Thursday, December 31

Selamat Tahun Baru Awak Semua :)

Alhamdulillah! Yeay! Kita dah sampai tahun baru :D Saya suka suka suka sangat :D
Even though saya tak tahu for how long saya akan hidup.
Meninggal dunia pon saya okay, hidup pon saya okay :D

Nak tahu sebab apa? Sebab Allahkan Ada ;)
Tahun ini best sangat-sangat sebab dalam banyak-banyak masalah dan antara salah satu tahun di mana Allah SWT selalu mengabulkan doa saya.
Allah SWT juga bagi kejutan yang sangat-sangat saya tak sangka.

Saya tidak menafikan bahawa kemurungan sebab tidak dapat jadi Doktor tu sukar nak hilang.
Kemurungan sebab hilang kepercayaan terhadapa diri sendiri after semua tragedi.
Kemurungan sebab gagal ujian dari Allah SWT. :')
Tetapi disebabkan kegagalan itu, saya jumpa sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan saya :')

Ini ujian saya. Saya tahu ujian kehidupan saya tidak seberat awak semua tapi apabila kita selalu refer pada Allah SWT. Kita akan dapat sesuatu yang tidak dapat saya nak gambarkan pada awak semua.
Kalau ada rezeki jumpa Allah SWT nanti, dapat atau tidak saya nak cakap terima kasih dekat dia.
Terima kasih sebab selalu ada, sebab jaga saya, sebab tolong saya, sebab pelihara saya, sebab beri saya banyak kelebihan, sebab sudi maafkan saya, sebab beri nikmat jadi umat kekasih dia Nabi Muhammad SAW, sebab jumpakan saya dengan seorang sahabat yang pernah join tabligh lepastu share note sampai minda saya tertukar, sampai saya rasa saya akan okay je kalau saya perjuangkan kepentingan ilmu akhirat, sampai saya rasa takut tersasar walaupun ada sahaja masa saya jatuh dan berdosa, terima kasih sebab beri keluarga yang sangat memahami, terima kasih sebab bagi tumpang kat rumah Paklong, terima kasih untuk cikgu-cikgu yang baik, terima kasih untuk ruang-ruang untuk mengenalMu dengan lebih mendalam, terima kasih untuk kawan-kawan dan semua orang yang ada dalam hidup saya.

Allah SWT bagi saya jawatan, yang saya selalu kata pada diri, saya tak kuat. Saya tak boleh. Saya tak mampu. Tetapi, bila saya ingat pada Allah SWT, saya cakap kat diri saya, Allah SWT dah bagi. Percaya kat Allah SWT munirah, percaya kepada Allah SWT. Sabar. Cuba buat sebaik mungkin.
Jangan buat dosa Munirah. Kalau terdosa, taubat Munirah. Bila diberi nikmat cuba bersyujur sehabis  baik.


Awak semua nak tahu tak, banyak awak yang Allah SWT bagi, bukan sebab saya baik. Bukan! Tetapi, Allah
berfirman : Jika hamba-Ku mendekati-Ku satu jengkal maka Aku akan
mendekatinya satu
hasta, dan jika dia mendekati-Ku satu hasta Aku akan mendekatinya satu
depa. Jika dia datang pada-Ku dengan berjalan maka Aku akan
mendatanginya dengan berlari (HR. Bukhari - Hadits Qudsi)

:') Haaaaaaaaaa.

lepastu, setiap kali nak marah, nak mengumpat mesti teringat kat Rasulullah SAW.
Semua yang ada pada baginda SAW tu agung sangat :')
Allahu, Rasul SAW tu baiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :')

Saya tidak tahu sama ada iman saya naik atau turun tetapi,
Saya nak cakap yang iman kita naik dan turun.
Kene selalu jaga iman kita :')

Awak semua ingat senang ke nak belajar Bahasa Arab dan awak ingat subjek saya belajar dalam Melayu ke? Menangis-nangis belajar dengan Syeikh :') Tapi, Allah SWT bantu saya.
Awak semua ingat saya dapat result tu sebab saya pandai ke?
TAKKKKK. Sebab Allah SWT tolong :')

Dalam banyak-banyak kos yang saya ambil sepanjang saya belajar, kos Pengajian Islam ni yang mudah sangat saya dapat biasiswa, rezeki dan of coz ujian yang mencabar juga :')

Allah SWT, saya baru kenal erti Redha. Saya masih nak bersahabat dengan sifat ini :')
Jagakanku Yang Maha Esa.

