Sunday, December 25

Stay Purified

Assalammualaikum and a very good evening to all my readers...

I've been thinking too much of my past.
My mistakes.
Careless.

Kadang-kadang aku menyalahkan diriku sendiri. Menyalahkan cara pemikiranku yang dulunya berasa lebih gah berbanding manusia sekelilingku.

dan aku masih belajar caranya untuk tidak berharap balasan dari manusia.
dan aku masih belajar caranya untuk menerima baik dan buruk manusia.
dan aku masih belajar menerima segalanya Yang Maha Kuasa takdirkan.

Sejak kebelakangan ini, bahang fitnah akhir zaman makin terasa namun, aku masih kurang dalam bertindak. Aku masih membiarkan diriku leka dan membuang masa.

Separuh dari diriku masih memuja diriku yang dahulu. Yang tidak menjaga kata-kata.
Yang melepaskan segala-galanya. Yang bertindak bikin tidak serupa.
Separuh dari diriku mencintai semua perubahan yang telah berlaku pd diriku,.
Walaupun aku tahu semakin sukar difahami oleh insan yang biasa namun ianya tidak menjadikan aku berputus-asa dalam perjalananku untuk bersama dengan mereka yang dicintaiNya.

Tahun 2016 merupakan tahun yang penuh suka dan duka. Tahun yang mengajar aku untuk lebih redha berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun yang mengajar aku agar lebih menghargai semua yang ada. Tahun yang mengajar aku untuk kekal tabah dan tidak memberontak padaNya.
Tahun yang mengajar aku bersyukur atas kehilangan. Tahun yang mengajar aku untuk mengawal ketamakkanku terhadap dunia. Tahun yang  mengajar diriku utk sentiasa berasa hina.

Segala air mata yang tertumpah tidaklah ia menjadi sia-sia jika ianya untk kehidupan abadi di akhirat sana..
Tetapi, berapa banyak air mataku tertumpah kerana hal dunia?
:')
It's okay.
Cry hard but do not give up.
Don't give up because of one bad chapter in your life. Keep going. Your story doesn't end here.