Saturday, December 20

I love today and I hope I will love love love and love ..

I'm happy here.
Obviously.

By the name of Allah The Most Merciful.


Ira tak pernah merasai jagung bakar sebenarnya selama ira hidup. 
It was my first time enjoying jagung bakar in front of Pantai Cahaya Bulan.
Thank you Allah S.W.T for sending me here.
To heal the wound that I thought it will never be healed.

I miss my Family but I don't miss Kuala Lumpur.
I miss my father who always do gardening things.
I miss my mother who always talk to me . Talk , talk and talk to me.
I miss my sisters  who are very lazy --'
I miss our little Khael .
and they are lovely,
I wish they were here.
Get away from the city and feel the way I feels about this place.
Here we go - a lot of grammatical error.
I suggest this college to my beloved sister Masturah because I want her to  have time to build herself again.
I know it is hard for her to leave her company.
But, I never force her to do so.
So, If she meant to be here. She will be here and meanwhile I will breath happily in my happy new life.

It is not about I have less problem to solve here.
It is more about how I handle and face the problem.
It is how I cope with new people and new environment which before this I always failed to do that.
In my very very first semester.
I had an awesome bunch of happy blockmates.
They love to eat together.
They live together including myself.

The difference is I am no longer so into people around me.
I practice to stop talking behind someone on their back.
I stop talking and be a listener and never reveal my thoughts to those who cannot digest it.
The thing is, they may hurt but I have reasons.
And this attitudes makes me had a little friends who can listen and who can understand my words.
I have many friends and I love them.
And I love the way I treat them even though I don't know what they felt inside.
But, I'm glad that I sleep without any old grudge to anyone except one.

myself.



Saturday, December 6

That's it

I am seriously want to be a midwife.

-_-

My Dip in Islamic Studies , I will use it for my children and my family,
My Stam Soon, I will use it also for me and my family,
My dream to be a midwife will be my career.

That's it.

-_-

Tuesday, November 18

I don't know mana datang semuanya semangat ni.

Ya semuanya datang daripada Allah S.W.T . Hari ini aku telah menguatkan semangat aku untuk menjawab paper Add Math dan memanglah sangat tak okay pada aku sebabnya hanya sedikit sahaja soalan yang aku mampu jawab.

Walaubagaimanapun, aku rasa bersyukur sebab aku gagahkan diri untuk hadir ke peperiksaan ini.
Bayangkanlah, dua tiga hari baru nak prepare.

Ya. It's all my fault but I don't give up. Kahkahkah.

Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan but the thing is , selagi aku tak kuasai ilmu addmath,physics,biology,chemist peringkat sekolah menengah ni , selagi tu aku akan ulang.

macam , lagu selena gomez, repeat peat peat peat..

Supaya bila adik-adik tanya. I can explain more.

And kalau ada rezeki, cita-cita aku nak jadi doktor takkan dibiarkan.

late is better than never if Allah izinkan.

Why? Why I want to be a doctor is because I love the anatomy and physiology of our body.

And the thing is aku nak jadi bidan . Doktor Pakar Bersalin.

I want to be among a woman that can open a hospital bersalin. Ceh.

Angan2 yang terlampau besar ni.

Entah, bg aku, aku mampu belajar untuk menjadi seorang pakar bersalin.

I have a loving heart. I willing to sacrifice my time .

I want to sambut the baby ke dunia :)

Cumanya, aku masih dalam proses penyembuhan.

Penyembuhan semangat, tingkah laku , kesabaran dan iltizam.

Instead of being a good student,

aku kene jadi kakak yang baik kat rumah,

anak yang baik,

kawan yang baik,

hamba Allah yang baik..

I need all of this exercises and serve our nation nicely. Eh , betul ke ayat aku ni.

Tengok mama, even kerja, but she still cook and doing house work.

Aku ? aku ? aku?

Masih menunggu. ? Be a multi triple tasker lah bebeh munirah.

Aku target by 28, aku dah jadi seseorang yg berlesen untuk diagnos dan berikan rawatan.

Cuma , pencegahan is more more more better than cure.

Aku kene pandai jahit. Kene pandai kawal emosi.

Kene pandai jaga diri .

So, far sejak aku berada di Kolej Jaiputra.

Alhamdulillah, aku punya keyakinan makin baik.

I must prove to Allah that, I love what HE gave.

Biarlah lambat, and I don’t regret belajar diploma pengajian islam, at least aku dapat pendedahan ttg ilmu Islam, cara hidup Islam but if aku tak amalkan, segalanya akan sia-sia.

Malaysia , ramai sangat ke org sakit sampai aku nak jadi doktor?

Taklah,

ramai yang akan bersalin sebab tu aku nak jadi doktor.

lantaklah gaji sikit.

ceh.

takpe cukup2 makan jangan terlebih makan.

So, dalam 8 tahun mungkin mama akan rest.

Jadi, aku pulak yang kerja selagi aku tak kahwin or even aku dah kahwin.

Eldest still eldest :) thank you Allah for making me eldest.
Aku akan berusahalah jd anak sulung yg baik.
Amanah ni.

Apa yg aku mampu beri kat keluarga, aku akan beri :’)

doa doa doa doa doa untuk mama ayah takkan terhenti :’)

biarlah jalan hidup serabut di mata manusia , jgn serabut di mata Allah.

Jangan putus asa.

Jangan banyak komen.

Banyakkan mendengar dan cakap benda yang baik-baik sahaja.

Ingat .

If aku gagal lagi spm ni :p

aku ulang sampai A+.

So, that I can teach my children … eh .

my sisters and brotherrrr..

Jangan putus asa.

Kita kuat.

Buat semua-semua ni kerana Allah..

Bangkit sampai kembali kepadaNya. .

I love you all !!!

Wednesday, October 22

Monday, August 18

Aku amat merindui Terengganu .

Dalam kelas bahasa Arab tadi , Ustaz Sen menceritakan tentang manusia yang akan dibangkitkan semula dalam keadaan benih. Benih orang mukim mempunyai sinaran manakala orang-orang yang munafik tidak ada sinaran dan malap . Kemudian benih-benih ini akan menuju ke tempat penghisaban amalan.