Kalau ikutkan hati, I wanna write some more but my eyes dah tak tahan nak nangis.

Ingat satu benda ni readers,
Jangan pernah putus asa terhadap rahmat Allah SWT. CUBA ingat Allah SWT dalam setiap, SETIAP perkara yang berlaku.
Cakap pada diri, Allah SWT tengah tengok kita, Allah SWT .... ada dengan kita :')

Minta pada Allah SWT. Belajar ilmu agama. Belajar dengan guru yang ada sanad sampai Rasulullah SAW.

Minta Allah SWT letakkan kita pada golongan yang Allah cintai. Islam akan menang. Islam akan menang. Kita cuma perlu doa dan usaha untuk berada di pihak yang akan menang.

Lagi satu, saya sudah join perniagaan di bawah seorang idola saya. Si Pocoyo tu yang buat-buat tak kenal tu, saya niat nak bayar hutang :')

Hutang banyak takleh jumpa Allah SWT lagi :""""""""""""""""""") nak pergi Baitullah takut Allah SWT marah sebab hutang PTPTN dengan MARA banyak lagi :')

Cakap kat Izrail, nanti jap. kasi saya settle hutang dulu ya. Please please please :')

I love you everyone. Semoga kita akan jumpa semula kat sana. Doakan saya dan semua umat Islam.
Allah is THE BEST! Allah Maha Hebat dan Rasulullah SAW kekasihNya yang dicintai :')

Dunia ini sementara. Ikatkan hati pada akhirat nescaya ia tidak akan mati di dunia yang fana dan tidak abadi ini. Assalammualaikum dan selamat malam :')

Saturday, December 26

Nahin Saamne Tu - AR Rahman


Dalam cerita Taal, ada satu lagu yang aku suka. Namanya, Nahin Saamne Tu. Night.

Tuesday, December 22

Welcome back Munirah Musa!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera dan selamat pagi.
Alhamdulillah diberikan satu lagi hari untuk beribadah kepadaNya.

Jatuh bangun adalah norma dalam kehidupan seseorang. Setiap kali dilanda ujian, perlu diingatkan diri bahawa ujian itu datang dari Allah swt di mana Allah swt mahukan kita agar bersabar, solat dan teruskan kehidupan sambil mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Adalah tidak dinafikan bahawa tahun 2015 adalah tahun di mana aku berjaya memulihkan semangat yang hilang walaupun diri aku yang ceria dulu haha kau nak tahu ada lagi ke tak kau jumpa aku lah.
Azam tahun lepas nak kurus memang terlaksana pada awalnya tapi lepas Raya semua plan jadi tunggang terbalik.

Perkara yang paling menarik dalam tahun 2015 ini adalah ada banyak benda baru yang aku buat such as ikut Aisyah gi ngaji, Do performances kat Kolej macam Artis bersama Maya, Afiqah, Adik and Mila, Jual roti, Jual Perfume, Drive kereta tanpa lesen haha, mandi di Pantai Sri Tujuh, Join event Byzezuna, pakai Si Senyum. memorize some surah dan baru-baru ni join Te.

Ujian yang telah aku lalui sebenarnya banyak mendidik aku untuk bertindak dengan berhati-hati.
As leader sebab aku Mpp kat sana, kecekalan tu memang kene melekat 24 jam dengan aku.
As anak sulung, aku tidak boleh lemah depan keluarga, kene jadi super duper triple all the time.
Aku dah biasa hadapi rejection but that doesn't mean semua plan yang aku rancang especially untuk program-program kat kolej aku tu aku tak go on. Mostly berjaya. Haha.

