Wednesday, February 21

Deep Conversation with a new friend.

Bismillah,

1. Halal dan haram dalam mencari pendapatan.
2. Hina di mata manusia tak semestinya hina di mata Allah, mulia dia mata manusia tak semestinya mulia di mata Allah. :(
3. Dengarlah nasihat walaupun daripada seorang pelacur.
4. Wanita ni adalah fitnah akhir zaman dan kelemahan lelaki adalah wanita.
5. Nasihatku utk kau, berdoalah banyak2 agar dapat lelaki yang baik. :(
6. Jadilah wanita yang menyimpan rahsia, suami nak pilih yang betul2 dan jaga isteri dia sebab tu wanita mesti simpan aib dia.
7. Lelaki, jauh mana menyimpang dia akan berhenti dan fikir balik. Perempuan, kita kena jaga dia elok2.
8. Istidraj - Allah bagi, tp kita makin menyimpang dan makin jauh.
9. Dakwah ni ada jalan dia, ada cara approach dia, nak approach jangan main terkam nanti tak kena cara.
10. Duk sorang2 ni ada hikmah dia, belajar berdikari, ada masa sendiri. Hargai.
11. Ada orang dia lemah kira2 tapi bab facts dia okay. Ikut minat masing2.
12. Ilmu ni, belajar kena dari asas, kalau tak mahir tajwid tapi terus baca al-Quran mesti ada slack kat mana2. Sama juga dengan ilmu yang lain. Kukuhkan dulu asas baru ngaji bab lain.
13. Kena ready juga sebab bila2 masa saja Allah boleh tarik orang yang kita sayang. Kena kuat satu hal, kena cepat2 stabilize diri.
14. Doa lembutkan hati orang ada, dengan ayat Al-Quran, tak perlu mantera2.
15. Jangan buka aib sendiri, Allah dah tutup elok cantik2. Kalau dah terbuka tu sebab nak jadikan pengajaran dan pedoman. :(
16. Ada orang belajar tetapi hatinya pandang rendah pada orang lain, dia sahaja yang betul. Itu yang kene betulkan, hati tu kene belajar bersihkan.
17. Kemanisan iman, harapan.
18. Semakin banyak ilmu, semakin banyak dan besar tanggungjawab. Contoh, macam kau belajar doktor.. Jiran kau sakit, takkan kau boleh cakap tak nak tolong. Kau mesti kene tolong.
19. Banyaknya orang yang zahirnya solat tetapi cara mereka mencari rezeki tu banyaknya yang datang dari cara yang tidak bersih.

:'/

Menjadi hamba Allah yang sentiasa mengakui dosa2nya dan kembali kepadaNya adalah sebuah nikmat yang sangat bernilai.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. 
Semoga Allah kasihankan kita :'/

Allah, Engkau benar2 Maha Berkuasa. :')