Hari ini aku telah memulakan hari dengan agak produktif . Aku telah memulakan kerjaku di Cafe Kolej ini sebagai pencuci pinggan dan pembantu tukang masak . Bila ada masa free aku akan datang cafe dan dapatlah upah makan empat kali sehari ..

Alhamdulillah assignment banyak dah siap cumanya ulangkaji untuk spm tahun ini agak kurang diberi perhatian .

Cumanya hari ini , aku memandang ke langit dan membayangkan wayang-wayang lama aku di Terengganu . Entah mengapa terasa hari ini lebih kuat . Entah mengapa aku berasa alangkah aku ini yang sekarang berada di situ . Alangkah indah aku yang gagah sekarang ini adalah aku yang ada di situ . Maksudnya, aku berharap bahawa diri aku pada suatu masa dahulu adalah aku yang sekarang .
Aku tidak pernah menyesal berada di sini . Aku cuma merindui segalanya tentang aku di sana.

Rindu yang tak dapat aku rungkaikan . Rindu yang tak dapat aku padamkan . Cerita-ceritaku pada masa itu , Allah . Aku amat merindui Terengganu .

Butir-butir air mata mengalir tatkala melihat gambar-gambar mereka yang kini dalam senyap aku tumpang gembira . Menatap betapa jauhnya aku jika aku masih berada di situ . Meratap segala kebodohan aku dan kelemahan aku dalam membuat keputusan ketika itu . Allah , aku terlalu rindukan Terengganu .

Hey , Terengganu , masih panjangkah jodoh kita ?

Allah , aku amat merindui Terengganu . . 

Sunday, July 27

Assalammualaikum Syawal.

AMARAN : Kebolehanku menulis semakin menghampakan.

Assalammualaikumm Syawal .
Alhamdulillah jumpa jugak dengan bulan kemenangan umat Islam ini walaupun sedara-sedara seagama kita di luar Malaysia bergadai nyawa siang malam mempertahankan tanah pusaka, akidah dan keluarga mereka.

Kehidupan yang aku lalui kini adalah berbeza sedikit dengan yang lain kerana kali ini aku hanya berjalan dengan harapan bahawa Allah meredai aku.

Perjalanan aku di dunia ini tidaklah seperti teman-teman aku yang lain.
Mereka tegar dengan segala yang mereka hadapi manakala aku lemah kerana mungkin kekurangan pengalaman ataupun sudah tertulis bahawa aku akan berada di jalan ini.

Perbezaan ini menyebabkan situasi mendiskriminasikan aku dengan keadaan .
Sebagai contoh, ' tengok dia tu , dia dah habis diploma, kau baru nak masuk diploma'
'tengok tu, dia dah ada lesen kereta, kau belum'
'tengok tu , dia dah masuk degree , kau kat sini lagi'

Kadang-kadang situasi ini melemahkan aku . Hal ini adalah kerana perbezaan ini menyebabkan manusia akan sentiasa menghakimi, 'kau lambat, dia cepat, kau suka lari daripada masalah, dan sebagainya'

Hendak sahaja aku lafazkan , Ya Allah , Engkaulah sebaik-baik perancang dan aku hanya mendiamkan diri apabila terluka .

Aku bersyukur aku di sini , sekurang-kurangnya walaupun aku tidak bekerjaya tetapi aku dapat berada di keadaan di mana cerita-cerita Islam didendangkan.

Aku tidak pernah menyesal pernah membantu seseorang untuk berubah ke arah kebaikan dan semoga usahanya Istiqamah . Kerana tiada kekuatan melainkan Allah . Alhamdulillah mungkin dia itu sudah berada dalam keadaan yang lebih baik daripada semalam.

Aku tidak menyesal keluar uitm kerana pengalaman yang aku dapati iaitu perasaan dapat membantu keluarga dan berdikari itu sungguh mahal untuk diperolehi.

Aku tidak menyesal tidak meneruskan keinginanku untuk menjadi seorang bidan.
Aku menyesal kerana membazirkan wang-wang yang sudah tersedia untukku .

Alhamdulillah , aku cuba memahami segalanya dengan bantuan masa.

Kalaulah boleh ku gegarkan satu dunia ini lantas melaungkan ' aku penat'
pasti saja aku dipanah petir.

Apakah salahnya meneruskan kehidupan dengan cara yang unik ? Ada manusia di luar sana tiada masa untuk belajar ilmu Allah tetapi kau ada , apakah kau akan sia-siakan hanya kerana berputus asa?

Teruskan usaha walau apapun manusia hendak berkata.

Allah dan Rasul ada.

Perjuangan perlu diteruskan . Berubah untuk menjadi lebih baik dari semalam maka kemenangan pasti kau genggam selamanya.
Doakan ummah dan jangan berhenti melakukan amar makruf nahi munkar.

Hidupkan sunnah nabi Muhammad s.a.w

Jalan . Berjalanlah engkau agar dapat menyiapkan bekalan menuju akhirat.
Akhiratlah tempat kembali yang abadi .

Terima kasih atas Ramadhan yang cukup bermakna.

Assalammualaikum Syawal.
'
Alhamdulillah Ya Allah . terima kasih Allah ;)

Wednesday, July 9

This is what I'm into now . Hey, Happy Ramadhan !

Happy Ramadhan everyone , don't forget to pray for ummah as we know the core issue now is our muslims relatives out there were tortured by Israel that thought they could win forever . But I believe that this world is designed for us with full of obstacles and those who be patient and follow the right path in Islam will get into the Jannah with bless from Allah . Insyaallah .

Prayers are our weapon . They thought they could against Allah . They thought there will be no Qiamat .

Hey , you should worried about yourself because we muslims will win in hereafter . Stop being so fool and seek for the right way to live in dunya . You should worried about being the guys who wanted to against Al-Quran . Seriously , just get back to Allah . If you kill the person who defend Islam , you just helping them to get into the Jannah :) so in other way you are the real loser . Allah and Rasulullah with us always .

Allahuakbar . Lailahaillallah . May we be the great ummah for Rasulullah and good servant of Allah who always repent and do lots of deeds .

May I have strength to avoid any product that support Israel Financial to kill Palestinians and etc .
May we have strenght to take care of our imaan until hereafter .

and , stay calm and spending time with Allah and Rasul :)

Now, I am in pantai timur . After a lot of tragedy or mini tragedy that happens in my life . I left my ambition to be a doctor .

