Tuesday, December 22

Welcome back Munirah Musa!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera dan selamat pagi.
Alhamdulillah diberikan satu lagi hari untuk beribadah kepadaNya.

Jatuh bangun adalah norma dalam kehidupan seseorang. Setiap kali dilanda ujian, perlu diingatkan diri bahawa ujian itu datang dari Allah swt di mana Allah swt mahukan kita agar bersabar, solat dan teruskan kehidupan sambil mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Adalah tidak dinafikan bahawa tahun 2015 adalah tahun di mana aku berjaya memulihkan semangat yang hilang walaupun diri aku yang ceria dulu haha kau nak tahu ada lagi ke tak kau jumpa aku lah.
Azam tahun lepas nak kurus memang terlaksana pada awalnya tapi lepas Raya semua plan jadi tunggang terbalik.

Perkara yang paling menarik dalam tahun 2015 ini adalah ada banyak benda baru yang aku buat such as ikut Aisyah gi ngaji, Do performances kat Kolej macam Artis bersama Maya, Afiqah, Adik and Mila, Jual roti, Jual Perfume, Drive kereta tanpa lesen haha, mandi di Pantai Sri Tujuh, Join event Byzezuna, pakai Si Senyum. memorize some surah dan baru-baru ni join Te.

Ujian yang telah aku lalui sebenarnya banyak mendidik aku untuk bertindak dengan berhati-hati.
As leader sebab aku Mpp kat sana, kecekalan tu memang kene melekat 24 jam dengan aku.
As anak sulung, aku tidak boleh lemah depan keluarga, kene jadi super duper triple all the time.
Aku dah biasa hadapi rejection but that doesn't mean semua plan yang aku rancang especially untuk program-program kat kolej aku tu aku tak go on. Mostly berjaya. Haha.

Perkara yang menarik tentang mendapat amanah di tempat baru macam kolej aku tu pernah juga membuatkan aku stress dan hampir putus asa sebab sebelum ni aku bekerjasama dengan kawan-kawan yang already cream of the cream tapi kali ini agak mencabar coz lebih ramai yang perlukan bimbingan dari segi Soft-skills, Presentation, Manners and Communication Skills. Alhamdulillah semuanya semakin baik.

Keikhlasan pula adalah sangat penting kerana tanpa keikhlasan we tend to give up dan tidak akan dapat capai matlamat yang telah kita gariskan. Tawakal pon perlu ada setelah berusaha gigih. Kita dah berusaha dan menjalankan perancangan serta selebihnya adalah dari Allah swt.
Aku tertarik dengan kata-kata dari Starter Guide Te, dia cakap when people say no, we say yes.
Mentality kene kuat. Aku ingat lagi masa lepas Spm sertai Kem Biasiswa Telekom, there's a part that satu group aku tu kene buat mega project or product yang lebih baik berbanding segala yang Telekom pernah ada. So, aku,Erri, Anis, Saufy and the rest buatlah satu produk yang memerlukan kreativiti dan inovasi yang tinggi and guess what 10 of us memang berjaya buat something beyond expectations sampaikan ada cip telekomunikasi yang Telekom tak mampu tandingi.

Then, bila all the ceo's merangkap fasi nak nilai project, pergh. Rejection dia unexpected dan apelah sangat kalau nak dibanding dengan rejection hep yang boleh ada toleransi kat kolej aku skang. See.
Dia baling dan campak sampai berkecai. Gila. Cumanya, one of member group aku time tu cakap, apa-apa yang kita buat ni kita tak boleh excpect semua orang suka dan yang paling penting kita buat dan tidak pasif especially in producing and attribute something for community.
Alhamdulillah, takde sorang pon yang mengamuk sakan bila kene reject dan masih boleh mengawal kemarahan lagi. Haha.