Perkara yang menarik tentang mendapat amanah di tempat baru macam kolej aku tu pernah juga membuatkan aku stress dan hampir putus asa sebab sebelum ni aku bekerjasama dengan kawan-kawan yang already cream of the cream tapi kali ini agak mencabar coz lebih ramai yang perlukan bimbingan dari segi Soft-skills, Presentation, Manners and Communication Skills. Alhamdulillah semuanya semakin baik.

Keikhlasan pula adalah sangat penting kerana tanpa keikhlasan we tend to give up dan tidak akan dapat capai matlamat yang telah kita gariskan. Tawakal pon perlu ada setelah berusaha gigih. Kita dah berusaha dan menjalankan perancangan serta selebihnya adalah dari Allah swt.
Aku tertarik dengan kata-kata dari Starter Guide Te, dia cakap when people say no, we say yes.
Mentality kene kuat. Aku ingat lagi masa lepas Spm sertai Kem Biasiswa Telekom, there's a part that satu group aku tu kene buat mega project or product yang lebih baik berbanding segala yang Telekom pernah ada. So, aku,Erri, Anis, Saufy and the rest buatlah satu produk yang memerlukan kreativiti dan inovasi yang tinggi and guess what 10 of us memang berjaya buat something beyond expectations sampaikan ada cip telekomunikasi yang Telekom tak mampu tandingi.

Then, bila all the ceo's merangkap fasi nak nilai project, pergh. Rejection dia unexpected dan apelah sangat kalau nak dibanding dengan rejection hep yang boleh ada toleransi kat kolej aku skang. See.
Dia baling dan campak sampai berkecai. Gila. Cumanya, one of member group aku time tu cakap, apa-apa yang kita buat ni kita tak boleh excpect semua orang suka dan yang paling penting kita buat dan tidak pasif especially in producing and attribute something for community.
Alhamdulillah, takde sorang pon yang mengamuk sakan bila kene reject dan masih boleh mengawal kemarahan lagi. Haha.

Dari tinta  kaca yang berbeza, masa zaman sekolah menengah (Sekolah Seni Johor Bahru) sejak tingkatan satu dah mula buat kerja khusus. Silibus subjek kesenian kami sangat berbeza dengan silibus sekolah-sekolah biasa dan kami ni first batch. Kami dilatih untuk siapkan semua kerja by procedure. Baru 13 tahun dah kene marah-marah kalau tidak siapkan lakaran, reka letak, draft by dateline. Ayahanda dan Bonda (jurulatih kesenian) very particular about this, Dah siap projek perlu bentangkan pulak tu untuk capai BAND tertentu. Akhir tahun, satu batch diberi tugasan untuk buat satu produksi menggabungkan keempat-empat bidang such as teater, muzik, visual dan tari, mulanya masa aku tingkatan satu ni, aku dah libatkan diri jadi cameragirl dan main gong for certain lagu dalam produksi kitorang. Sejak kat sekolah menengah memang banyak sebenarnya perkara yang merubah kitorang untuk cari idea, expanding the idea and present kat orang lain AND CONVINCE orang lain untuk bersetuju dengan kita. Walaubagaimanapun, masa zaman sekolah ni of course lah emosi kalau idea ditolak. Haha. Semua rasa bagus padahal kita kurang nak toleransi. Biasalah, masa tu budak-budak. Alhamdulillah, pengalaman kami berada di sekolah tu menjadikan kami dah biasa dengan kehidupan di IPTA dan IPTS but masih perlu pertingkatkan lagi supaya mantap.

Allah swt telah berkata bahawa manusia ini adalah khalifah di muka bumi. Sebagai hambaNya kita memang perlu cari jalan untuk belajar cara memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain sebab setiap dari kita akan sekurang-kurangnya menjadi seorang ibu bapa, guru, kakak atau generasi yang bakal mendidik generasi akan datang. Sekiranya kita tidak cuba untuk membina keyakinan diri, memantapkan jati diri bagaimana kita hendak menjadi lebih baik dari semalam.