I am so down and I turn to seek for Allah helps .

I feel so good when I spend a little time for him and found myself a bad servant of him .

So , I decided to learn Islam in a deep way .
I want my time to be fill with something that could help me to survive in this world .
Eventhough I really love to be a doctor , a healer but in the same time I really need something to help me to not to fall down as I am unpredictable emotionally person .

After do searching and asking some friends , I have to learn more about tasawuf,fiqh, and so on.
I have to know how to read al-Quran . I have to know hadith . I have to know more about Islam .
I wanted to be a good mother as my mom . I wanted to a better person , a better ummah , a better than yesterday .

I want to do litlle da'wah in my life . So , here I am doing Islamic Studies and I am so afraid of Sintaksis Bahasa Arab . huhu .

It was so hard until I cried a lot . But , this Islamic Studies making me feel more closer to HIM . Insyaallah .

My Islamic Studies comes with minor in pyschology . This making me more happy because I love learning this social science during my medical assistants days . Alhamdulillah Allah .

So, I have plans but hmm . I don't know :)

There's a lot to be learn and tell others .

pray for me :) and ummah :)

Believe in Allah , remember Rasul , be prepared for herafter and do not tawakkul but do Tawakkal .

I love my mom , my father , my siblings, my friends and all .

so , this is some banner . Have a nice day in Ramadhan . Assalammualaikum .




Wednesday, June 25

Tahun Kesedihan . aku hanya tulis, Allah pilih siapa yang baca .

aku : pada suatu petang yang sunyi , hatiku berasa sendirian berjalan di atas tanah berduri ini sementara menanti masanya kembali pada ilahi . (cheh)

ada kedai buku petang-petang mempamerkan buku-buku cerita berharga rm1 . meh sini aku kongsi .
ada duit dikeluarkan , ' nah akak ' 

aku beli .

buku yang bertajuk ' tahun kesedihan ' oleh zuraini bt. zakaria 

Berita anai-anai memusnahkan watikah di dalam Kaabah mula tersebar . Kaum Muslimin bertakbir kegembiraan . "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!!" Kalimah suci itu dilaungkan . Pemulauan kaum Musyrikin ke atas mereka selama ini telah berakhir.

Di kejauhan , kaum Muslimin pulang ke rumah masing-masing. Di wajah mereka terbayang kegembiraan dan kesyukuran. Kaum Musyrikin pula kecewa dan hanya memerhati kepulangan kaum Muslimin tanpa dapat berbuat apa-apa.

Walaupun begitu, kegembiraan kaum Muslimin tidak berpanjangan. Mereka dikejutkan dengan berita sedih . Siti Khadijah r.a., isteri kesayangan Rasulullah s.a.w dan Ummahatul Mukminin sedang sakit.

Selang beberapa hari, Khadijah r.a pun meninggal dunia. Pemergian Khadijah r.a amat menyedihkan Rasulullah s.a.w . Baginda kehilangan seorang isteri,teman , penasihat dan benteng daripada kejahatan Kaum Musyrikin.

Setiap hari, kenangan manis sewaktu hidup bersama-sama Khadijah r.a tidak dapat dilupakan oleh Rasulullah s.a.w . Khadijah r.a sentiasa di sisi baginda ketika susah dan senang. Darinya jugalah lahir zuriat Rasulullah s.a.w . ( Part ni aku baca aku dah sebak . . . )

Selama  ini perjuangan baginda didukung kuat oleh Khadijah r.a dan Abu Talib . Selepas kematian Khadijah r.a , kaum Musyrikin meningkatkan penentangan terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. Kini, hanya Abu Taliblah sebagai pelindung baginda daripada kejahatan kaum Musyrikin .

Namun , Rasulullah s.a.w diuji lagi. Selang sebulan selepas kematian Khadijah r.a, Abu Talib pula jatuh sakit . Di saat kematian Abu Talib, Rasulullah s.a.w mengajar kalimah syahadah . Baginda memujuk beliau agar beriman kepada Allah s.w.t. Akhirnya , Abu Talib meninggal dunia tanpa beriman kepada Allah s.w.t .  ( ya . aku sedih juga  .. )

Rasulullah s.a.w sangat sedih kerana mengharapkan keimanan bapa saudaranya. Tidak lama kemudian , turunlah wahyu Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 56 . IA SEBAGAI PERINGATAN KEPADA Rasulullah s.a.w dan UMAT BAGINDA .

kawan-kawan ! 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, 
" Sesunggguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberikan hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jugalah yang berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk "
(Surah al-Qasas 28:56)

Dengan kematian Abu Talib dan Khadijah r.a pada tahun yang sama Rasulullah s.a.w kehilangan dua tonggak utama perjuangan baginda. Kini, kaum Musyrikin semakin berani melakukan keganasan terhadap kaum Muslimin dan Rasulullah s.a.w. sendiri .

Walaupun dalam kesedihan , Rasululah s.a.w terus memperjuangkan Islam .
Rasulullah s.a.w terus memperjuangkan Islam . Rasulullah s.a.w pergi ke Taif menerima Islam dan menerima Islam dan membantu perjuangan baginda. Rasulullah s.a.w ke sana dengan ditemani Zaid bin Harithah r.a

Malangnya , Rasulullah s.a.w bukan sahaja dihina bahkan dihalau dan dilontar dengan batu Zaid r.a sedaya upaya melindungi Rasulullah s.a.w. Namun, baginda tetap mengalami kecederaan . Walaupun sedih dengan layanan penduduk Taif, Rasulullah s.a.w tetap mendoakan suatu hari kelak mereka beriman kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa.

Sesungguhnya, kematian isteri dan bapa saudara, penentangan kaum Musyrikin dan penghinaan penduduk Taif menyedihkan Rasulullah s.a.w . Oleh itu, tahun itu dikenali sebagaai 'Tahun Kesedihan.' Peristiwa itu berlaku pada tahun ke-10 selepas kerasulan baginda. 

-Tamat-

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ... walaupun dalam kesedihan , Rasulullah s.a.w terus memperjuangkan Islam . Allahuakbar .

