Saturday, December 31

31st December 2016


Alhamdulillah,

Tahun 2016 menjadi tahun yang bermakna dalam hidup aku.
Walaupun aku ini careless, selalu alpa dalam hal-hal mengejar akhirat, tetapi masih tidak terkira ruang dan peluang yang Allah berikan pada aku.

Kehilangan yang ku sangkakan kerugian.
Padahal, aku tidak miliki suatu apapun di dunia ini.

Setiap kali hati memberontak akibat perpisahan.
Patah harapan.
Akhirnya pada bulan Disember, aku mula rasakan segala-galanya untuk kebaikan.

Siapa yang bodoh? Pastinya bukan Pencipta. Berkali-kali aku ingatkan diri,
Namun, iman yang adakalanya naik, ada suatu masa dia turun.

Syeikh Zakuan dah khabarkan bahawa dajjal semakin menghampiri,
clueless. Hutang PTPTN masih belum dapat aku langsaikan.

Belum bersedia tetapi sedang bersedia :')

Siapalah aku di mataMu Ya Rabb.

Selamat Tahun Baru Kalendar Masihi.