Syariat Nabi Muhammad saw paling sempurna untuk dijadikan sebagai suatu jalan membina jati diri. Nak tahu kenapa, sebab dalam agama Islam ni cukup banyak rahsia untuk menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di dunai but akhirat as well. Solat misalnya, perlu tepati masa, perlu khusyuk dan perlu sempurna. Semua rukun-rukun dalam ibadah sebenarnya ada ibrahnya cuma bagi yang dicelikkan hati akan nampak. Sunnah Rasulullah saw sebenar boleh meningkatkan keyakinan diri. Keyakinan kepada Allah swt yang hakiki akan menyebabkan kita sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan suatu tugasan.

Lagi-lagi apabila kita sentiasa mencuci hati dan cari jalan untuk membina hubungan dengan Allah swt an Rasul saw, kita akan dapati urusan kehidupan kita sebenarnya sangat berkait rapat dengan Allah swt dan Rasul saw. Tidak diciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada Allah swt.
Sebagai contoh, dalam sistem pemerintahan, kita ada undang-undang tersendiri, Islam juga menjelaskan ciri-ciri pemimpin yang adil, mengharamkan penzaliman ke atas rakyat. Dalam sistem muamalah juga kita ada syarat dan rukun. Semua ini kalau kita aplikasikan dalam kehidupan kita InsyaAllah diberkati dan lancar.

Why I wrote tentang semua ni?
Sebab I baru alami sedikit, I baru cuba sedikit tetapi hidup I sebenarnya pada penghujung hari I could feel the love dan hikmah atas semua kisah kehidupan I.
Esok pasti ada peperangan yang perlu dihadapi, peperangan nafsu, peperangan mentaliti dan paling penting setiap perkara yang datang depan mata perlu dikaitkan dengan Qada dan Qadar.
It is written.
InsyaAllah, next year I could be better and could write more bombastic about my life, our life and hereafter.

Please pray for me and everyone.
Moga kita dikumpulkan bersama orang-orang tersayang di akhirat sana.
Allah Knows Best,....

Monday, December 21

Alhamdulillah

Alhamdulillah for everything Ya Allah :)

Uyeen dan Nad

So, hari ni lepak dengan sahabat yang sangat mengenali aku before and after semua yang telah aku lalui.
She said
' Mun, kau dah berubah mun, kau okay tak? '
' Aku okay je. Ko dah kenape?'
Uyeen : Kau ni makin pendiam la, selalunya kau yang banyak cakap. Sekarang ni aku tengok, aku yang banyak cakap. Bila kita jumpa Nad pon kau diam je tak banyak cerita.
Aku : Haha, aku selesa macam ni.
Uyeen : Mana boleh, kau pasif sangat. Janganlah macam ni mun.
Aku : Entahlah yeen, selepas apa yang aku lalui, dugaan yang tak seberapa ni, aku sebenarnya dah tak nak overthinking lagi-lagi pasal masalah, aku cuba lupakan semua kenangan pahit dan sejarah lama aku. Dalam masa yang sama, aku hilang hampir separuh aku yang dulu beb. Aku tak ada niat pon nak buang all the advantages tp ada satu masa tu aku betul-betul berhenti jadi aku yang dulu.
Uyeen : Yelah, boleh kau nak lupakan semua tu tapi kau happy ke macam ni?
Aku : Happy weh. Aku happy, aku cuma sudah kehilangan kata-kata nak gambarkan semua ni pada orang lain. Yang aku rajin copy paste jelah.
Uyeen : Takleh mun, kau kene cari balik diri kau tu,
Aku : Aku try. Tengoklah macam mana. Aku pun rindu aku yang dulu beb but bukan y selalu buat masalah tapi part of entertain others and lovable.
Uyeen : Takpelah, maybe bukan sekarang, tapi aku harap kau jumpa balik diri kau yang talkative tu.
Aku : InsyaAllah.
Kadang-kadang perubahan itu membawa kebaikan dan kadang-kadang tidak.
Aku sentiasa bahagia walaupun kadangkala ada saat-saat jatuh tersadung kaca.
Segalanya dah tertulis oleh Dia Yang Maha Melindungi.
Apa lagi yang perlu aku khuatiri.
Hanya insan yang terpilih olehNya untuk menemui sisi diri yang kian tersembunyi.

Sunday, December 20

Senyum

Salam.

Hari ini Opie dan Mikhael menceriakan keadaan rumah yang agak suram dari suara-suara riang kanak-kanak Ribena.