Monday, June 16

Islamic Studies - Jaiputra College

COMPULSORY SUBJECT OF ISLAMIC STUDIES PROGRAMS

Asasiyyat Fi al-Aqidah (3 Credit Hours)
Ulum Al-Hadith (3 Credit Hours)
Al-Madkhal Fi Al-Fiqh Al-Islami (3 Credit Hours)
Ulum Al-Quran (3 Credit Hours)
Madkhal Al-Syariah (3 Credit Hours)
Subjek Profesional (3 Credit Hours)
Nizam Al-Ibadah (3 Credit Hours)
Nizam Al-Usrah (3 Credit Hours)
Nizam Al-Hukm (3 Credit Hours)
Nizam Al-Jinayat (3 Credit Hours)
Usul Al-Fiqh 1 (3 Credit Hours)
Nizam Al-Muamalat (3 Credit Hours)
Usul Al-Fiqh 2 (3 Credit Hours)
Qawaid Al-Fiqhiyyah (3 Credit Hours)
Usul Al-Dakwah (3 Credit Hours)
Fiqh Al-Kitab Wa Al-Sunnah (3 Credit Hours)
Usul Al-Tafsir Wa Manhajuhu (3 Credit Hours)
Manahij Al-Fuqaha’ (3 Credit Hours)
MQA COMPULSORY SUBJECT
Bahasa Kebangsaan A & B (3 Credit Hours)
Pengajian Malaysia (3 Credit Hours)
Bahasa Kebangsaan A & B (3 Credit Hours)
Pengajian Malaysia (3 Credit Hours)
COLLEGE COMPULSORY SUBJECTS
Syntax & Moforlogy Elementary Arabic I (2 Credit Hours)
Arabic Language Skills II (2 Credit Hours)
Arabic Language Skills III (2 Credit Hours)
Foundation English Skills (2 Credit Hours)
General English Proficiency 1 (3 Credit Hours)
Thought of Islamic Faith (3 Credit Hours)
3 Elective Subject Co-Curriculum (1 credit hour)

'nanti umur 30 pong duk tukar tmpat nngaji' emir

Assalammualaikum and selamat sejahtera semuanya :)
I was in the dark of the past . The sweet memories and promises keep rewind in my mind until I let it go .

until I saw this http://www.usahataqwa.com/rohaniah/cara-cara-memimpin-hati .

ianya sangat menenangkan keran aku berasa ya, hati aku ini gelap dan sehitam hati . perlulah memafkan segala dendam dan berusaha berperang ke arah yang lebih baik . kan .

dah nak masuk tiga bulan aku cuba hidup tanpa bayang-bayang kenangan akhirnya membuahkan hasil apabila kita memafkan . apabila kita yakin yang sebenarnya inilah kehendak Allah pada ketika ini . walau sesukar manapun untuk kita terima tetapi segalanya tercatat di luh mahfuz.

'kring kring '

aku mencapai telefon bimbitku dan ternyata panggilan dari kolej jaiputra ,
'maaf ye, ini munirah ye , sy nak maklumkan bahawa berdasarkan keputusan awk ni awak ditawarkan biasiswa mara untuk menyambung pengajian diploma pengajian islam di sini '

and i was like , haa , Alhamdulillah . but how about indonesia ? how about to being a doctor ?
why i am so unpredictable and so happy because of that CALL ! Alhamdulillah Ya Allah .

and I persuade my mom . of coz, as mum they wanted the best for their children especially for someone like me a person who always facing a failure to manage matters .

past is past but i let go my heart to be shouting loudly ' munirah ! ambik tawaran tu !'

because you know what guys , i bought a lot of book , of matriks , I already register to taking spm again as 5B pure science subjects as it is really needed to be a doctor. 

if i let go of my foundation and degree in medicine i'll embarrassing my parents because of my commitment towards something is not consistent .

if i let go of being doctor , some of them will always wondering why is she like this and like that ? 

at some point we are too confident with something that crossed the mind , until we regret and redha .
sebenarnya siapa tak nak belajar pandai-pandai jadi doktor , inspire other , beli kereta and rumah ,
well apa yang aku cari sebenarnya ni ? kebahagiaan dunia ? cukupkan kalau ada Allah dalam hati .

tp aku manusia yang tak pernah puas hati kah ? atau sebenarnya , apabila aku jatuh aku lebih suka punya lebih masa kembali pada kenal-kenal agama . 

aku suka bila jiwa aku itu tenang dari amarah , dan sentiasa okay dengan pelajaran pendidikan agama. maklumlah aku tak sekolah agama .

who am i actually ? have I istikharah yet ? do i have to think what people would think and talk ?

why I wanted to go there ? is it the right path to go ? 

do i have enough salary if i work as teacher only to make my parents happy ?

do i have enough takes to be a person who makes everyone happy ? 

i don't know , if i learn would i practice it in the right way ?

or maybe i should forget about this and go on with my ambition ?  what i should do to myself is...

cermin . 

but , studying in indonesia will cost more money . Allah . 

it's okay ! when my parents get back , I'll discuss , but I'm totally happy with the tawaran arghh ! 

aku nak jadi seorang mak yang boleh bercerita tentang hal-hal agama pada anak-anakku .

and my bad thought about myself is ' eleh kau , berangan je tahu , macam-macam kau nak jadi '

haha . but I'm happy with this gift !

and suddenly i get a call form emira zaikhana , hahaha and it was so lovely because she kecek kelate . and i told her what just happened to me and she said' nanti umur 30 pong duk tukar tmpat nngaji'

see ya !

