Monday, August 18

Aku amat merindui Terengganu .

Dalam kelas bahasa Arab tadi , Ustaz Sen menceritakan tentang manusia yang akan dibangkitkan semula dalam keadaan benih. Benih orang mukim mempunyai sinaran manakala orang-orang yang munafik tidak ada sinaran dan malap . Kemudian benih-benih ini akan menuju ke tempat penghisaban amalan.

Hari ini aku telah memulakan hari dengan agak produktif . Aku telah memulakan kerjaku di Cafe Kolej ini sebagai pencuci pinggan dan pembantu tukang masak . Bila ada masa free aku akan datang cafe dan dapatlah upah makan empat kali sehari ..

Alhamdulillah assignment banyak dah siap cumanya ulangkaji untuk spm tahun ini agak kurang diberi perhatian .

Cumanya hari ini , aku memandang ke langit dan membayangkan wayang-wayang lama aku di Terengganu . Entah mengapa terasa hari ini lebih kuat . Entah mengapa aku berasa alangkah aku ini yang sekarang berada di situ . Alangkah indah aku yang gagah sekarang ini adalah aku yang ada di situ . Maksudnya, aku berharap bahawa diri aku pada suatu masa dahulu adalah aku yang sekarang .
Aku tidak pernah menyesal berada di sini . Aku cuma merindui segalanya tentang aku di sana.

Rindu yang tak dapat aku rungkaikan . Rindu yang tak dapat aku padamkan . Cerita-ceritaku pada masa itu , Allah . Aku amat merindui Terengganu .

Butir-butir air mata mengalir tatkala melihat gambar-gambar mereka yang kini dalam senyap aku tumpang gembira . Menatap betapa jauhnya aku jika aku masih berada di situ . Meratap segala kebodohan aku dan kelemahan aku dalam membuat keputusan ketika itu . Allah , aku terlalu rindukan Terengganu .

Hey , Terengganu , masih panjangkah jodoh kita ?

Allah , aku amat merindui Terengganu . .