Sejak pagi tadi saya telah melakukan beberapa perkara iaitu mula menyertai perniagaan kawan saya.
Kalau yang rapat dengan saya, bolehlah tahu nama dia tu siapa atau yang dah lama ikut blog saya,
kau tahu sendirilah.

Hari ini sangat bersemangat rasanya dan harap dapat kekalkan momentum ini sampai bila-bila.
Jadi, mulai 29 Disember 2015 barulah aku akan masuk kelas memandu Officially.

So, hari ni kene beli Coffee Abg Amir coz dia pernah jadi customer Byzezuna aku suatu ketika dulu.
Azureen and Nad ajak lepaks so, InsyaAllah aku join petang ni alang-alang nak ke Lrt Taman Melati,

Jadi sebenarnya, sebelum balik ke Kolej, aku nak terminate Insurans TM dan Insurans sunlife.
Bukan apa, aku tak nak berhutang dah.
Cukup rasanya dengan insurans e-taqaful aku tu.

Next year, aku dah commit dengan TE dan InsyaAllah PowerGold.
Selain pagi-pagi jual roti Muni kat Kolej.

Well, senyum.
Senyum itu adalah amalan Nabi Muhammad S.A.W.
Nak tahu tak, masa dulu, masa zaman baginda saw hidup, ramai yang jatuh hati dengan senyuman baginda saw.

Kalau aku pejam mata teringat kat baginda saw, aku akan nangis tak banyak sikit tu ade,
sebab, aku tak mampu nak senyum macam baginda saw,
Kadang-kadang kalau ada ujian sikit je pon,
I tend to give up sedangkan kalau teringat baginda saw punya perjalanan lebih payah lagi sebenarnya.

Ujian aku tak sehebat saudara Islam kat sana yang sedang pertahankan agama.
Sebab itu sepatutnya aku ni ada rasa syukur yang banyak dan mudah tersenyum.

Ada kawan aku cakap, amalkanlah Solat Sunat Taubat, sekali sehari and see the difference.
Rasakan yang Allah tu dekat dan berhentilah melakukan maksiat.
Berhentilah menjadi tamak dan untuk segala perbuatan niatkan kerana Allah swt.

Amalkan cara kehidupan yang sihat dan diredhaiNya.
InsyaAllah akan mudah tersenyum.


Yeay

20 Disember 2015

One of the best day in my life.
Hari ini semua orang pergi Masjid As-Syakirin kat Gombak :p
Sebab semua orang kene pi kursus sebelum pergi sana.

Adik-adik yang baru datang ada yang main game, mengantuklah dan sebagainya :p
Aku.
Macam biasa buat-buat khusyuk. Tapi best dengar Ustaz tu cakap kat depan :)

Ramai makcik-makcik kat situ dan pakcik-pakcik kat situ,
Aku ni, tak tahulah dapat ikut ke tak tapi rasa nak tu ada. Ya Allah. KepadaMu aku bertawakal.
Aku okay je kalau pergi ke tak pergi.
Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.
Tapi, harapnya tidak diduga atas perkara yang tak mampu.
Hey, apa kau cakap ni, Allah tak duga dengan perkara yang kau tak mampu lah mun. Rilekslah :)

Rasanya, sejak ayah dapat panggilan tu, yang lain ni,, haha nak bernafas pon rasa macam,
Ujian.
Setiap nafas yang diberi adalah ujian. :0
Takut tapi rileks. Acano tu. Haha.

Jadinya, kene minta maaf dengan ramai orang yang kita buat salah.
Alhamdulillah. Done.
Cuma,
harap-harap tidak gagal yang mengkufurkan.

Mehh. Nak tidur pon, mata tak ngantuk lagi. Bhaha. Nite.

Thursday, December 17

Kehidupan Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini bermulanya hari baru saya iaitu meminta maaf dan memaafkan semua orang.
Berani mati aku pergi minta maaf dengan orang-orang yang aku pernah buat salah dulu.
Yelah.
Harap-harapnya terampun segala dosaku.
Forbid me from doing sins anymore Ya Rabb.
I can't live with your anger anymore.