Sunday, June 15

kenangan yang kelakar haha

It was two years ago ,

hahaha

thank you brother 1
 okay let me start to introduce some guys that make my life just so perfect. actually, i don't have any boyfriends and girlfriends. but i'm kinda a sort that have a few brothers and sisters , and also , a few bestfriends of mine. bhaha.
okay , this is. abg epul. he is my first first first twister brother . and there we go. here. him


he is handsome but his teeth , errgh ==' haha. and then , the shy one , abg azuawie :D bhaha. he is the second brother of twister. haa. one day, my finger hurt and have a little scars, and i want to take one mess large whip potato. and i said ' ouchh ' and then he opened the whip bulb, bravely gave me the whip potato. oh how sweet :)he is the quiet one , but when he laugh ' eHEEH eHeeh eHEEEH' . haha , yaa, that sound that i miss so much, kindly to mention that , he has a girlfriend, name Hartini Hamid, he called her cinta. . hehe. abg epul, abg awie and me . we were born in the same month . JUNE. hahaha
abg epul also have girlfriend, i mean wife. haha, eyma tasya . me, know abg epul first before eyma,
after eyma start join us, then the love stories begin.  taraaa ! one day, we FOUR of us , walk together. and that time , we drop by at kedai mamak brickfield and abg epul treat us. haha. usually we will spend our time watching football or tamil movie after closing .and they were really make sure that the kfc's kitchen are spotless.okay , here we go.haha.i can't stop laughing, this is a story about A DOG AND MY BROTHER. hahaha. okay , one day, we FOUR walk together, actually , that time, abg Awie don't have mood, so, abg epul walk with ema closely, and I, walk with abg awie too far. haha, and then i was so bored ,and keep talking to the quiet abg awie, bhaha.

' abg awie, ! nape abg awie senyap?'
'abg awie ! nape nampak mcm sedih je?'
' abg awie ! okay tak ni! ?'
haha, and then he was keep silent and i felt sad somehow, but keep trying to make this handsome brother to smile . bhaha. those memories were so hilarious !!! hahaha. okay continue...


' abg awie. abg awie, sy nak tnye boleh?'
' hmm'
' abg awie betul ke nk brhenti keje?'
' ........'
'abg awie , nak buat ape dngn surat yg mun tolong buat tu?'
'nak bg miss lah'
'ouh, bile'
'bile tibe masenye'
pastu snyap..
' abg awie ! abg awie! , janganlah senyap je ! ckplah dngan mun, tak kesian ke , mun mcm ckp ngan tembok tau tak '
ema and epul laugh at the back , bhahaha
'......'
okay , i become a little stressed. and I was like crying because that badmood brother did not appear happy.
okay i try ,
' abg awie ! sy ade teke teki untuk abg . abg kene jawab tau '
' ape die '

' kalaulah kan, kita berempat berjalan same2, tibe2, abg ternampak anjing, abg buat ape? abg , nak lari dulu ke, atau pon nak selamatkan kitorang dengan MENGHALANG ANJING DRPADA MENGEJAR KITORANG. ' (sambil mendepakan tgn)

and hoh ! i'm suprised, that he ,did not laugh at all and remain silent. and I give up,, SO ! I decided to walk with ema and epul. biar dia jalan sowang-sowang kat depan tu melayan perasaan ! hummph!!

tibe2 tibe2 , HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH oh ema, i can't stop laughing at those memories! !

well. i thought it was only a joke, and in my mind never thought that . bahahahahaha
okay , then.....

we walk and nearly reach the hostel , and guess what !

WOOF! WOOF ! WOOF!



Hahahahhahahahaha. PADAN MUKA !

hahaha , this is abg awie !!! hahahaha
we , haha. we . we . we. haha. the dog bark loudly !! ' WOOF ! WOOF! WOOF! ' and abg awie go back to abg epul and  . hahaha, LIKE CRYING YOU KNOW! hahaha, but not really cry , and I , I were laughing non-stop with eyma and abg epul , and finally abg awie also laugh , sir fikri that just arrived from the parking lot also shocked! that time, he was in front of the guard of the apartment.. and five of us , LAUGH LAUGH LAUGH LAUGH. hahahahhahaha.


i'm sorrrryyy abaaaaaaang... hahahahahahahaha.
till then.

' JANGAN LARI JIKA TERSEREMPAK DENGAN ANJING'

and the next day , me and eyma bring the sepanduk for abg awie, miss ayu also wondered why , we bring the yellow reminder for everyone about the dangerous of the dog. thank you brother. i miss you! 

Thursday, June 5

Ini salah diri sendiri

Musnah .
Semua musnah dan hidup aku hanya dikelilingi bangkai-bangkai kenangan indah yang boleh buat aku senyum dan tertawa.

Musnah.
Semuanya musnah akibat keegoan manusia yang berasa mulia dan tidak mahu langsung merendahkan hati mengenal si durjana.

Musnah .
Semuanya musnah akibat pandangan yang berbeza tara langit dan bumi .
Musnah .
Kau kejari nikmat-nikmat yang kau sangka nikmat .
Kau kejari segalanya demi kepentingan diri.

Semuanya demi kepentingan diri .
Musnah .
Aku musnah .
jiwa aku mati tatkala mengejar cita-cita .
Terputusnya segala harapan mengejar kebahagiaan di dunia.
Sudahnya berakhirkan terjelepuk di tanah sejadah menangisi segala kesilapan diri sendiri.

Tingginya benci pada sifat-sifat manja yang bakal menjalar seterusnya membinasa.
Semuanya salah diri sendiri.

Musnah. Segalanya musnah , kerakusan kau mengejar kebahagiaan kau ,
membunuh aku,

Biar Allah berikan dia kehidupan sempurna . Yang lebih baik di sisiNya daripada berada di sampingku dan dijatuhkan bertalu-talu .

Biar Allah berikan kau kepuasan kebahagiaan dunia dan akhirat dan berbanggalah dengan tindakan kau .

Musnah .
Musnah segala harapan aku untuk berbahagia dengan jiwa yang aku miliki.
Demi mengejar kebahagiaan bagi pengorbanan terbesar.

Musnah , segalanya musnah hanya untuk memuaskan hatimu ..

Ini salah diri sendiri . Pasti kau berbangga kerana telah berjaya mematikan jiwaku .

lantas aku akan berbakti dengan penuh sarat rasa merana binasa luka yang mencengkan hampir berbulan tidak pula mahu pulih seperti sedia kala .

Bahagia nanti di akhirat sana .
peperanganku dengan diri sendiri .

mengejar kebahagiaan yang kau mahukan !

ini semua yang kau mahukan !

musnah , musnah segala harapan !

musnah segala impian yang aku catatkan dalam ruang hatiku .

selamat bahagia . manusia-manusia mulia.

aku berdoa agar insan hina sepertinya kembali bertemu Allah , dengan keadaan sempat bertaubat .

dan aku masih mencuba memaafkan diri sendiri.

ini semua salah diri sendiri .

dan wajib aku redha dengan semua ini .

kerana ini semua salah diri sendiri .

