Friday, December 31

37 Minggu & PAC (Emergency O&G) HKL / Hospital Tunku Azizah

Assalammualaikum dan Selamat Tahun Baru <3

Hari pertama tahun 2022 ini ditemani dengan contraction yang lebih kuat dan lebih lama.

Terus cakap dengan Encik suami, sakit perut sangat dan nak pergi hospital.

Semalam ada setitik darah kat panties. Setitik tu bukan setompok. 

Other than that, dah dua tiga hari juga setompok air jernih ada pada seluar dalam.

Pagi ni nekad nak pergi jumpa doktor dekat PAC sebab nak beritahulah cepat-cepat. Boleh elak komplikasi. InsyaAllah.

Datang kat kaunter, serah buku pink terus nurse tu explain.. kalau suami nak teman je labour room, kena ambil RTK covid 19 test, beli face shield, lengkap vaksin, facemask semua kena ada lah.

Pastu tunggu giliran. Ramai juga yang datang.
Mula2 nurse ambil berat, lepastu nurse suruh ambil urine.

Tandas kat PAC ni besar, cuma hari ni je tak ada tisu, sabun pun habis. Bulan lepas datang, tisu, sabun semua ada.

Saya pula tak suka sangat tandas kotor jadi sebelum nak membuang tu, saya bilas dulu dengan air.

Lepas siap ambil urine and dip the urine test stick tu, nurse pon check jantung baby.

Alhamdulillah masa ni heartbeat baby 147bpm. Cayalah anakku!

Lepastu tunggu giliran untuk doktor check. Doktor akan isi maklumat terus dalam komputer-- direct masuk sistem hospital.

Dia tanya semua.Kita pun ceritalah semuanya. 

Cuma dia cakap, kenapa ada air tompok2 jernih tak datang hospital.

Saya cakaplah sbb belum ada darah dan saya first time.

Rupanya, if air jernih tu tak mengalir dan setakat tompok2 pada seluar dalam. Mesti inform kat hospital.

Pastu Doktor bagi kain pink. Dia nak check vagina. Yang bestnya, privasi terjaga sangat sebab ada langsir penghadang. Alhamdulillah.
Doktor pun checklah vagina kita.

Dia suruh kangkang. Tahan nafas dan jangan keraskan vagina. Lepastu dia suruh angkat punggung dan letakkan alas punggung.

Overall.....

Boleh dikatakan tak sakitlah. Doktor suruh tarik nafas dalam2 dan dia masukkan alat untuk bukakan vagina kita. Rasa macam kena cubit manja.
Kalau pernah buat pap smear, rasanya lebih kuranglah.

Lepastu dia ambil sampel. Macam masukkan syringe nak ambil cecair dalam vagina kita.

Setiap kali dia nak sentuh kita, dia akan inform kita. 

Bila doktor kata 'ok sekarang kita nak seluk ya, nak check bukaan dah ada ke belum.'

Dia pun masukkan tangan dan nak check. Masa dia seluk tu, rasa dia macam ada orang pegang kepala baby kita tapi not exactly lah.
Rasa dia tak sakit tapi mcm rasa ada benda lah kat dalam tengah hold bahagian bawahan kita tu.

Pastu dia ada letak litmus paper. I am not sure for what.
Lepastu dia ada kata kat nurse. 1 CM. Hihi.
Apa yang 1CM tu kan?

Lepastu doktor check perut dan estimate weight of my baby. Selepas selesai, tunggu giliran untuk scan baby pula... 

Bersambung.....