Untuk mencontohi Rasulullah S.A.W agar lebih tabah,
layanannya terhadap orang lain sangat mendamaikan =')
Nak jadi macam dia. Tolonglah jangan lupa wahai diri haih.

Jangan bagi pahala awak dekat orang lain okay =)
Biar orang lain yang tak mengerti.
Hmm.
Eh, hari ni hari Jumaat lah ! Tapi, kita uzur syari'e.
Huhu. Kita rehat hari ni.

Allah,
nantilah ku tulis lagi buat tatapan kawan-kawan.

Sedih

Haha. Aku sedih.

Wednesday, December 16

Harga sebuah keikhlasan.

Alhamdulillah telah selamat sampai ke Kuala Lumpur tercinta pada pukul 4.30 pagi tadi.
Bas Darul Naim huhu. Alhamdulillah dapat turun dekat Greenwood dan aku mesej ayah and Pak Musa sampai tidak lama kemudian. Huhu. Nak tunggu Encik Bakal memang tak lerr. Ops.

Refreshing!
Bila sampai kat rumah. Perkara paling membahagiakan apabila tengok wajah mak ayah yang excited sebab anak-anak dia semua dah ada kat rumah.
Dan mama dan ayah memang suka berkomunikasi dengan anak-anak dia. Haha.
Even ayah selalunya cuma dengar but he will look at us like ' cakaplah lagi ' bhahaha.
And Mikhael dah semakin panjang.
Macam biasa adik-adik aku tidur lagi.
Tapi, hari ini adalah sangat refreshing .

Keikhlasan itu adalah mahal harganya. Ianya tidak ternilai.
Apabila kita teringatkan Pencipta kita. Kita akan selalu rasa kerdil.
Kita akan selalu rasa bahawa tak layak, tak layak dan tak layak untuk menerima sebarang bentuk rahmat. But Allah give, give and give supaya kita ingat Dia.

Aku mula sedar bahawa betapa besarnya harga sebuah keikhlasan sebenarnya amat besar.
Lagi-lagi pada aku yang masih pemimpin.
Kakak sulung. Senior. Sekiranya Ikhlas itu dilupakan di dalam hati maka semuanya jadi serba tidak kena.
Maka aku sedar hari ini silap aku pada jumlah keikhlasan.

Setelah mengajak yang dipimpin ke arah kebaikan. Apabila keikhlasan berkurangan maka timbul perasaan marah.
Apabila berseorangan, mula berasa sunyi.
Dan akhirnya merosakkan banyak silaturahim.
Sabar.
Indahnya agama yang kau bawa Ya Rasulullah S.A.W , disuruhnya bersabar, bertaqwa dan bersikap dengan sikap yang murni.

Selalunya, aku gagal. Tapi, mungkin kali ini aku akan cuba lagi.
Azamku untuk tahun hadapan adalah untuk tidak mengumpat dan melupakan kejahatan orang lain kepadaku.
Melupakan kepahitan dengan segera mengingatiMu. Kalau orang tanya mengapa aku menangis.
Katakan sahaja aku rindu pada Mama dan Ayah. Bereh.

Haha.
Betapa usaha dakwah memerlukan pengorbanan jiwa dan raga, mental dan fizikal serta kekuatan diri yang mapan ladies and gentlemen.
Ketika ramai yang masih tidak memahami atau kurang memahami diriku.
Seharusnya aku ini yang lebih memahami mereka.
Cuma, sebenarnya Allah sahaja Yang Maha Memahami.
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan bagi menjadi seorang hamba yang menjadi asbab untuk hidayah sampai ke seluruh alam.
Walau diri ini sehina-hina hamba, jangan jadikan aku hamba yang Kau benci.

Aku akan terus cuba Ya Rabb.




Tuesday, December 15

Why keep hurting yourself?

It is a norm actually.
There are people in this life who will be called SUCCEed
or THOUGH
STRONG
FiGHter.

What am I?
Ordinary? Less ordinary or actually just a human being.
Who sometimes looks pretty to somebody's eye, who nampak macam baik all the time or nampak emosi all the time.

maybe aku dah terlampau jauh pergi dari masa lalu hingga aq jadi orang yg tak kuat semangat mcm dulu.