Dari tinta  kaca yang berbeza, masa zaman sekolah menengah (Sekolah Seni Johor Bahru) sejak tingkatan satu dah mula buat kerja khusus. Silibus subjek kesenian kami sangat berbeza dengan silibus sekolah-sekolah biasa dan kami ni first batch. Kami dilatih untuk siapkan semua kerja by procedure. Baru 13 tahun dah kene marah-marah kalau tidak siapkan lakaran, reka letak, draft by dateline. Ayahanda dan Bonda (jurulatih kesenian) very particular about this, Dah siap projek perlu bentangkan pulak tu untuk capai BAND tertentu. Akhir tahun, satu batch diberi tugasan untuk buat satu produksi menggabungkan keempat-empat bidang such as teater, muzik, visual dan tari, mulanya masa aku tingkatan satu ni, aku dah libatkan diri jadi cameragirl dan main gong for certain lagu dalam produksi kitorang. Sejak kat sekolah menengah memang banyak sebenarnya perkara yang merubah kitorang untuk cari idea, expanding the idea and present kat orang lain AND CONVINCE orang lain untuk bersetuju dengan kita. Walaubagaimanapun, masa zaman sekolah ni of course lah emosi kalau idea ditolak. Haha. Semua rasa bagus padahal kita kurang nak toleransi. Biasalah, masa tu budak-budak. Alhamdulillah, pengalaman kami berada di sekolah tu menjadikan kami dah biasa dengan kehidupan di IPTA dan IPTS but masih perlu pertingkatkan lagi supaya mantap.

Allah swt telah berkata bahawa manusia ini adalah khalifah di muka bumi. Sebagai hambaNya kita memang perlu cari jalan untuk belajar cara memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain sebab setiap dari kita akan sekurang-kurangnya menjadi seorang ibu bapa, guru, kakak atau generasi yang bakal mendidik generasi akan datang. Sekiranya kita tidak cuba untuk membina keyakinan diri, memantapkan jati diri bagaimana kita hendak menjadi lebih baik dari semalam.

Syariat Nabi Muhammad saw paling sempurna untuk dijadikan sebagai suatu jalan membina jati diri. Nak tahu kenapa, sebab dalam agama Islam ni cukup banyak rahsia untuk menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di dunai but akhirat as well. Solat misalnya, perlu tepati masa, perlu khusyuk dan perlu sempurna. Semua rukun-rukun dalam ibadah sebenarnya ada ibrahnya cuma bagi yang dicelikkan hati akan nampak. Sunnah Rasulullah saw sebenar boleh meningkatkan keyakinan diri. Keyakinan kepada Allah swt yang hakiki akan menyebabkan kita sentiasa bermotivasi untuk melaksanakan suatu tugasan.

Lagi-lagi apabila kita sentiasa mencuci hati dan cari jalan untuk membina hubungan dengan Allah swt an Rasul saw, kita akan dapati urusan kehidupan kita sebenarnya sangat berkait rapat dengan Allah swt dan Rasul saw. Tidak diciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada Allah swt.
Sebagai contoh, dalam sistem pemerintahan, kita ada undang-undang tersendiri, Islam juga menjelaskan ciri-ciri pemimpin yang adil, mengharamkan penzaliman ke atas rakyat. Dalam sistem muamalah juga kita ada syarat dan rukun. Semua ini kalau kita aplikasikan dalam kehidupan kita InsyaAllah diberkati dan lancar.

Why I wrote tentang semua ni?
Sebab I baru alami sedikit, I baru cuba sedikit tetapi hidup I sebenarnya pada penghujung hari I could feel the love dan hikmah atas semua kisah kehidupan I.
Esok pasti ada peperangan yang perlu dihadapi, peperangan nafsu, peperangan mentaliti dan paling penting setiap perkara yang datang depan mata perlu dikaitkan dengan Qada dan Qadar.
It is written.
InsyaAllah, next year I could be better and could write more bombastic about my life, our life and hereafter.

Please pray for me and everyone.
Moga kita dikumpulkan bersama orang-orang tersayang di akhirat sana.
Allah Knows Best,....