Tuesday, July 14

Tahajud

Ibnu Batoota
May 9
~Tahajjud~

Semasa hari-hari akhir saya di Afrika, Syaikh Haji Ahmed Nakhuda Chisty Al-Afriqi Muhajir Madani daamat barakatuhum (khalifah Qutbul Aqtab Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi yang ke 34) telah bertandang ke Johannesburg untuk safar dakwah dan zikirnya di Afrika Selatan selama 4 bulan.

Setiap hari, beliau akan adakan majlis zikir ijtima'ie (beramai-ramai) dan pembacaan kitab-kitab tasawwuf (khususnya kitab Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi rahimahullah).

Alhamdulillah, saya diberi taufik, hidayah dan peluang oleh Allah untuk hadiri majlisnya setiap malam dan melakukan khidmat semampu saya kepadanya...

Saya perasan satu perkara, bila Syaikh selesai majlis, beliau akan tunjuk dan arahkan salah seorang muridnya untuk membacakan doa. Muridnya itu diarahkan untuk membaca doa pada setiap majlisnya. Tiada murid lain yang diarahkan Syaikh untuk membacakan doa. Hanya murid itu sahaja.

Pada suatu hari, selesai majlis, Syaikh tidak menyuruh murid itu membaca doa sebaliknya beliau sendiri yang bacakan doa.

Murid itu tertunduk resah, berpeluh-peluh dan mukanya penuh kekusutan.

Kemudian seseorang bertanya kepadanya kenapa dia resah, gelisah dan yang paling utama, kenapa Syaikh tak suruh dia baca doa untuk hari ini?

Jawabnya: "I overslept today, I didnt wake up for Tahajjud and I knew Syaikh is aware of it. That is why he refused to ask me to make du'a for his majlis today." (Saya terbangun lewat hari ini, saya tertinggal solat Tahajjud dan saya tahu Syaikh sedar tentang perkara ni. Sebab itu Syaikh tak mahu minta doa daripada saya hari ini.)

Note: Di dunia ini wujud manusia soleh yang tidak pernah tinggal solat malam. Dan sekiranya tertinggal, mereka akan anggap ia satu DOSA yang sangat besar. Tapi di dunia yang sama, wujud terlampau ramai manusia fasiq yang tidak pernah solat malam, tapi siang malamnya sibuk mencaci maki para ulama dan ahlullah yang mana setiap malam mereka dihiasi munajat dan muraqabah untuk umat, jin, haiwan, alam, dunia dan akhirat.

Abu Jahal yang menentang Islam pun dilarang keras oleh Rasulullah untuk sesiapa mencelanya selepas kematiannya khususnya dihadapan anaknya.

Tetapi kini wujud orang yang mengaku sebagai MUSLIM tetapi bersorak gembira dan bersyukur di atas kematian ulama-ulama soleh.

Bagaimana mungkin Rasulullah akan benarkan wajah mulia baginda dilihat oleh orang-orang fasiq ini?

Sebab itu di dalam sejarah, tiada seorang pun daripada mereka yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah walaupun oleh mereka yang disisi mereka bergelar "ulama" kerana di dunia lagi Allah dah haramkan mereka bertemu Nabi, apatah lagi di mahsyar kelak.

Berjaga-jagalah, kita di akhir zaman, golongan pencela, pemaki, pencerca, penghina ulama Islam telah mula menzahirkan diri seperti yang dijanjikan Rasulullah.

penyokong kerajaan menghina ulama pembangkang,penyokong pembangkang menghina ulama kerajaan,penyokong Wahabi/Salafi menghina ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan ulama sufi,penyokong Ahbash menghina ulama Wahabi dan ulama sufi,penyokong Syiah menghina ulama Wahabi, sufi, dan Ahlu Sunnah,penyokong Razib menghina dan mengkafirkan ulama Deobandi dan ulama Tabligh,penyokong Brelwey menghina ulama Deobandi dan Ahlu Sunnah,penyokong Ahmadi Qadiani menghina ulama selain golongan mereka,

Tidak kira siapa mereka, jika mereka menghina ulama, maka kehinaan itu jatuh semula ke atas mereka dan ke atas seluruh keturunan mereka...

Dan kita yang tidak terlibat patut bersyukur kerana watak tanda kiamat sebagai pencela ulama itu bukannya kita tetapi orang lain. Janji dan takdir Allah itu pasti berlaku. Golongan celaka ini pasti muncul, cuma kita risau kalau-kalau watak itu adalah kita. Maka kepada yang lidah dan jarinya masih bersih daripada melontarkan kata-kata hina pada ulama, bersyukurlah.

Jika saya pernah melakukan hal ini (mencaci ulama), maka saya bertaubat kepada Allah dan moga Allah ampunkan saya.

*Kepada yang mengaku bermanhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah, ketahuilah bahawa manhaj sebenar ASWJ ialah mereka sangat sukar untuk mengkafirkan orang lain. Kita tidak sama seperti Syiah, Wahhabi, Ahmadi, Quranist dan lain-lain sect sesat yang dengan mudah menuduh orang Islam yang tidak mahu mengikut mereka sebagai kafir, musyrik, ahli bidaah dan sebagainya. Jika kalian yang mengaku sebagai ASWJ ni suka berperangai macam itu, maka saya mohon tolong jangan guna nama ASWJ kerana ia satu penghinaan kepada manhaj suci ASWJ.