Tuesday, July 14

Nota Usamah Mables

Malam tadi sebelum lelapkan mata akau teringat pesan guruku Maulana Abdurrahman semasa aku sedang belajar di Raiwind Pakistan. Pesanan tersebut membuatkan hati ini sebak hingga mengalirkan airmata.
Semasa kami belajar di sana beliau mengatakan antara syarat utk mendapat 'ILMU' ialah MENGELUARKAN CINTA DUNIA DARI HATI.
Kata beliau, cinta dunia ni umpama bangkai seekor anjing. Sekiranya seekor anjing jatuh dan mati di dalam satu perigi maka apa pun tindakan dibuat tidak akan dapat membersihkan air yg ada di dalam perigi tersebut. Air di dalam perigi tersebut tidak akan berubah menjadi air 'mutlak' selagimana bangkai anjing tersebut tidak dikeluarkan dri perigi itu. Walau dicampur dengan air yang banyak, walau digunakan sabun yang berkualiti,walau apa pun tindakan di ambil,air itu tetap dikira air yg bernajis dan akn mbuatkan segala benda yg tersentuh dengannya akan bernajis dengan najis mughallazoh.
Kata guruku, maka langkah utk membersihkan air perigi tersebut ialah pertama sekali hendaklah mengeluarkan bangkai anjing itu dri dalam perigi. Selepas itu barulah langkah menambahkan air mutlak dn sebagainya akan mberi kesan kepada usaha pembersihan air tersebut.
Begitulah juga dengan cinta dunia yg telah masuk dalam hati manusia. Hati akan bernajis dan akan membuatkan insan lain yang menghampirinya akan terkena najis 'cinta dunia' yg amat berat ini. Selagi cinta dunia ini masih bertapak di dalam hati maka hati tidak akan mgkin dapat dibersihkan dan tidak akan menerima nur ilmu dan juga nur makrifat.
Oleh itu,lgkah pertama sekali ialah mengeluarkan najis cinta dunia dri dalam hati dengan mewujudkan perasaan bencikan dunia dan cintakan akhirat. Setelah keluarnya najis cinta dunia dari dal hati ini barulah nur ilmu, nur iman, nur makrifah akan mula bertapak di dalam hati.
Dari saat itu hati akan bertambah bersih dan bercahaya sehingga akan mula memancarkan cahaya makrifah. Dari cahaya hati inilah manusia akan dapat mengenali Allah dan mengenali perintah2 Allah dan sunnah rasulullah dalam ertikata yg sebenar. Inilah yang dikatakan dengan 'ilmu'.
Kata guruku, hari ini(waktu belajar di raiwind) kamu belum lagi teruji dengan dunia sebab kamu berada dalam suasana pengajian. Kamu belum betul2 terdedah dengan kemewahan dunia dan keistimewaan dunia. Akan datang satu masa kamu akan dikelilingi oleh kemewahan dunia yg menuntut kamu utk memilikinya. Pada masa itu akan terbuktilah siapa dirimu yang sebenar. Apakah kamu 'pencinta dunia' atau 'pencinta akhirat'.
Oh ya Allah..perkara ini benar2 terjadi pada hambamu ini. Aku takut dengan kelemahan diriku ini. Ya Allah pimpinlah kami untuk mencintai akhirat dan untk mengikuti nasihat2 guru kami yang amat inginkan kebaikan utk diri ini...