Wednesday, June 4

Ilmu yang wajib kita pelajari

Ilmu Tauhid, Ilmu Tasawuf dan Ilmu Fekah .

Fardu Kifayah , Ilmu Kemahiran .

Tuesday, May 27

Cinta

Assalammualaikum .  

Dengan  nama Allah Yang Maha Penyayang , Maha Melihat dan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

Istilah cinta dalam kehidupan adalah tidak asing lagi dalam kehidupan kita . Bagi keluarga yang sentiasa menerapkan perasaan kasih sayang dan cinta pasti telah menghasilkan generasi penyayang dan penyabar .
Bagi keluarga yang kurang berkasih sayang pula pasti melahirkan generasi yang kurang penyayang tetapi memerlukan penyayang . Apabila generasi-generasi ini bertembung pasti yang dominan akan menakhluki yang tak dominan .

Cinta dari Allah Yang Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya adalah yang paling hebat .
Cinta Allah kepada rasul-rasulNya .
Cinta Allah kepada semua makhlukNya .
Siapakah Allah ? Dia adalah pencipta yang menyayangi tanpa perlukan kita . Menciptakan kita untuk menguji hamba-hambaNya . Taat dengan perintah dan laranganNya . Yang berdosa disuruh kembali bertaubat . Yang berdakwah disuruh bersabar dan berpesan-pesan bersama-sama .
Jika mahu diungkap istilah cinta dari Allah ini adalah amat luas skopnya dan tidak terjangkau dek akal fikiran kita .

Kasih sayang dan cinta Rasulullah terhadapa umatnya sehingga saat sakaratul maut . Menyebut 'umatku, umatku , umatku ' Mendoakan umat-umatnya , Mengajak umatnya mencintai Allah . Walau diancam musuh tetapi masih mendoakan agar terbukalah hati-hati musuhnya .

Namun , rahsia terbukanya pintu hati seseorang adalah tertakhluk kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu .

Allah mencintai hamba-hambaNya sehingga melarang manusia berharap kepada yang lain selainNya.
Allah menginginkan yang terbaik untuk manusia.
Allah bahkan tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya tetapi kita seringkali lupa bahawa Allah itu lebih dekat daripada tengkuk kita sendiri .
Allah juga tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya .

Allahuakbar .

Cinta sesama manusia juga bermula dari lahir , cinta ibu bapa terhadap anak-anak , kasih sayang anak-anak kepada Ibu bapa . Pengorbanan demi pengorbanan kerana cinta . Ikat perut untuk anak . Bersabar berjaga malam demi anak-anak . Menangis siang malam mendoakan anak-anak . Mengharapkan yang terbaik .
Menjadi yang paling runsing membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak .
Oleh itu , Islam menganjurkan hamba-hambaNya berbuat baik kepada ibu bapa selaras dengan Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu bapa begitu juga dengan kemurkaan Allah .

Islam juga mengatakan yang paling layak mendapat kasih sayang kita adalah , ibu kita , ' Ibu , Ibu dan Ibu barulah ayah . .

Doakanlah ibu bapa kamu agar mendapat kebahagiaan di akhirat kelak jika kamu tidak mampu menawarkan kebahagiaan untuknya di dunia .

Cinta kepada sahabat , guru dan kawan-kawan mengajar erti nilah ukhwah sesama manusia.
Terjalin indah dengan izin Allah , yang baik perlu memimpin dan yang kurang pula perlu dipimpin .
Saling memaafkan dan ingat-mengingati .

Setelah menceritakan serba sedikit tentang cinta-cinta yang ada dalam kehidupan kita .

Aku sendiri tidak mampu mengutarakan seberapa banyak rasa cinta yang ada disekeliling .

Rasa cinta juga berbeza dengan keinginan untuk memiliki .
Mencintai sesuatu kerana Allah S.W.T bukan kerana untuk memiliki.

Mencintai sesuatu tanpa mengharapkan balasan dan hanya berkongsi rasa itu dengan Allah .

Cinta seperti itu hanya akan ada apabila jiwa dididik untuk tunduk dengan nafsu dan bergantung hanya kepada Allah dalam memilih jodoh untuk melengkapkan agama.

Sudah diberi panduan dan garisan memilih jodoh , namun jodoh masih rahsia Allah .

Pada diri insan yang ada muslim dan muslimah pasti sepadan seperti yang Allah katakan dalam Al-Quran bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik .

Baik dari segi apa , zahir dan batin yang hanya Allah sahaja yang tahu . .

Cinta adalah sesuatu yang indah dan perlu untuk dipupuk dengan cara yang betul .

Cinta adalah sesuatu yang membawa kepada kebaikan .

Cintailah sesuatu kerana Allah dan belajarlah mendidik diri bahawa yang sempurna itu hanyalah Allah .

'Cinta , kamu masih teka-teki untukku '




Wednesday, May 14

Perubahan

Hujan turun dengan lebatnya di sekitar kawasan kolej ku . Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur , bertapak di  Chow Kit . Azan zohor berkumandang dan manusia juga berlegar-legar di ruang mataku .

Bangun . Aku harus sentiasa bangun daripada jatuh . Bukan makin bergolek-golek menjunam ke bawah .
Melakukan anjakan paradigma . Memandang ke langit seraya berbisik dalam hati .

'Allah , inikah yang aku inginkan ? '

Berjalan menuju ke kelas dan duduk menghadap nota-nota ilmiah .
Perubahan .
Aku harus fokus dalam mencapai matlamat. Bukan membiarkan angan-angan mengaburi pandangan lalu tersisih segala pengorbanan .
Perubahan memerlukan kekuatan .

Titik perubahan cara tindakan harus diperbaik dari detik demi detik .
Seharusnya bermula dekat dengan yang ada pertalian darah .

Tegas . Untuk berubah memerlukan ketegasan akal mengawal hati dan perasaan .
Walau tinggi luhur istimewanya naluri seni halusmu , kau harus mampu kawal dengan akal .
Membezakan yang baik dan buruk .
Memisahkan yang benar dan salah .
Mengutamakan yang utama .