Dulu, tak mcm ni. Eleh. Sama je rasenye. Tarikh je yang lain.

Dulu, I always begging supaya org stay dlm hidup.
Sekarang aku just let go.

end up alone dgn semua kenangan manis.
At least they did love me.

This time the line will be more bigger. Bigger than before.
Semuanya sangat excruciating.

Tahun ni, banyak betul Allah tolong even I know I don't deserve but just to make sure if you see me in fine . The fine moon, it was from Allah The Most Merciful.
 and today,

mlm ni going back to KL.

Tc

Sunday, December 13

Alhamdulillah =)

Everyday I fall in love with Him.
Tak tahu nak cakap macam ne dah.
Betapa I can't read well, sleep well, feel well, dan Allah sangat Maha Mendengar rintihan kalbu aku yang ntah pape =')

Today, adalah hari pertama exam,
but I really can't read sepanjang study week
I really cannot revise anything.

Suddenly,
ku sangkakan paperku pagi ni Psikologi Sosial, rupanya Psikologi Personal.
Ditambah uzur syari'e yang baru dtg pagi tadi,
membolehkan aku ambil masa untu mengulang kaji =')

Thank you Allah :') Haih. So, Alhamdulillah walaupun last minute gila study but boleh jawab quite fine tadi.

=)

Thank you. For everything Ya Rabb =')

Saturday, December 12

Well maybe

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Well, sekarang ni aku rasa nak menulis.

Semester ni adalah lebih teruk sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan sem lepas but saya bersyukur sebab dah mula boleh menerima seorang kawan baru di dalam hidup saya sebagai satu kekuatan lah.

The reason why I frequently skipping my morning classes are

Sangat sukar tidur malam dan terjaga.
Kadangkala, terjaga dalam keadaan sukar bernafas dan dicekik orang. HAH.
Walaubagaimanapun, masih cuba tidur dan biasanya selepas Subuh aku akan tidur.

Secondly, Munirah Musa adalah seorang pemakan BREAKFAST yang tegar.
Hal ini adalah kerana, dari kecik sarapan pagi, masuk sekolah, sekolah asrama, kolej dan bila tak dapat makan pagi selepas Subuh. Ya. Sakit Perut. Sejak keluar sekolah kalau tak makan pagi akan sakit perut dan sadly 2014, I got gastritis. Oh poor you munirah.

Thirdly,
Overthinking. Well, dalam hidup ini semua orang ada masalah tetapi apabila kita layan masalah dan tak jalankan penyelesaian yang kita dah fikirkan, ia akan menghantui diri sendiri.
Emosi terganggu. Cuma, ya, ada masalah. Banyak masalah dan buntu.
Bila buntu, kurang kepercayaan kepada Allah S.W.T, masa tu akan sedih dan sangat-sangat berkemungkinan menjadi THE depressor.

Forth, menangis adalah satu-satunya cara yang baik untuk hilangkan stress. Tetapi,
menangis tu memerlukan anotami dan fisiologi bergerak bekerja keras untuk mengeluarkan air mata.
Ia sangat-sangat meletihkan and I tend to sleep.

Fifth,
for the first time, tak pernah kepala aku buat hal dalam kelas tapi sem ni, gila. Kebas otak kiri or kanan masa kelas Sir Wan , aku tak ingat. Tapi, Allah, banyaknya dosa aku tu semoga kesakitan yang aku rasakan sikit tu boleh menjadi kafarah dosaku. Hmm.

Sixth,
Kesihatan dalaman tak berapa terjaga sebab terlampau mengada-ngada memikirkan program-program dan suka sangat terlalu kisah dengan the procedure .

Seventh,
agak sukar untuk menjauhkan manusia toksik yang mulutnya berasid.
Sukar

Eight,
That's all I guess.

Well, despite of all this, I still tak boleh kira nikmat yang Allah bagi . AHAH. Terlalu banyak.
Jadi, sebenarnya memang salah diri sendiri sebab melayan sangat perasaan malas dan ntah apa-apa tu

Contoh, ada nikmat2 Allah yang aku sangat-sangat huhu.

