya jawab Allah WUJUD TANPA TEMPAT. (Ini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu akidah Rasulullah dan para Sahabat serta para ulama yang mengikuti mereka)

Dia cakap straight saya ni KAFIR sebab bagi mereka, keberadaan Allah yang sebenar ialah di dalam langit.

Sekatlah mereka, jangan sampai mereka buat group besar kat Malaysia dan menyembelih kita sepertimana ISIS menyembelih umat Islam di Iraq dan Syria.

Sayu hati tengok video ISIS tembak budak-budak Muslim macam bunuh nyamuk.

Tak kan nak tunggu benda ni jadi kat Malaysia?

Group ISIS ni dah ada cawangan di Indonesia, China, Filipina dan lain-lain tempat di Asia.

Di Malaysia pun ada sarangnya. Saya pernah bertemu dengan salah seorang ahlinya di KL. Mengikut pengakuannya sendiri, namanya dah naik kat bukit Aman sebagai suspek militan.

Mereka masih bersembunyi, jangan sampai mereka kuat, besar dan bunuh abang-abang Polis dan askar kita. Bila barisan pertahanan hancur macam di Mosul, orang awam pulak akan disembelih.

Demi Allah, saya telah ingatkan kalian.Demi Allah, saya telah beri amaran pada kalian.

Note: Khalifah sebenar akan dibai'at di depan Ka'bah, bukannya di Iraq. Mengajilah ilmu, jangan terus jahil. Kerana kejahilan anda akan menumpahkan banyak darah.

#ibnubatoota