Benar , pencipta kita menegaskan menyayangi saudara seperti diri sendiri .
Namun , yang lebih utama Rasulullah s.a.w berpesan , ibumu, ibumu , ibumu kemudian ayahmu .

Allah , ampunkan aku .

Perubahan memerluka kesabaran . Kesabaran menghadapi bisikan . Cemuhan dari pandangan kerana manusia hanya memandang kesalahan tetapi tidak pada Allah , Maha Adil , yang melihat pada taubat dan sejauh mana keikhlasan pengorbanan perasaan itu ?

Riak , Ujub dan Takabbur , akan menghantui sejenak pelusuk dada ,
yang dapat dikalahkan dengan sebenar-benar iman .

Perubahan , aku memandang sepi langkahku yang longlai .
Katanya , memerlukan perhatian insan .
apakah tidak cukup belaian kasih Yang Maha Mengasihani .

Cis, kau tidak bersyukur wahai  hati .

aku tertunduk lagi , moga kesedaran sentiasa menerpa di benak fikiran .

Perubahan . Perlu jadikan hari ini , lebih baik dari semalam . Perlu pastikan , istiqamah .
Agar tidak tergelincir lagi .
Aku manusia,
akan ada lagi ujian menerpa , biar lulus usah gagal ,
namun bila tiba waktunya gagal ,

Semoga sempat bersujud memohon keampunan .

Perubahan .

Semoga kau bertahan .


Tuesday, May 13

Snow Patrol - Chasing Cars

Here we go ,
It is good actually .

Finally , this is me again .

Hai , this is moon . forgive me . 

Sunday, May 11

Suratan atau Kebetulan

By the name of Allah The Most Merciful

there's a lot stories to be tell
there's changes

teringat kata-kata dr.grey dalam grey's anatomy

Once upon a time, happier ever after. The stories we tell are the stuff of dreams. Fairy tales don't come true. Reality is much stormier. Much murkier. Much scarier. Reality it’s so much more interesting than living happily ever after.
Ya .

Manusia yang bernama aku ini tak lari dari berdepan dengan kesalahan . Kerunsingan , kekeliruan dan kekecewaan . Hidup aku sama normal seperti manusia biasa . Cuma , manusia bernama aku ini bagi aku terlebih luar biasa atau unik kerana ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah .

Anugerah . Setelah berusaha keluar dari zon selesa dengan bekerja sambil belajar di mana ianya sebenarnya mencabar lagi-lagi apabila tiba saat nak mengekalkan poiter kepada tahap yang terbaik .
Ya . Anugerah . Bulan Februari tahun ini ditawarkan untuk sambung belajar dalam Perubatan walaubagaimanapun , perlu melalui fasa-fasa untuk layak mendudukinya .

Mashaallah . Rancangan mengulang dan mengambil kertas-kertas Spm Sains Tulen telah menjadi realiti .
Pada akhir bulan November ini , aku akan sekali lagi menduduki Spm .
Why ?
Because the eligibility of being Medical Officer in Malaysia is at least got B's in 5 Pure Science's Subjects..
Addmaths, Physics, Biology , Chemistry and Maths .

Why ?
Is it necessary ?
If we jump into typical conclusion of course it is not worth it . But ,
as Doctors , we have to be able to solve critical problem and have very high skills in solving problems .

Jadi dengan tawaran oleh Paklong dan Cikmok akhirnya aku terima :)

and then someone come back into my life , a person who taught me on how to love and to beloved by him .

a person who really trying and struggling to have a better life .

a person who believe I can help him .

a person who really need to believe that Allah is The Most Forgiven .

a person who are honest and humble .

a person who want to marry me instead of waiting me to finish my studies but Allah knows the best for us .

and  he finally have to surrender to the reality . That reality is  I were belong to my family and I still have something to prove to myself .

and he let me . He let me to walk my plan alone .

honestly , it is really so so so so so sad . But I manage to overcome this situation .

I can't tell the whole stories here :)

SO , I love college . I love the lectures and Alhamdulillah I survived .

I need to heal myself before I heal others . I have to learn to be wise in every action and smart enough to decide the best for myself .

MY BESTFRIENDS . Ya , most of them knows .

and family is always have to be in first places .

Okay , so .. in order to be a good person , I have to be good with my creator.

ask for His forgiveness for being so stupid drowning myself into a such horrible choices . Haha

but I do learn from the mistakes . I do believe Allah is the best planner .

Kesilapan adalah untuk diperbaiki dan bukan untuk diulangi . Andai berulang lagi , ya ia adalah untuk diperbaiki lagi lagi dan lagi .

Kita doakan yang terbaik untuk semua . Masih banyak yang kurang bernasib baik dan perlukan perhatian dan perlukan segala-galanya . Masih yang banyak menderita dan kau tak perlu bersedih dengan segala yang kau hadapi sekarang .

Menjadi lain daripada yang lain adalah menyakitkan namun ianya dapat menjadi sesuatu yang dapat dijadikan tauladan buat diri sendiri dan manusia lain .

one of my bestfriend said that
'Akhir sekali, jangan benci dengan apa yang berlaku sekarang. Kau sebenarnya patut bersyukur di uji Allah dengan pelbagai ujian dan dugaan. Bermakna DIA masih lagi sayang kau. Sahabat nabi dulu, menangis jika tidak di uji dengan kesakitan atau dugaan. Kerana mereka takut, Allah tidak sayang mereka. Orang yang di uji ni, Allah nak tengok tahap kesabaran dan keimanan dia. Adakah dia ingat atau lupa pada penciptanya.
Jadi , adakah ini suratan atau suatu kebetulan ?

Walau dimanapun aku berada aku harus kekalkan momentum untuk mengejar cita-cita .
Aku harus peka dengan keadaan sekeliling dan kurangkan angan-angan .
Aku harus hidup atas perjalanan yang bermatlamatkan akhirat .
Bukan mengejar kesenangan dan kebahagiaan duniawi semata-mata .

We spend our whole lives worrying about the future, planning for the future, trying to predict the future, as if figuring it out will cushion the blow. But the future is always changing. The future is the home of our deepest fears and wildest hopes. But one thing is certain when it finally reveals itself. The future is never the way we imagined it.- G.A

Walaubagaimanapun , kepercayaan kepada Allah dan meyakini qada dan qadarnya adalah yang paling penting sekali .

