Monday, December 21

Uyeen dan Nad

So, hari ni lepak dengan sahabat yang sangat mengenali aku before and after semua yang telah aku lalui.
She said
' Mun, kau dah berubah mun, kau okay tak? '
' Aku okay je. Ko dah kenape?'
Uyeen : Kau ni makin pendiam la, selalunya kau yang banyak cakap. Sekarang ni aku tengok, aku yang banyak cakap. Bila kita jumpa Nad pon kau diam je tak banyak cerita.
Aku : Haha, aku selesa macam ni.
Uyeen : Mana boleh, kau pasif sangat. Janganlah macam ni mun.
Aku : Entahlah yeen, selepas apa yang aku lalui, dugaan yang tak seberapa ni, aku sebenarnya dah tak nak overthinking lagi-lagi pasal masalah, aku cuba lupakan semua kenangan pahit dan sejarah lama aku. Dalam masa yang sama, aku hilang hampir separuh aku yang dulu beb. Aku tak ada niat pon nak buang all the advantages tp ada satu masa tu aku betul-betul berhenti jadi aku yang dulu.
Uyeen : Yelah, boleh kau nak lupakan semua tu tapi kau happy ke macam ni?
Aku : Happy weh. Aku happy, aku cuma sudah kehilangan kata-kata nak gambarkan semua ni pada orang lain. Yang aku rajin copy paste jelah.
Uyeen : Takleh mun, kau kene cari balik diri kau tu,
Aku : Aku try. Tengoklah macam mana. Aku pun rindu aku yang dulu beb but bukan y selalu buat masalah tapi part of entertain others and lovable.
Uyeen : Takpelah, maybe bukan sekarang, tapi aku harap kau jumpa balik diri kau yang talkative tu.
Aku : InsyaAllah.
Kadang-kadang perubahan itu membawa kebaikan dan kadang-kadang tidak.
Aku sentiasa bahagia walaupun kadangkala ada saat-saat jatuh tersadung kaca.
Segalanya dah tertulis oleh Dia Yang Maha Melindungi.
Apa lagi yang perlu aku khuatiri.
Hanya insan yang terpilih olehNya untuk menemui sisi diri yang kian tersembunyi.