- Ada pengajian kitab di Kolej
- Dapat belajar di As-Salam dan Pasir Pekan
-Dapat bilik Sewa baru
-Ada tiga sijil perkhidmatan yang banyak sem ni.
.-Banyak sangat nikmat Allah dan tak terhitung =)

WELL MAYBE those who read akan berasa kecewa dengan keadaan motivasi aku sekarang but nevermind.
Mungkin esok, better.

We will never know.
But, dear self, just do not stop believing in Allah. Keep holding to Him. He is The Most Merciful. He Knows Best.




Friday, December 11

Kanun Jenayah - Nota Final Nizam Jinayat Semester Oktober 2015

HUKUM JENAYAH ISLAM
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubungkait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH
Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.

PENGERTIAN JENAYAH
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA
Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:
a.     Hukum Qisas
b.     Hukum Hudud
c.     Hukum Ta'zir

PENGERTIAN QISAS
Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.
Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)
"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)

JENIS JENAYAH QI SAS
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:
Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).
Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.
Melukakan orang lain dengan sengaja.

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.
Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.






DIYAT
Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.
Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

KADAR DIYAT
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )
Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:
30 ekor  unta berumur 4 tahun
30 ekor unta berumur 3 tahun
40 ekor unta yang sedang bunting
Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:
33 ekor unta berumur 4 tahun
33 ekor unta berumur 3 tahun
34 ekor unta yang sedang bunting.
Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:
20 ekor unta umur 4 tahun
20 ekor unta umur 3 tahun
20 ekor unta betina umur 2 tahun
20 ekor unta jantan umur 2 tahun
20 ekor unta betina umur 1 tahun
Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa  iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:
a.     Wang Emas         -           1,000 dinar
b.     Wang Perak         -           10,000 dirham
c.     Lembu                 -           200 ekor
d.     Kambing             -           2,000 ekor
e.     Persalinan         -           200 persalinan lengkap.
Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.
Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.
Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.
Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA
Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:
100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.
33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.
15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.
10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.
5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

PENGERTIAN HUDUD
Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.
Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA
Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:
a.   Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.
b.   Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.
c.    Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.


d.   Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.
e.   Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:
Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
f.    Murtad
Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

PENGERTIAN TA'ZIR
Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:
Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR
Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:
a.   Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
b.   Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.
c.   Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d.   Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
e.   Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.
f.    Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.
g.   Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.
h.   Sebat
 Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

 i.     Buang daerah
 Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga
j.     Bunuh
Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

  1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
  2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
  3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.


Assalammualaikum Disember.

Hai Disember readers,
dah lama aku tak menyanya(johor) dale(kelate) blog aku ni.
Kadang-kadang rase nak tulis belake(terengganu) semua yang aku alami sejak Ogos yang lepas.

Nowadays, I tend to blame myself for everything.

Okay mari kita throwback,

Ogos

I can't remember exactly what had happen tapi sambutan hari raya and ada banyak tragedi yang menjatuhkan semangat. Heh.

September

Wow, Final dah dekat and study pulun habis nak habiskan sem 4

Oktober

Naik sem 5.

Nampaknya, aku kekontangan idea nak menulis. Haha.
Nak tahu sebab apa? Sebab sekarang ni lebih muda reblog, retweet, repost and regrann.
Oleh sebab itu, gaya penulisan semakin kurang memuaskan.

Okaylah, kalau nak describe this year. Yes, tahun 2015 does changed me a lot.

Aku dah mula selesa bila orang panggil aku Murni.
Aku lebih suka menyendiri tapi sangat suka berdamping dengan orang y betul-betul aku rapat.

Aku mula sayang seseorang unconditionally. Maksudnya, seseorang yang bukan dari keluargala =='

Aku mula murni dalam banyak hal. Haha.

Tapi, masih seorang yang emosi. Haha.


Mungkin bukan hari ni. Nak luah something.
And hari ni semua tidur bilik aku coz ada kejadian pecah masuk baru-baru ni.

Jadi, sebagai senior, macam biasalah BRAVE-LOOKING tapi ambo ni penakut gak, Hmm.

Semoga, Allah beri kekuatan pada hati yang lemah ini.

=) Laila saedah dear.