Because , change is a constant .

dan tidak kira sama ada suratan atau kebetulan ,

kita hendaklah melakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh .

Rasulullah SAW menyatakan Allah menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara terbaik dan bersungguh-sungguh. Sabda Baginda SAW: “Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.” (Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah Ya Allah , terima kasih kerana telah memberikan segalanya .

#karangan yang makin lemah dari segi penyampaian dan kosa kata .

See you later readers . :)

Saturday, February 8

Perjalanan Sebagai Seorang Aku .

Assalammualaikum dan selamat membaca :)

Pada hari sabtu yang lepas , aku dan mia balik ke rawang untuk mengambil kelas tambahan physics , chemist , addmath and bio . Kami bertolak dari KL dalam pukul 1.30 dan tiba pada 2.30 petang .
Apabila melihat rumah ayah yang sudah lama aku tak jenguk , tiba-tiba aku rindu pada zaman aku ulang alik dari Rawang ke Sekolah aku . Jauh perjalanan wehh .. sempat tengok tasik biru , sempat tengok lembu .
Pada aku , namanya patut diletakkan sebagai Kampung Tasik Puteri .

Buah-buah yang ayah tanam segar bugar nampaknya . Walaupun cat-cat rumah aku dah untur tapi pokok-pokok di sekelilingnya mencantikkan kawasan rumah aku tu .

Kemudian , kami bertolak ke rumah Cikgu Khalilah .
Belajar subjek tough . Haha . Kami mulakan dengan ummul kitab dan diajar tentang Fizik .
Konsep inertia , momentum dan masalah lif . Aku juga diajar dengan ticker tape , cara mengira ticker tape .

Kami juga belajar Biologi . Belajar tentang Plant Cell and Animal Cell . :) haha

Malam yang best , ulangkaji Addmath . and belajar selesaikan equation Chemist .

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan mia .

Sepanjang kelas tuition kami , cikgu khalilah ni asyik sediakan susu coklat . Maklumlah , walaupun kami berumur 20 tahun tapi masih perlukan nutrisi yang baik semasa belajar .

Cikgu Khalilah juga dengan sabar mengajar walaupun sedang hamil . Yeppi . :)

Semoga Allah membalas budi cikgu ni dengan banyak-banyaknya :)

Tiba0-tiba , dompet tertinggal kat Gombak . Mama sanggup datang ke Rawang untuk bagi aku dompet tu .
;) Terima kasih mama .. Mikhael pula tidur sepanjang perjalanan ke Rawang .

Mama bawak karipap sedap mama buat untuk aku dan mia .

Pada keesokan harinya , aku dan mia belajar physics tentang masalah lif . hehehe dan belajar biologi chapter 3 .

Setelah tiba di Gombak , aku tergolek-golek di rumah dan mia meneruskan misinya dengan mengajak sahabatnya pergi berjumpa dengan para pemimpin pemuda yang suka adakan program motivasi hadir ke perbincangan bagi agenda seterusnya .

Aku pula rehat-rehat dan akan memulakan sesi ulangkaji YOW .. hahaha Chaiyok !

Salam


Friday, February 7

Look at me ! I got 3.17 for Second semester . . very bad isn't it ?

Alhamdulillah forever praise to Allah Almighty ,

thank you for give me for what I deserve , and the best indeed .

maybe it is the best for me .

thank you Allah .

today , I am looking for someone . but deeply inside my heart I really hope this is the way it ends and You grant my wishes . .
avoid me from him .

yeah . Allah . I'm confused and again you saved me .

and I shall rise again and again .

goodbye .

a gynaecologist to be


Thursday, January 9

Selamat Tahun Baru

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam .

Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang bersinggah membaca kisah hidup aku yang sama saja mcm korang .

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada kalian semua :)

I miss my friend , I miss my teacher ,

Kalau nak bercakap tentang tahun lepas , memang best . .

aku mula masuk belajar di Pusrawi , belajar kemahiran hospital untuk membantu pegawai perubatan ,
mengenali ciptaan Allah .. anatomi dan fisiologi manusia ,
memupuk minat untuk menjadi seoang pakar sakit puan :)

nak sambut baby katanya :D

dalam menuju cita-cita tu , ada beberapa rintangan seperti ,
hal keluarga yang lebih baik tak diceritakan .
bukannya besar sangat masalahnya . :D

cuma kadangkala aku terjerat dengan ketakutan aku dan keletihan aku dalam mengendalikan hidup aku .
so ,
after pindah gombak ,
aku jadi semangat pagi-pagi hantar maryan pergi sekolah and pergi kerja sementara tunggu naik semester 3.

tahun lepas banyak sangat pengajaran yang aku dapat sehingga menjadikan aku lebih kuat dan berhati kental berbanding dulu.

antara prinsip yang aku suka gunakan adalah ,

make ur own plan , work on it .

dan , tak perlu nak rapat sangat dengan sesiapa pun , jadi tak perlu jaga hati haha.


dah ngantuk sebenarnya .

aku rindu kawan-kawa aku yang boleh bercakap dengan aku bukan sekadar perbualan kosong tapi ilmiah , dakwah ..

aku rindu kawan-kawan aku yang sentiasa memberi inspirasi .

tapi mampu ke aku capai tahap ni ..

beg aku berat kot .

lagi sekali . ngantuk

aku nak nak nak dpt ganjaran dari akhirat but now aku macam lebih banyak tumpu masa bekerja.
aku nak belajar lagi ilmu agama tapi  aku masih menangguhkannya

mungkin aku terampau kejar harta dunia .

tetapi , aku serba salah kalau tak kerja pula ,
nak beli beras , gula , milo, susu adik , duit minyak , bil letrik , belanja dapur , sabun basuh baju ,
duit kelas, duit kolej , duit skolah adik2, mana nak dpt kalau tak kerja ..

tapi ada yg tinggalkan kerja semata-mata nak tumpu pd akhirat ..

aku di kaki jahil sikit tentang erti sebenar ., berjaya di akhirat .


aku jugak nak bahagiakan mak bpk aku dan adik2 aku,,

jadi emoga berjaya lah mun ye ,

ngantuk. tidur . kbai . salam